Tuesday, February 22, 2011

SELAMAT HARI LAHIR PENGETUA



Selamat Hari Lahir  Puan Huzaimah bt Bahari, (Pengetua)
Kami, guru-guru,staf-staf dan pelajar-pelajar mengucapkan 
Selamat Hari Lahir kepada puan, 
semuga dipanjangkan umor dalam kebahgiaan, 
kesihatan yang baik dan ketenangan hidup bersama 
keluarga. Terima kasih

KEPUTUSAN STPM - TAHNIAH

Smktk 21.02.11  Keputusan STPM untuk tahun 2010 yang keluar hari ini, tidak menghampakan warga SMK Tinggi Klang, malah membanggakan kerana keputusan yang meningkat dengan cemerlangnya, 100% lulus peningkatan sebanyak 2.21% jika dibandingkan dengan keputusan pada tahun lepas.

Seramai 243 calon mengambil peperiksaan pada tahun 2010, dan kesemuanya telah melepasi syarat lulus MPM.berbanding pada tahun lepas hanya memperolehi 97.79% lulus. Dari segi kualitinya juga meningkat, seramai 10 mendapat A semua matapelajaran dalam jurusan sains manakala seramai 13 pelajar mendapat A semua matapelajaran dalam jurusan sastera.

Aliran Sains terdiri daripada :

  1. Cik Sheng Fei
  2. Kam Chun Kit
  3. Lim See Hooi
  4. Seow Jia Yang
  5. Teh Whey Chan
  6. Lim Fung Khian
  7. Tan Pei Ying
  8. Lee Chern Yuen
  9. Tan Yee Fan
  10. The Ping An

 Aliran Sastera terdiri daripada:
  1. Chan Kei Yaik
  2. Cheong Soon Foong
  3. Kong Chiu Yueh
  4. Lee Hui Chyi
  5. Ng Khai Boon
  6. Soh Shu Ying
  7. Yap Soon Aik
  8. Khoh Zi Jing
  9. Yap Khai Jian
  10. Yong Bangrou
  11. Lim Sor Yueng
  12. Ryshinah a/p Ramamoorthi
  13. Lim Jia Jian
Sekolah ini yang mendapat keputusan sekolah harian yang cemerlang telah didatangi oleh akhbar The China Press, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Bernama, dan RTM untuk mendapatkan berita atas kejayaan ini. Pn Huzaimah bt Bahari, (Pengetua), Puan Arudsakty (PK Pra-U), pelajar-pelajar cemerlang dan ibu-bapa yang hadir telah ditemuramah oleh para pemberita.

Kejayaan STPM yang diperolehi memang telah dijangkakan, hasil usaha bersungguh-sungguh Pengetua dan pentadbirannya, guru-guru yang bersungguh-sungguh dengan persediaan rapi dan terancang serta berbagai aktiviti pembelajaran yang telah dirancang, sokongan dan dorongan PIBG serta usaha tekun daripada pelajar-pelajar tingkatan enam itu sendiri.


Kejayaan dan kegembiraan  tiada batasan - tahniah

Sebahagian pelajar cemarlang

Saat yang dinantikan

Bergambar unruk pemberita

Meneliti keputusan - kejayaan diterpa.

Ditemuramah pemberita

Pemberita merakamkan gambar untuk akhbar mereka

Akan menatapi muka-muka akhbar
Kejayaan cemerlang hari ini diharapkan dapat memberi semangat kepada semua warga SMK Tinggi Klang untuk terus cemerlang dalam semua bidang pada masa akan datang. Tahniah kepada pelajar, terima kasih kepada Pentadbiran dan guru-guru, syabas kepada ibu-bapa dan kekalkan kerjasama kepada AJK PIBG. Terima kasih. Sekian

(Gambar-gambar yang lain boleh dilihat melalui facebook/SMK Tinggi Klang atau http://www.facebook.com/album.php?aid=42664&id=181200105253770&l=3cbbc16310  )

Monday, February 21, 2011

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN

  PENILAIAN KURIKULUM & MODUL ITEM BERFOKUS ( MIB )

 Bil Perkara                                                                                     Tarikh 
                                                                                           Mula                   Akhir          
 1           Tingkatan 1 & 2       
              Penilaian Kurikulum  1                                           7-3-2011          11-3-2011 
              Penilaian Kurikulum 2                                          25-7-2011          29-7-2011 
2          Tingkatan 4         
             Penilaian Kurikulum 1                                             7-3-2011   --    11-3-2011 
             Penilaian Kurikulum 2                                           18-7-2011   --    27-7-2011   

3           Tingkatan 6 Atas       
             Penilaian Kurikulum 1                                               7-3-201    --    11-3-2011  
             Penilaian Kurikulum 2                                           25-7-2011    --    29-7-2011             

4           Tingkatan 6 Bawah       
             Penilaian Kurikulum 1                                           25-7-2011    --     29-7-2011     

5           PMR       
             MIB 1                                                                  11-4-2011    --     15-4-2011 
             MIB 2                                                                  11-7-2011    --     14-7-2011 

6          SPM       
            MIB 1                                                                   11-4-2011    --     22-4-2011 
            MIB 2                                                                   27-7-2011    --       5-8-2011 

 * Tarikh di atas tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. 

