Wednesday, October 20, 2010

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Smktk 20.10.10 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum yang pertama diadakan pada hari ini untuk menghargai pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah serta menghargai guru-guru yang membimbing pelajar dalam semua pertandingan kokurikulum yang telah dijalankan dengan jayanya.

Penyampaian sijil

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih


Jamuan di Dewan Putera SMK Tinggi Klang

Seramai 250 orang pelajar terlibat, mereka yang dipilih sahaja diraikan, berdasarkan pencapaian pasukan mereka diperingkat dearah, negeri atau negara. Mereka yang banyak menyumbangkan jasa dan mengharumkan nama sekolah, diberikan sijil penghargaan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah disamping jamuan makan yang istimewa.

Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Di Pertua dan Naib Yang di Pertua PIBG sebagai tanda sokongan dan komitment yang tinggi ibubapa dan masyarakat luar dalam acara ini. Sumbang bersama PIBG dan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Klang, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih semoga langkan ini akan dapat melonjakkan lagi kejayaan kokurikulum sekolah ini pada masa yang akan datang.

Persembahan Pancaragam Kadet


Tiupan membawa kenangan

Ucapan tahniah juga kepada Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua dan Pn Chen Foong Jin P K kokurikulum serta AJKnya atas kejayaan cemerlang majlis pada hari ini. Sekian

No comments: