Thursday, January 31, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Smktk 23 Jan 2013.   Acara Merentas Desa tahun 2013 telah dijalankan di SMK Tinggi Klang dengan jayanya. Seramai 1368 pelajar dalam larian tersebut, dan seramai 145 orang guru dan kakitangan sekolah ini terlibat dalam acara tersebut.

Acara merentas Desa ini merangkumi beberapa kategori, bermula dengan Pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6 lelaki dan 6 Perempuan. Sukan untuk semua ini mewajibkan semua pelajar terlibat yang dibahagikan kepada 5 rumah sukan mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali.

Pada Akhir acara rumah Sulaiman telah dinobatkan sebagai Johan dalam acara keseluruhan pada tahun ini.




HARI BERTEMU PELANGGAN 2013 PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Smktk 12 Jan 2013.  Sekolah telah mengadakan "Hari Bertemu Pelanggan" pada 12 Jan 2013 bertempat di Dewan Putera SMK Tinggi Klang. Program yang menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar bertemu dengan Pengurusan dan guru-guru di sekolah ini berjalan dengan jayanya.

Program pertama kali ini dijalankan hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 sahaja  Hari sabtu dipilih sesuai untuk ibu bapa berjumpa guru-guru anak mereka. Ramai ibu bapa yang datang memuji sikap sekolah ini kerana anak-anak mereka yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ini boleh mendapat nasihat daripada guru-guru, seterusnya dapat merancang dengan baik persiapan peperiksaan anak mereka pada penghujung tahun ini.

Terdapat saranan ibu bapa supaya program ini diteruskan dan diluaskan lagi untuk pelajar STPM juga pada tahun hadapan.


Wednesday, January 9, 2013

KEPUTUSAN PMR 2012 - 29 Pelajar mendapat 'Straight As'

Smktk. Jan 13.    Seramai 296 pelajar tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan PMR dan seramai 284 pelajar telah lulus pepriksaan tersebut. Seramai 29 pelajar telah mendapat semua A dan mendapat penghargaan daripada pihak sekolah.








Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus hingga sekolah dapat meningkatkan keputusan tahun ini.Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada pelajar cemerlang tahun ini. Sekian.


Monday, January 7, 2013

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2013

Smktk. 2.JAN 13  Seramai 289 pelajar tingkatan satu mendaftar sebagai pelajar baru hari ini. Pelajar ini merangkumi pelajar 2 kelas Rancangan Khas, 1 Kelas Aliran Agama dan 6 kelas biasa.

Pelajar-pelajar yang dipilih untuk rancangan khas dan kelas aliran agama telah dicadangkan oleh Pejabat Pelajaran Negeri dan mereka diberikan kemudahan tinggal di asrama.

Ibu bapa dan Penjaga yang hadir telah diberikan taklimat oleh pihak pengurusan sekolah. Harapan besar ibu bapa tidak dikecewakan dengan usaha-usaha gigih guru-guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.