Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU

Oleh : Miid
Smktk 17.05.10 Sambutan Hari Guru tahun 2010 peringkat sekolah dijalankan pada hari ini. Guru-guru diraikan oleh PIBG dan pelajar-pelajar sempena hari yang penuh bermakna ini. Berbagai acara disusun dan dilaksanakan, didahului dengan acara ikrar, lagu Guru Malaysia, Perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Perutusan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Guru-guru diarak masuk ke dalam dewan.


Perarakan disertai oleh semua guru SMK Tinggi Klang


Sesampainya di dewan Lagu Negaraku dimainkan


Pelajar-pelajar juga memberi hormat Lagu Negaraku


Pelajar-pelajar tekun menunggu acara seterusnya


Ucapan Ketua Pengawas mewakili semua pelajar "Happy Teachers Day"


Ucapan Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang


Ucapan Perasmian Tn Hj Osman b Abdullah, YDP, PIBG SMK Tinggi Klang

Sambutan pada tahun ini dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Osman bin Abdullah, Beliau bagi pihak PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada semua guru. PIBG juga telah menaja jamuan makan tengahari untuk semua guru dan kakitangan Sekolah Tinggi Klang.



AJK PIBG juga turut hadir


Selamat Hari Guru, cikgu..... Jasamu dikenang.


Senyuman manis Hari Guru terserlah, tanda keiklasan guru untuk anak didiknya


Pelajar tekun mendengar ucapan


Guru lelaki merupakan "kelompuk minoriti yang tinggal" dalam Profession ini.


Bacaan Ikrar dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia bergema.


Upacara memotong kek, satu pelancaran simbolik


Terima kasih atas cenderahati sumbangan PIBG 2010 untuk semua guru.



Pelajar Tingkatan 1 juga tak sabar-sabar nak tunjukan bakat mereka.


Tarian Kipas daripada Persatuan Bahasa Cina.


Lagu bergema langkah diayun, suara didendangkan untuk guru-guru mereka.


Guru dan pelajar-pelajar sama-sama meraikan hari guru, Syabas cikgu....

Berbagai acara disusun oleh pelajar untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru ini, seperti permainan antara pelajar dengan guru. "Tally Match" disediakan untuk guru-guru menunjukkan kebolehan masing-masing disamping berhibur pada hari ini. Jamuan makan disediakan oleh PIBG sebagai tanda terima kasih ibu bapa kepada guru.

Terima kasih tidak terhingga kepada YDP PIBG dan Jawatankuasanya, Terima kasih kepada semua AJK, Persatuan Warga sekolah, Terima kasi juga kepada AJK Persatuan Pelajar-pelajar yang telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Guru pada tahun ini dengan jayanya. Sekian

PROGRAM PENYEMBELIHAN HALALLAN TOYIBAN

Smktk 15.05.10. Panatia Pendidikan Islam, SMK Tinggi Klang telah mengadakan praktikal cara penyembelihan binatang secara sah dan tertib telah diadakan di perkarangan Surau Luqman Nul hakim, SMK Tinggi Klang pada hari ini.

Objektif program ini ialah pelajar didedahkan cara penyembelihan Halallan Toyiban tanpa was-was dibawah penyeliaan semua ustaz dan ustazah sekolah ini. Ustaz Aidi, Ustazah Zamizah dan Ustaz Rafidah mengetuai program ini, sambil dibantu oleh AJK Panatia yang lain, dan juga AJK persatuan Agama Islam peringkat pelajar.

AJK Surau memberikan kerjasama yang erat dalam program ini, dengan memberi bantuan tempat dan peralatan serta bahan-bahan masakan. Sebanyak 70 puluh ekor ayam telah disembelih oleh pelajar-pelajar diawasi oleh ustaz dan ustazah. Ayam ini kemudian dibersihkan dan dimasak untuk hidangan pelajar-pelajar dan guru-guru. Terdapat juga sumbangan pecal, buah-buahan, ikan dan minuman disumbangkan oleh individu, badan-badan/persatuan di sekolah ini yang melengkapkan hidangan makan tengahari yang istemewa. Makanan telah dihidangakan secara tradisional masyarakat Jawa - Hidangan Nasi Ambeng dimana tetamu makan menggunakan satu dulang berkongsi empat atau lima orang.

Ramai guru-guru terlibat secara sukarela menjayakan program ini, dalam penyediaan makanan dan penyajian. malah guru-guru islam dijemput untuk makan tengahari bersama-sama. "Moga-moga program ini akan terus berjalan setiap tahun dan dijadikan acara tahunan Panatia Pendidikan Islam, sekolah" pandangan seorang guru yang ditemui. Sekian.

Makanan dimasak secara gotong royong


Masakan rendang Ustazah Rafidah.


Kerja-kerja menghidangkan makanan


Pecal Resepi Utama dan Menarik, Jangan tak rasa


Senyuman terserlah, makanan sedia untuk dihidang


Cik Abang turut membantu membuat Nasi Ambeng


Nasi Ambeng sedia untuk dihidang.


Mungkin berligar dalam fikiran "larat ke aku habiskan satu dulang ni"


Inilah dia untuk dimakan bersama 4 atau 5 orang, Wah! banyak tuuuu...


Gembira makan bersama, itulah yang hebatnya


Aaa aha...... makan sedapnya sambil bersila, tak perlu kerusi meja


Kemesraan terjalin


Cukup... cukup saya dah cukup, kamu boleh teruskan lagi. Alhamdulillah.


Sekian.

Monday, May 10, 2010

HARI KECEMERLANGAN SMK TINGGI KLANG 2010

Smktk 08.05.10 Majlis Anugerah Kecemerlangan tahun 2010 untuk kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun 2009 telah berlangsung dengan jayanya. Perasmian telah dilakukan oleh Yang berbahagia Ir Hj Kamaruzzaman bin Hj Johan, Pegawai Penyelaras Parlimen Kota Raja, Klang dihadiri oleh AJK PIBG, AJK Persatuan Bekas Pelajar STK, Ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

Majlis ini merupakan majlis penganugerahan yang tertinggi peringkat sekolah dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang telah mencapai kecemerlangan dalam berbagai bidang dari akademik hinggalah bidang kokurikulum.

Perbarisan Lintas Hurmat daripada Pasukan beruniform sekolah

Perbarisan Unit Beruniform - 'Gagah, kemas dan bergaya'


Perarakan Masuk ke dewan

Ucapan Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang

Ucapan YDP PIBG Tahun 2010 - 2011

Ucapan Perasmian Ir Hj Kamaruzzaman b Hj Johari


Pendaftaran Penerima Anugerah - 'Hari-hari yang membawa kenangan'


Penyampaian Anugerah dan Hadiah






Kehadiran Ibu bapa meraikan kejayaan anak-anak mereka,
suasana ini melambangkan sokongan ibu bapa kepada pihak sekolah.




'The High Schoolian' Anugerah Tertinggi.

Ibu bapa juga turut merasa gembira meraikan kejayaan anak mereka

The Scholar of The Year 2010
Anak cemerlang Ibu bapa tersenyum riang



Anugerah Khas 'Anugerah Pendidik (Guru) Kreatif'


Cenderahati sekolah kepada Perasmi. "Terima kasih tuan"
Terima kasih tidak terhingga daripada pihak sekolah.


Bergambar kenangan 'Melukiskan sejarah perjalanan SMK Tinggi Klang'.