Monday, January 25, 2010

MAJLIS ANGKAT SUMPAH KETUA TINGKATAN 2010

Oleh : Miid
Smktk 25.01.10
"Kami di sini dipimpin untuk memimpin" itulah motto yang terpampang di tembok-tembok di persekitaran sekolah ini. Hari ini sekolah menganjurkan Majlis Angkat Sumpah untuk Ketua-ketua tingkatan yang dilantik pada tahun ini.

Seramai 33 orang pelajar dilantik sebagai ketua tingkatan dan mereka diberikan penghormatan sebagai kumpulan pemimpin yang berhubung terus dengan pelajar-pelajar sekolah ini. Mereka akan memainkan peranan untuk menjaga disiplin, kebersihan, keceriaan serta keselamatan kelas masing-masing.

Majlis ini disaksikan oleh semua guru dan pelajar sekolah ini dalam satu perhimpunan khas. Perasmian dimulakan dengan pukulan gong oleh Pengetua dan seterusnya penyampaian lencana oleh pihak sekolah. Motto Kepimpinan berkualiti menjana modal insan menjadi motto dan pegangan mereka.

Tahniah kepada mereka yang dilantik dan syabas atas kepercayaan ini. Sekian.

MERENTAS DESA SMKTK 2010

Oleh : miid
Smktk 23.01.10 Acara Merentas Desa peringkat sekolah berlangsung dengan jayanya hari ini. Dianggarkan seramai 1,250 pelajar dan 130 orang guru terlibat dalam acara ini. Acara merentas desa ini



rupakan sukan beramai-ramai yang wajib disertai oleh semua pelajar. Acara ini dijalankan awal tahun pada sessi persekolahan tahun ini supaya lebih memudahkan




pengurusan sekolah menyusun perancangan yang berbentuk kurikulum untuk mengekalkan kecemerlangan akademik sekolah ini.

Pen. Kanan Ko-kurikulum En Nasir b Singoh berjaya menggerakkan semua 'jenteranya' untuk menjalankan pertandingan merentas desa ini dengan jayanya, tanpa sebarang masalah . Semua guru yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugasnya dengan cemerlang, syabas kepada mereka semua.

Se
mangat yang ditunjukan oleh pelajar-pelajar amat menggalakkan, semangat kental berpasukan ditunjukkan sebelum dan semasa pertandingan, memaparkan semangat juang tinggi yang ada pada pelajar-pelajar sekolah ini. Acara pada hari ini telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Pengetua SMK Tinggi Klang, Pn Huzaimah bt Bahari telah diberikan penghormatan untuk melepaskan larian pada hari ini.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di dewan besar SMK Tinggi Klang, banyak hadiah



telah
disediakan termasuk hamper untuk pelajar bertuah. Sebahagian hadiah ini telah disumbangkan oleh PIBG sekolah ini. Kepada pelajar yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada guru-guru yang telah bertugas diucapkan syabas dan terima kasih.
Sekian.

Wednesday, January 20, 2010

PELANCARAN BILIK IBNU SINA

Oleh : Norhayati bt Hj Ramlan

Smktk 19.01.10 Satu pelancaran Majlis Penyerahan Bilik Ibnu Sina, telah selamat dilakukan di Asrama Putera tepat jam 9.00 pagi. Majlis itu telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Tn Hj. Tarmuji Bin Kasti disaksikan oleh Penolong Kanan Akademik , Pn . Kion Choo Yoke, GKMP Teknik dan Vokasional Cik Lim Yam Hoon, Pn. Nor Hayati Ramlan , peserta sandaran NPQEL IAB, Para Kaunselor, Guru-guru AJK Asrama dan pelajar-pelajar asrama.

Bilik Ibnu Sina, telah diilhamkan oleh Mantan Pengetua SMK Tinggi Klang, Tn. Hj. Najib Bin Ayob, projek perlaksanaannya telah diambil alih oleh Pentadbiran Asrama dimana Pn. Nor Hayati Ramlan bertindak sebagai Setiausaha Perlaksanaannya.

Bilik Ibnu Sina berkonsep mesra pengguna, dan amat kondusif, di mana para pelajar asmara boleh menggunakannya untuk membuat kelas persediaan sebelum sesi persekolahan, pengajian Al-Quran. Di samping itujuga para pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan buku-buku rujukan yang telah disediakan.

Jawatan Kuasa perlaksana bilik Ibnu Sina mengucapkan ribuan terima kasih, kepada para penyumbang yang telah menjayakan Perlaksanaan Bilik Ibnu Sina ini.Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pihak Pentadbir sekolah, guru-guru dan pelajar sekalian.di atas sokongan padu dan kerjasama yang telah diberikan. Sekian


Tuesday, January 19, 2010

MINGGU KEMPEN BAHASA INGGERIS

Oleh : miid
Satu Kempen Minggu Bahasa Inggeris dilancarkan dengan rasminya di sekolah ini pada pagi (18hb.01.10) ini oleh Puan Huzaimah bt Bahari, Pengetua Sekolah Men Keb Tinggi Klang yang baru sahaja bertugas dua minggu di sekolah ini.

Pelancaran berwarna-warni ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris di bawah pimpinan guru penasihatnya Pn Swee dan dibantu oleh AJKnya, serta mendapat galakkan daripada GKMnya Pn Ang. Berbagai kegiatan dan aktiviti dirancang untuk dijalankan sepanjang minggu ini seperti kuiz, perbahasan dan sebagainya.

Perantaran atau 'meduim' bahasa inggeris merupakan satu yang penting di sekolah ini, medium ini menjadi penghubung antara guru dengan guru, guru dengan murid dan juga murid dengan murid.