            PMR                                          4 Okt - 6 Okt 2011,  
                                                           10 Okt -11 Okt 2011 

           SPM                                       14 Nov  - 14 Dis 2011 

           STPM                                      21 Nov - 14 Dis 2011 

 1        Penilaian Kurikulum              -                Ujian Bulanan ( Dalaman ) 
 2        MIB (PMR & SPM      -                Ujian Bulanan ( PPD ) 
 3       Peperiksaan Pertenghan Tahun ( Dalaman ) 
 4       Peperiksaan Akhir  Tahun ( Dalaman ) 
 5       Pep Percubaan PMR & SPM - PPPA ( JPS ) 

Wednesday, February 16, 2011

PAGE SMK TINGGI KLANG DI FACEBOOK

 Oleh : Unit Bestari SMK Tinggi Klang

MAKLUMAN

Sekarang  anda boleh  mendapat maklumat  dan gambar-gambar aktiviti 
SMK  Tinggi  Klang  daripada facebook "SMK Tinggi Klang" 
jangan lupa untuk klik "like"  untuk anda mendapat maklumat kemaskini.  
Anda mesti mempunyai/ membuka akaun facebook terlebih dahulu.

Seperti dalam facebook
 




CERAMAH HUKUMAN PENJARA, SEBAT DAN GANTUNG

Smktk 16.02.11  Satu ceramah tentang tugas Pegawai Penjara telah disampaikan di Dewan Warisan pada hari isnin 14.02.11 mulai pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Penceramah tersebut sangat berpengalaman dan dapat menyampaikan dengan cara yang sangat menarik. Tajuk ceramah dijuruskan kepada hukuman penjara, rotan dan gantung yang dijalankan dipenjara setelah mendapat arahan mahkamah.

Penceramah tersebut menyebut tentang langkah-langkah bagaimana banduan masuk pada hari pertama hinggalah dia dikeluarkan, cara pemeriksaan, tabiat banduan, percubaan melarikan diri, gangsterism dan sebagainya. Penyampaian yang menarik membuatkan pendengar diam dan mendengar dengan berhati-hati.

Ceramahnya tambah menarik dengan memaparkan gambar-gambar dan bahan asal yang dibawa pegawai tersebut seperti tali gantung, rotan dan sebagainya. Pelajar lebih fokus apabila penerangan bergambar tentang hukuman sebat dan gantung dihuraikan secara terperinchi.

Pada akhir ceramah sesi soaljawab dijalankan dan banyak soalan dapat dijawab dan dijelaskan kepada pendengar. Sesungguhnya ceramah seperti ini dapat memberikan kesedaran serta keinsafan kepada pelajar dan guru-guru yang ada di dewan pada hari itu.

Pelajar tekun mendengar

Ceramah disampaikan



Pelajar dijadikan model

Antara LCD Slide

Cara Pemeriksaan

Memeriksa baju

Memeriksa mulut dan anggota badan untuk direkodkan

Pemeriksaan  ..........

Guru Memerhati dan mendengar ceramah

Rotan berbagai saiz yang digunakan di penjara

Sebelum di rotan banduan diikat

Kaki dan tangan diikat

Telah sedia menerima hukuman

Hukuman dimulakan

Pemeriksaan doktor
sehigga habis hukuman

hanya berhenti atas nasihat doktor


Kesan rotan

"Gincu" di punggong banduan

Tali gantung yang sebenar dibawa untuk ceramah ini

Semua akan mati jika digantung

Ada cara tertentu bukan saja untuk menyekat nafas dan darah tapi .........

Digunakan sekali sahaja

Pelajar diberikan peluang melihat dari dekat

Bilik gantung



















Cenderahati sebagai tanda terima kasih.







Semuga ceramah ini dapat memberikan keinsafan kepada pendengar  dan  pembaca blog ini. Terima kasih.

PAMERAN KESELAMATAN SEMPENA PROGRAM 3K

Jabatan Pertahanan Awam
Smktk 16.12.11  Bahagian 3K, Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan sekolah telah mengadakan pameran yang disertai oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Kesihatan Klang, Unit Farmasi Klang, Jabatan Pengangkutan Jalan, Anti Dadah Kebangsaan, Pertubuhan Aid Klang dan Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan-jabatan tersebut telah mempamerkan maklumat berkaitan jabatan mereka. Maklumat yang diberikan memang lengkap dan sangat berguna kepada pelajar dan guru-guru. Terdapat pegawai-pegawai bertugas di pusat pameran tersebut yang menjawab dan menerangkan fungsi-fungsi di jabatan mereka.

Pelajar tekun membaca maklumat

Fotofit cara mengenal penjenayah

Jabatan Polis


Keracunan dalam bahan solekan dan ubat

Unit Farmasi banyak maklumat tentang ubat

Berbincang tentang cara selamat mengamalkan ubat

Ubat haram yang tidak mendapat kelulusan

Bahan Pasukan Bomba dan Penyelamat

Kaunter JPA

Unit Anti dadah Kebangsaan


Bahan Pameran diteliti pelajar.

Jabatan Pengangkutan Jalan




Kehadiran pelajar untuk melihat pameran agak memuaskan, tetapi boleh diperbaiki lagi dengan membenarkan keseluruhan pelajar sekolah melihat pameran ini. Kepada jabatan yang menjayakan pameran ini SMK Tinggi Klang mengucapkan berbanyak terima kasih. T.Kasih