Sunday, March 27, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 30 SMK TINGGI KLANG

 Smktk 26.03.11
(Berita akan dikemaskini kemudian)

Tuan PPD dearah Klang diiringi masuk

Ibu bapa yang hadir
Ucapan Pengetua
Ucapan YDP PIBG

Pemandangan di Dewan


Ucapan Perasmian Puan PPD Pn Hjh Noraini bt Md Tahir
Bukan hanya datamg mesyuarat, dapat juga ole-ole ...
AJK PIBG 2011/2012
Pendaftaran Kehadiran


( Sila Klik di sini : untuk gambar seterusnya )

MAJLIS PERSARAAN EN LEE KIANG HENG

Smktk 24.03.11  En Lee Kiang Heng seorang guru sekolah ini bersara wajib mulai hari ini setelah berkhidmat selama 38 tahun dan beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 31 tahun. Beliau juga bekas pelajar sekolah ini, merupakan seorang guru yang sangat sayangkan sekolah ini menaburkan khidmatnya dengan cemerlang.

Beliau mengajar Matematik T dan Matematik S tingkatan 6, merupakan Ketua Pemeriksa MPM dalam subjek ini, pakar dalam subjeknya menjadi tempat rujukan dan meminta nasihat oleh kawan-kawan guru serta pelajar-pelajar. Beliau.Dilantik menjadi GKM Matematik Sains dan Matematik yang sentiasa 'cool' dan jarang marah disukai oleh kawan-kawan seperjuangan.

Sambutan meriah yang dianjurkan untuk  beliau sempena persaraanya merupakan hadiah dan penghargaan tinggi daripada pihak sekolah dan warganya. Majlis yang sungguh menyentuh hati dan perasaan ini, memberikan ingatan yang mendalam hati setiap insan yang hadir pada hari itu.

Mr Lee berucap di Majlis Persaraannya.
( Klik di sini) Sila lihat lain-lain gambar di facebook/SMK Tinggi Klang : ( Klik di sini )

Thursday, March 24, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010 SMK TINGGI KLANG

Smktk 23.03.11
Keputusan SPM 2010 yang keluar hari ini telah menyaksikan kenaikan peratus lulus kepada 95.58%, keputusan ini telah naik sebanyak 4% berbanding keputusan yang telah dicapai pada tahun lepas. Seramai 232 pelajar yang mengambil peperiksaan hanya 10 pelajar sahaja yang dianggap gagal mengikut syarat dan peraturan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keseluruhan mata pelajaran meningkat, Bahasa Melayu 95.58%, Bahasa Inggeris 92.48%, Biology 96.23%, Lukisan Kejuruteraan 96.15%, manakala mata pelajaran Seni Visual. ICT dan EST mendapat keputusan 100%.

Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang pada tahun ini ialah Yap Wee Hon (9A+ , 1A-) , Kaw Chia Siang (8A+, 2A-) , Tong Sui Hin (6A+,2A,2A-) , Nelson Yang (6A+, 2A, 2A-) dan 12 oarng pelajar mendapat keseluruhan mata pelajaran A's.

Kejayaan ini hasil  usaha gigih pelajar yang dibantu oleh guru-guru sekolah ini. Sokongan PIBG dan pentadbir sekolah yang tanpa jemu-jemu berusaha menjalankan kegiatan membantu kejayaan ini.

Syabas kepada pelajar yang lulus dan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha dengan gigih.

Ibu datang menanti dengan harapan

Macam mana cikgu?

Ini lah hasik usaha ku!

Suasan di dewan Warisan

Penilaian pencapaian dilakukan

Perjalanan hidup Fasa II baru saja bermula

Promoter hadir sama untuk mengajak pelajar mendaftar di kolej mereka


UNISEL juga turut serta
Yap Wee Hon (9A+,1A-)
( Gambar-gambar lain : Sila tekan )

PENILAIAN CALON GURU KREATIF PERINGKAT NEGERI DI SMKTK

Pada 23 Mac 2011, 2 orang Panel Penilai (Dr.Rusilawati bt Othman dan En.Syahrom Azham b.Azlan Tan) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menilai calon guru kreatif dan inovatif. 

Pn Umi Kalsom bt Mohd Wahi dari sekolah ini telah dipilih sebagai Guru Inovatif Negeri Selangor (kategori individu sekolah menengah) bersempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor pada 2010, secara tidak langsung mewakili negeri Selangor untuk kategori yang sama tetapi bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 nanti.

Penilaian bermula dari 9-12.00 tengahari dan murid 5 SN4 menjadi responden sepanjang penilaian terhadap bahan inovatif Matematik yang bertajuk ‘My Family’ itu. Turut hadir sepanjang penilaian itu, En.Azhar bin Ariffin (Penolong Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan , Sektor Pengurusan Akademik , Jabatan Pelajaran Selangor), Pn.Hajjah Noraini Bt.Md Tahir (Pegawai PPD Klang) dan Pn.Hajjah Siti Hajar Bt. Ayob (Penolong Pegawai , Sektor Pegurusan Akademik,PPD Klang).




Tajuk Kajian


Penilai didatangkan khas
Pn Umi Kalsom bt Mohd Wahi

Berbincang sesuatu

Peserta meneliti dan menjawab kajian
Satu persatu dinilai dan diteliti

Pegawai Penilai dari KPM

Sekian, semoga berjaya.
( Gambar-gambar lain : Sila Tekan di sini )

Saturday, March 12, 2011

Tarikh Keputusan SPM 2010

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

Wednesday, March 2, 2011

MAJLIS SAMBUTAN KEJAYAAN STPM OLEH SEKOLAH, PIBG DAN OBA

SMKT 1.3.11 Sambutan Kejayaan STPM 2010 yang baru diumumkan telah dijayakan oleh pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa dan guru dan Persatuan Bekas Pelajar (OBA). Tuan Hj Osman b Abdullah Yang Di Pertua PIBG dan Dato Khrisnan Tan telah hadir dalam majlis tersebut sebagai tetamu kehormat.

Add caption










Seramai !6 pelajar yang mandapat keseluruhan mata pelajaran Gred A telah diraikan dalam majlis tersebut. Kegemberiaan pelajar terserlah dapat dikongsi oleh guru-guru, YDP PIBG dan Presiden OBA. Tetamu Kehormat ini diberi ruang untuk berucap mewakili organisasi yang diwakilinya.