Tuesday, January 25, 2011

PENGUBAHSUAIAN BILIK PANCARAGAM

Smktk 21.01.2001.  Pasukan Pancaragam Kadet merupakan salah satu pasukan kokurikulum yang memaparkan 'watak' sekolah. Pasukan Pancaragam sekolah ini tidak dapat disangkal lagi pencapaiannya di peringkat dearah atau di peringkat negeri. Persembahan pasukan ini sering melengkapkan majlis-majlis besar, seperti perbarisan Hari Kebangsaan, Hari-hari sukan sekolah atau MSSM dan juga sering disewa oleh Syarikat-syarikat swasta.

Baru-bari ini Persatuan PIBG SMK Tinggi Klang telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bilik pancaragam yang telah begitu uzur. Bilik ini digunakan untuk tempat tidur dalam keadaan-keadaan tertentu, juga digunakan untuk menyimpan barang. Selain itu bilik ini dijadikan sebagai bilik operasi persatuan ini.

Kepada PIBG sumbangan ini sangat dihargai, semuga sumbangan yang sangat-sangat bermunafaat ini dapat memberikan suntikan semangat kepada ahli-ahli. Sekian


Keadaan bilik  yang sedang diubahsuai.

Pintu dan tingkap yang sangat uzur.

Pemulihan tingkap sedang dilakukan


Tingkap kaca akan dipasang

Sekian, terima kasih.

Monday, January 17, 2011

MAJLIS ANGKAT SUMPAH KETUA TINGKATAN 2011

SMK Tinggi Klang. 17.01.11 Satu Majlis Angkat Sumpah untuk Ketua Tingkatan telah dilakukan dihadapan perhimpunan pada hari ini dan dirasmikan oleh Puan Pengetua. Seramai 34 orang Ketua Tingkatan telah dirasmikan perlantikannya dan diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah dalam pengurusan harian.

Upacara Angkat Sumpah sebagai Ketua Tingkatan


Dikir Barat memeriahkan majlis.

Banner tanda Majlis diadakan.

Ketua Tingkatan Tingkatan 6

Penyampaian "Surat Kuasa"
Tingkatan 4

Perempuan juga tidak ketinggalan
Pelajar menjadi saksi
Guru tekun memerhati.

Guru-guru juga merestui perlantikan ini dengan harapan ketua tingkatan ini dapat membantu Guru Tingkatan dalam pengurusan bilik kelas. Mata merit akan diberikan kepada pelajar dan akan direkodkan kedalam laporan peribadi setiap pelajar atau sijil berhenti mereka. Sekian.

Tuesday, January 11, 2011

Tarikh Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STAM, STPM, MUET 2011

Sumber :Unit Bestari SMKTK /Emoe.my

Jadual peperiksaan untuk UPSR, PMR, SPM dan STAM bagi tahun 2011 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala tarikh peperiksaan untuk STPM dan MUET bagi tahun 2011 pula telah diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Di harap paparan tarikh peperiksaan ini akan dapat membantu mereka yang ingin buat sebarang perancangan untuk tahun ini. Di samping itu menjadi panduan kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan ini untuk membuat persiapan lebih awal.

Berikut adalah tarikh-tarikh peperiksaan yang berkenaan;

UPSR 2011

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

Ujian Bertulis 13 – 15 September 2011

PMR 2011

Penilaian Menengah Rendah

Ujian Bertulis 4 – 6 Oktober 2011

11 – 12 Oktober 2011

SPM 2011

Sijil Pelajaran Malaysia

Amali ~ akan diumumkan ~
Ujian Bertulis 14 Nov – 14 Disember 2011

SPM (U) 2011

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan)

Ujian Lisan 15 – 17 Jun 2011
Ujian Bertulis 13 – 14 Jun 2011

STPM 2011

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Ujian Lisan 20 – 22 September 2011

27 – 29 September 2011
Ujian Bertulis 21 Nov – 15 Disember 2011

STAM 2011

Sijil Tinggi Agama Malaysia

Ujian Lisan 11 – 14 Julai 2011

18 – 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 – 13 Oktober 2011

17 – 19 Oktober 2011

MUET 2011

Malaysian University English Test


Pertengahan Tahun Akhir Tahun
Ujian Speaking 4 – 6 April 2011 11 – 13 Oktober 2011

11 –13 April 2011 18 – 20 Oktober 2011
Ujian Bertulis 16 April 2011 19 November 2011

Semua tarikh di atas adalah tertakluk kepada pindaan oleh pihak yang berkenaan. Sila hubungi talian berikut untuk mendapatkan maklumat terkini;

Monday, January 10, 2011

HARI PENDAFTARAN KO-KURIKULUM PELAJAR

Smktk 8.Jan.2011 Hari Pendaftaran pelajar dalam aktiviti Kokurikulum dijalankan pada hari ini untuk semua pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Setiap pelajar diwajibkan mendaftar dan bergiat aktif dalam satu pasukan beruniform, satu permainan atau sukan dan satu kelab atau persatuan. PK Kokurikulum Pn Chen menjadikan hari Sabtu minggu pertama persekolahan ini, sebagai hari penggerak bagi pelajar-pelajar sekolah ini supaya lebih giat lagi dalam memajukan lagi kelab dan persatuan di sekolah ini.

Guru-guru penasihat kelab dan persatuan masing-masing bertanggung jawab menguruskan pendaftaran berjalan dengan lancar dan teratur. Pelajar yang tidak mendaftar pada hari tersebut, tidak berpeluang mendaftar kelab dan persatuan yang diminatinya kerana bilangan ahli yang dihadkan, mereka terpaksalan mendaftar mana-mana kelab dan persatuan yang sudi menerima keahlian beliau.