Thursday, June 23, 2011

HARI KAD LAPORAN 1 TAHUN 2011

MAKLUMAN PENTING:


Semua ibu-bapa atau penjaga pelajar-pelajar SMK Tinggi Klang dijemput hadir ke sekolah untuk berjumpa guru dan mengambil kad laporan anak masing-masing :

                      Pada    :    24.06.2011   (JUMAAT)
                      Waktu  :    8.00 pagi - 12.30 thari
                      Tempat :    Di kelas masing-masing

Diharapkan semua ibu-bapa akan datang untuk mengetahui dan berbincang tentang kemajuan anak tuan/puan. T Kasih
( Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak sekolah nombor 03-33412340 )

PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER

Pelancaran Bulan Pusat Sumber telah dirasmikan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua pada hari Isnin 20.06.11. Dengan pelancaran ini bermakna berbagai aktiviti berkaitan pusat sumber dijalankan seperti Pameran Buku, kuiz, pertandingan-pertandingan, tayangan gambar dan sebagainya.

Harapan utama sekolah ialah untuk menjadikan pusat sumber sebagai tempat gedung ilmu dimana pelajar-pelajar boleh mendapat sumber pengetahuan yang diperolehi melalui bahan cetak atau gerbang maya (Internet). Semoga pelajar akan menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya.







PASUKAN PANCARAGAM TETAP UNGGUL PADA 2011

Smktk 21.06.11 Pasukan Pancaragam Kadet sekolah ini telah menyertai pertandingan pancaragam peringkat Negeri Selangor dan Zon Tengah tempuhari, di Stadium Hoki. SMK Tinggi Klang tetap unggul dalam pertandingan tersebut dengan mendapat Naib Johan Negeri Selangor dan muncul tempat ketiga Zone Tengah.
Satu lagi kejayaan yang patut dibanggakan ialah Drum Major pasukan ini telah dipilih sebagai Drum Major terbaik keseluruhannya. Kepada semua penyumbang yang telah meletakkan High School Band ditempat ini, sekolah mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya kepada Bekas-bekas pelajar, PIBG yang telah banyak menyumbang wang ringgit dan tenaga.

Tahniah kepada semua pemain, syabas kepada guru Penasihat En Mustafa, En Nasruddin dan yang lain-lain, diharapkan kejayaan lebih unggul lagi pada masa akan datang.


'Conductor' memberi arahan


Pertunjukan dimulakan

Drum Major terbaik

'Gimmik'

Antara Penonton yang hadir


Tepukan gemuruh diterima


Sunday, June 12, 2011

Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011
Posted: 11 Jun 2011 05:47 PM PDT
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa para pelajar
 yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test
(MUET) Pertengahan Tahun 2011 akan boleh menyemak keputusan mereka
pada hari Isnin 13 Jun 2011.

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011 boleh diperolehi
dengan cara berikut;
  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 atau taip MUET No. MyKad dan hantar ke 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.