Monday, March 29, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29

Smktk 27.03.10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 dijalankan di Dewan Putra pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.30 thari. Seramai 89 ibubapa dan semua guru hadir melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli. Laporan aktiviti dan laporan Kewangan tahunan dibentangkan kepada ahli untuk pengetahuan mereka.



Perasmian telah dilakukan oleh Pn Hjh Noraini bt Mohd Tahir, PPD Dearah Klang, tetapi telah diwakilkan kepada pegawai beliau En Shokaimi bin Md Saman Pen. Pegawai Pelajaran Dearah Klang pada hari tersebut.



Terdapat beberapa resolusi dan usul telah dibawa oleh ibubapa untuk dibincangkan pada hari tersebut. Keputusan yang bernas telah diambil untuk tindakan AJK PIBG seterusnya. Perlantikan AJK baru telah dilantik dan dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Yang di Pertua PIBG Tn Hj Osman bin Abdullah dilantik semula, ini merupakan tahun ke-9 beliau menjadi PIBG sekolah ini.







Mesyuarat pada hari itu diserikan lagi dengan persembahan Tarian Zapin oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2, Persembahan tarian Tradisional India oleh Persatuan Pelajar India tingkatan 6, dan Persembahan Yoyo Cina oleh pelajar tingkatan 6. Cabutan bertuah sebanyak 20 hamper juga diadakan pada hari ini untuk hadirin yang bernasib baik.






Mesyuarat telah diakhiri pada pukul 1.30 thari dengan jamuan makan tengahari oleh Persatuan PIBG sekolah ini. Sekian.

Thursday, March 11, 2010

KEPUTUSAN SPM 2009 DIUMUM HARI NI.

Oleh : Miid

Smktk 11.03.10 Hari ini keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun lepas diumumkan diseluruh negara. Seramai 218 pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan pada tahun lepas

.



Keputusan yang diumumkan hari ini sungguh membanggakan dimana keputusan keseluruhannya sekolah mendapat lulus 93.1% dan mencatatkan 11 pelajar mendapat keseluruhan mata pelajaran A (straight As). Pelajar cemerlang ialah Sdr Ammar Zulfadli bin Sotiman mengambil 12 mata pelajaran ( 11 A+dan 1 A) manakala Suew Min Jin mengambil 13 mata pelajaran ( 12 A+ dan 1 A). Pelajar cemerlang yang lain ialah Muhammad Fikri Syafiq bin Rohaimi mengambil 10 mata pelajaran ( 7 A+, 1 A dan 2 A- ) dan seorang lagi ialah Sdr. Ahmad Luqman bin Mohamed Ali mengambil 13 mata pelajaran kesemuanya 13 mata pelajaran mendapat A (4 A+, 7 A, dan 2 A-).



Sebanyak 28 mata pelajaran telah didaftarkan pada tahun 2009 lepas untuk peperiksaan SPM. Ramai calon yang mengambil lebih daripada 10 mata pelajaran dan mereka telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan. 14 mata pelajaran daripada 28 mata pelajaran yang ditawarkan telah mendapat kelulusan 100% dan 14 mata pelajaran lain rata-rata mendapat peratus melebihi 85.0% kelulusan.


Keputusan mengikut mata pelajaran peratus. Kesusteraan Melayu 100%, Geografi 100%, Pendidikan Seni Visual 100%, Sains pertanian 100%, Information and Communication Technology 100%, Physics 100%, Biology 100%, Tasawwur Islam 100%, Pendidikan Syariah Islammiah 100%, Bahasa Cina 100%, Bahasa Tamil 100%, English for Science and Technology 100%, Kesusteraan Tamil 100% dan Bahasa Punjabi 100%. Manakala mata pelajaran Chemistry 95.9%, Bahasa Melayu 93.1%, Lukisan Kejuteraan 89..4%, Pendidikan Islam 89.2%, Science 86.8%, Pendidikan Moral 85.8%, Bahasa Inggeris 85.0%, Prinsip Akaun 84.4% Matematics 80.2%, Additional Mathematics 75.5%, Sejarah 72.9%, Bahasa Inggeris 119C 71.3%, Ekonomi Asas 63.6%, dan Perdagangan 42.3%.


Para pelajar dan guru juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj Najib b Ayob (mantan Pengetua) dan para pentadbir yang telah berpindah dari sekolah ini, kerana bimbingan dan tunjuk ajar mereka kearah kejayaan yang telah dicapai pada tahun ini. Kepada Pengetua sekarang Pn Huzaimah bt Bahari kami ucapka juga berbanyak terima kasih.


Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang mendapat kelulusan yang cemerlang dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada guru-guru yang telah mendidik, membimbing dan mencurahkan ilmu pengetahuannya kepada anak didik mereka. Sekian



PELANCARAN RADIO SEKOLAH (STK FM)

Oleh : Miid
11.03.10 SMK Tinggi Klang telah melancarkan radio sekolah (STK FM) pada hari ini. Radio ini akan bersiaran mengikut waktu-waktu yang bersesuaian untuk menyampaikan maklumat kepada warga sekolah disamping menyiarkan acara-acara santai dan berilmu yang akan disusun nanti.

Antara acara yang dicadang untuk disiarkan ialah ucapan-ucapan penting pemimpin sekolah (samaada Pengetua, Pentadbir, Guru atau Pemimpin Pelajar) mengadakan slot-slot temubual atau temuramah secara langsung, Ruangan Pendapat, Pengumuman penting dan sebagainya.

Liputan siaran radio ini boleh didengar dikawasan blok tingkatan 6, Kawasan kantin A dan B, Bilik Guru, Pusat Sumber, Kawasan Perhimpunan dan sekitar gelanggang tenis.

