Wednesday, November 16, 2011

PEMBAYARAN BANTUAN KERAJAAN RM100.00 KEPADA PELAJAR

Smktk 14.11.11  Pembayaran Bantuan Kerajaan untuk menampung Perbelanjaan Sekolah tahun 2012 untuk pelajar-pelajar sekolah ini akan mula dibayar pada tarikh-tarikh dan masa berikut :-

       Tingkatan 1 - 2       -      17hb Nov 2011 mulai jam 2.00 ptg hingga 4.30 ptg
        Tingkatan 3 - 4       -      17hb Nov 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00t
                                    -       Tempat di Dewan Blok A.


Pelajar-pelajar diminta membawa penjaga atau ibu bapa dan berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk tujuan tersebut. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi 0333412340 ( En Sahrudin bin Kasman).

Sekian, Terima kasih.

Monday, November 14, 2011

SPM - Kami doakan anda berjaya dengan cemerlang

Smktk. 12.11.11  Selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 kepada semua pelajar tingkatan 5 pelajar sekolah ini. Peperiksaan bermula 14 Nov 2011 hingga 16 Disember 2011 selama lebih kurang 3 minggu.


Harapan kami jaga kesihatan anda sebaiknya, jangan ganggu fikiran dengan perkara-perkara yang bukan-bukan. Tumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan dan peperiksaan anda. Usaha telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Akhirnya berserah kepada tuhan (Allah) semoga "Dia" akan memberikan anda balasan sebaiknya, sesungguhnya tuhan itu tidak menghampakan kehendak makhluknya dan membantu makhluknya, percayalah.

Selamat menduduki SPM semoga berjaya dengan jayanya.

Daripada:
Seluruh Warga SMK Tinggi Klang.