Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH - KEPUTUSAN PMR 2009 MENINGKAT

Oleh: Abd Hamid dan Azizah Badar
SMK Tinggi Klang. 24 Dis. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua Hj Najib b Ayob, Penolong Kanan Kurikulum Pn Kion Choo Yoke, Barisan Pentadbir, GKM Semua Matapelajaran, semua guru dan pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Syabas kerana telah berjaya meningkatkan keputusan PMR tahun ini ke peringkat yang membanggakan.


Sekolah telah berjaya mencapai kelulusan 84.13% meningkat sebanyak 7.04% jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun lepas.
Usaha gigih yang terancang dan berterusan semua pihak sekolah ini berjaya meningkatkan kejayaan PMR pada tahun ini. Seramai 34 orang pelajar memperolehi 'straight A' meningkat sebanyak 100% jika dibandingkan pada tahun lepas.

Peratus kelulusan matapelajaran keseluruhannya mencapai lebih 90%. Tahniah kepada semua guru yang telah terlibat mengajar pelajar-pelajar ini. Pencapaian Keseluruhan matapelajaran BM 94.6%. BI 89.9%. Sejarah 95.6%. B.Cina 94.4%. B.Tamil 90.9%. Pend Islam 95.7%. Math 92.4%. Sains 95.6%. KH(Kt) 96.1%. KH(Pert) 96.3%. KH(Pk) 100%.

Guru-guru yang mengajar matapelajaran-matapelajaran ini semasa tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 tentunya telah banyak menyumbang kearah pencapaian ini, syabas dan terima kasih kepada guru-guru ini yang telah mendidik dan membimbing pelajar-pelajar ini tanpa rasa jemu dan bersungguh-sungguh.

Hari ini merupakan hari gembira kepada ibu-bapa dan penjaga pelajar yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Guru-guru juga turut merasa bangga.

Yang Di Pertua PIBG dan Ahli Jawatankuasanya juga merasa bangga terhadap pencapaian PMR pada tahun ini. Perhatian berat ibu-bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka zahirkan oleh AJK PIBG dan perkara-perkara ini lah yang sering dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat PIBG dari masa ke semasa.

Ibu-bapa "mengharap" , anak-anak "bercita-cita" , guru-guru "membimbing". Tanpa matlamat
dan harapan ibu-bapa, tanpa cita-cita dan usaha gigih pelajar dan tanpa bimbingan dan kepakaran guru-guru, kecemerlangan agak sukar dicapai. Ketiga-tiga pihak ini harus lebih gigih untuk membina "sejarah kebangkitan semula High School" di mata masyarakat seperti misi dan visi sekolah, tidak ada yang mustahil jika ada azam dan tekad.
Amin. Terima kasih