Penguasaan bahasa inggeris disekolah ini amat membanggakan sebagi bahasa perhubungan dan juga bahasa ilmiah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasrat kerajaan untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa perhubungan kedua penting tidak menjadi masalah dilaksanakan di sekolah ini. Sekian.

Tuesday, January 12, 2010

MESYUARAT AGUNG KELAB WARGA SEKOLAH 2010

Oleh : Miid

SMKTK 12.01.10 Mesyuarat Agung Kelab Warga Sekolah 2010 dijalankan hari ini dihadiri oleh 120 0rang ahli. Mesyuarat telah memutuskan dan menerima AJK baru seperti berikut :-

Penasihat : Pn Huzaimah bt Bahari
Pengerusi : En Mohd Azlan b Alias
Tim Pengerusi : En Ifarizen b Alias
Setiausaha : En Ahmad b Kayat
Pen Setiausaha : Cik Siti Azura bt Sairi
Bendahari : Pn Nashimah Banu
Pen Bendahari : Pn Shakina bt Ismail
AJK : Pn Subasree a/l Unnikumaran
: En Nasruddin Zakaria
: En Tee Choon Kiong
: Pn Faridah bt Shafie

Ahli mesyuarat mengharapkan Ajk yang baru akan menjalankan aktiviti dengan lebih baik dan berkesan lagi. Sekian.

AZAM TAHUN BARU DENGAN BACAAN YASSIN

Oleh : Miid

SMKTK 08.01.10 Alhamdulillah tahun baru di SMK Tinggi Klang telah dimulakan dengan Bacaan Yassin pada Jumaat lepas bersamaan 8hb Januari 2010 yang dihadiri oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Aidi Jonli dengan kerjasama Ustazah Zamizah bt Rafii.

Kami mengharapkan tahun ini akan diberkati Allah supaya menjadikan tahun yang cemerlang untuk setiap pelajar dan pendidik, Cemerlang dalam pencapaian peperiksaan, cemerlang dalam pencapai ko-kurikulum dan cemerlang sekolah keseluruhannya.

Diharapkan lebih ramai lagi pelajar islam dan guru-guru islam akan menyertainya pada setiap pagi jumaat pada masa akan datang. Sekain

SELAMAT DATANG PENGETUA BAHARU - PN HUZAIMAH BT BAHARI

Oleh : Miid

SMKTK : 6.01.10 Warga SMKTK mengalu-alukan ketibaan pengetua baharu Pn. Huzaimah bt Bahari seorang Pengetua Cemerlang yang berpengalaman dalam pengurusan sekolah. Beliau telah berkhidmat sebagai pengetua untuk beberapa sekolah di dearah Klang dan sekolah terakhir beliau ialah SMK Pendamaran Jaya, Pelabuhan Klang. Hari ini beliau mencipta sejarah menjadi pengetua SMK Tinggi Klang yang ke 38 sejak penubuhan sekolah ini tahun 1928.
Kepimpian dan bimbingan beliau sangat diperlukan oleh warga sekolah ini. Kaum pendidik dan pelajar-pelajar mengharapkan SMK Tinggi Klang akan bertambah maju di bawah kepimpinan beliau selaras dengan visi dan misi sekolah. Visi sekolah untuk menjadi atau mencapai tiga yang terbaik diperingkat negeri Selangor dalam aspek Pencapaian Pendidikan dan Ko-kurikulum, Inshaallah akan tercapai. Sekian.

PENGETUA SMKTK TN HJ NAJIB B AYOB BERPINDAH

Oleh : Miid dan Mustafa
SMKTK : 2.01.10 Mulai hari ini Tuan Pengetua Tn Hj Najib b Ayob berpindah sekolah secara rasminya ke SMK Kapar, Klang. Perpindahan ini mengejutkan berbagai pihak dan warga SMKTK sedih tentang perkara ini, malahan ramai mengharapkan beliau kekal di sekolah ini, kerana kepimpinan, keperibadian beliau yang menarik ramai, disamping usaha gigih dan 'human contact' beliau yang baik. Jabatan Pendidikan memindahkan beliau atas dasar kepimpinan beliau yang 'sangat-sangat' diperlukan di sekolah yang baru ini.

Tempoh selama 9 bulan 10 hari bertugas sebagai pengetua sekolah ini amat disenangi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Banyak perancangan telah dibincangkan, usaha-usaha telah dijalankan malah banyak juga program telah dilaksanakan untuk kebaikan guru-guru dan pelajar sekolah ini.

Beliau telah menerajui program-program pembinaan insan kepada pendidik dan pelajar. 'Muzakarah' diantara guru-guru islam pada minggu awal beliau memulakan tugas di sekolah ini
banyak memberikan maklumat dalam halatuju memimpin kearah kejayaan sekolah ini.
'Muzakarah' dan perbincangan secara terbuka yang diadakan di masjid SMKTK meninggalkan banyak kesan kepada pendidik di sekolah ini, aktiviti keagamaan dan ceramah motivasi digiatkan.

Satu majlis perpisah diadakan oleh pihak sekolah pada sebelah paginya untuk guru-guru dan pelajar manakala pada sebelah malamnya diadakan Jamuan Perpisahan untuk pengetua oleh guru-guru sekolah ini.

Usaha gigih beliau di sanjung oleh semua guru berbilang kaum sekolah ini dan pelajar juga merasakan kehilangannya. Diharapkan beliau akan lebih cemerlang lagi di sekolah baru beliau. Kami doakan semoga kehidupan dan kepimpinan beliau dipermudahkan Allah. Sekian