Sistem penyiaran ini mengandungi 3 horn speaker, 3 coloum speaker dan 4 box speaker di sekitar kawasan sekolah. Sistem Penyiaran ini juga disambungkan dengan sistem penyiaran sekolah yang mana pengumunan perhimpunan boleh didengar diseluruh pelusuk SMK Tinggi Klang. Sistem Penyiaran Radio Sekolah yang dilengkapi dengan sebuah Amplifier, Sebuah DVD Compo dan sebuah komputer boleh membuat rakaman dan boleh dimainkan semula ketika masa yang sesuai dengan menggunakan perisian yang dipasang khas.

Pelancaran radio sekolah ini diharapkan dapat menambahkan dan melicinkan lagi penyampaian maklumat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Sekian

Wednesday, March 10, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PENTADBIR SMKTK

(Gambar akan di uploadkan kemudian)
Smktk 09.03.10
. Satu Majlis Perpisahan kenaikan pangkat para pentadbir dari SMKTK telah dijalankan pada hari ini di tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini diadakan untuk meraikan kenaikan pangkat Hj Tarmuji b Kasti menjadi Penolong Pengarah di Jabatan Pelajaran Selangor selepas berkhidmat di selama 15 tahun di sekolah ini.

En Nasir bin Singoh ditempatkan di SMK Telok Gadong, Klang sebagai Pen Kanan Ko-kurikulum setelah berkhidmat di sekolah ini selama 13 tahun. Atas keperluan perkhidmatan beliau dipindahkan ke sekolah baru ini, dengan harapan dapat membangunkan bidang koko di sina. Pengalaman dan 'aura' kegiatan koko si smktk dapat membantu beliau mencapai hasrat ini.

En Sabri juga diraikan dalam majlis ini kerana kenaikan pangkat beliau sebagai Pen Kanan Ko-kurikulum di SMK selepas berkhidmat di sekolah ini selama 11 tahun. Peranannya sebagai pengerusi teknik dalam permainan badminton peringkat negeri memberikannya kelebihannya untuk memegang jawatan sekarang.

Dalam majlis ini, upacara penyampaian cenderahati telah dijalankan, berbagai pihak telah memberikan cenderahati sebagai tanda terima kasih dan ingatan. Kami di SMK Tinggi Klang rasa kehilangan dan kami juga mendoakan tuan-tuan akan berjaya dalam profession dan juga kehidupan.

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-76 TAHUN 2010

Oleh : Miid
Smktk 07.03.10
Kejohanan Olahraga kali ke-76 SMK Tinggi Klang telah berlangsung dengan jayanya di Padang Sultan Sulaiman, Klang pada 7hb March 2010. Kejohanan ini telah berjaya dengan gilang-gemilang, berwarna-warni dan menarik sekali.





Kejohanan ini mencipta sejarah kerana telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Sulaiman bin Wak dan juga dihadiri oleh Pn Hj Noraini bt Mohd Tahir Pegawai Pelajaran Dearah Klang. Upacara lintas hormat yang berwarna-warni, disertai oleh 13 pasukan



yang terdiri daripada rumah-rumah sukan, pasukan kelab dan persatuan, dan dimeriahkan lagi oleh persembahan pasukan Pancaragam Kadet telah memukau tetamu yang hadir pada hari itu.

Hari sukan ini juga sebagai hari pertemuan antara pemimpin peringkat sekolah, Yang Di Pertua PIBG dan Jawatankuasanya, juga Presiden, High School Old Boy Assiocation serta jawatankuasanya. Tn Hj Osman b Abdullah (YDP,PIBG) dan Datuk Krishnan Tan (Presiden, OBA) dan jawatankuasa mereka meluangkan masanya untuk turut serta dalam kejohanan ini. Sikap dan komitmen mereka yang tinggi sungguh menyenangkan kami dalam menjalankan kejohanan kali ini. Sikap prihatin mereka ini juga, sememangnya kami sanjung dan hargai. Sikap OBA yang mengingati sekolah lama mereka, merupakan satu keistemewaan kepada kami.

Banyak rekod-rekod baru telah dicipta dalam kejohanan ini, sama ada dalam acara balapan atau acara padang. Kebolehan pelajar dalam acara-acara tertentu tidak kurang hebatnya.

Kerjasama yang baik dan jitu antara guru-guru dan pelajar-pelajar dalam menjayakan kejohanan ini tidak boleh disangkal lagi. kekalkanlah semangat ini hingga kejayaan unggul SMK Tinggi Klang terserlah di bumi Malaysia. Sekian

Monday, March 1, 2010

PESTA PONGGAL DIPERINGKAT SMKTK DILANCARKAN

Oleh : Miid Smktk 01.03.10 Pesta Ponggal atau Pesta Menuai peringkat SMK Tinggi Klang telah dilancar dan dirasmikan oleh Pengetua Pn Huzaimah bt Bahari pagi ini disaksikan oleh seluruh warga SMK Tinggi Klang.

Pesta Ponggal yang dilancarkan merupakan Pesta kali ke-6 yang dilancarkan di sekolah ini atas usaha gigih Persatuan Bahasa Tamil untuk memupuk nilai murni seperti bersyukur, berterima kasih dan bekerjasama antara masyarakat di Malaysia. Selain itu juga pelancaran ini merupakan satu usaha untuk menanamkan sikap hormat menghormati warisan budaya yang diamalkan sejak turun menurun.

Ucapan tahniah kepada Jawatankuasa persatuan dan setinggi penghargaan kepada En K. Ramakrishnan selaku penasihat persatuan atas usaha gigih mereka menjayakan program ini. sekian