Monday, October 17, 2011

MALAM JALINAN MESRA, KEGEMILANGAN TERCIPTA 2011

Smktk 15 Oct.   Malam Jalinan Mesra, Kegemilangan Tercipta ialah tema malam jamuan akhir tahunan bagi tahun ini 2011. Dianggarkan 95% daripada 150 kakitangan dan guru-guru sekolah ini telah menghadiri majlis makan malam ini. Kebiasaannya jamuan akhir tahun berbentuk 'High Tea' dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Badan Warga SMK Tinggi Klang. Inilah corak 'Annual Dinner' diadakan di hotel-hotel dalam era tahun 80an dan 90an dahulu, kemudian bertukar kepada bentuk 'High Tea' jam sekitar 4.00 petang berlaku sejak tahun 2000 - 2009 dan konsep annual dinner seperti dahulu diadakan semula pada tahun ini.

Lain-lain gambar :  click here

Rata-rata mereka yang hadir pada malam ini bersetuju corak ini dihidupkan semula, selaras dengan konsep untuk mejalinkan hubungan mesra antara keluarga SMK Tinggi Klang, keluarga staff dan kakitangan, AJK Pibg dan OBA. PIBG diwakili oleh En Shamsul (NYDP) dan jawatankuasanya, Persatuan Bekas Pelajar juga menghantar Setiausahya En Roslan dan jawatankuasanya menghadiri Jamuan Makan Malam kali ini, tidak kurang juga ada guru dan staff yang membawa pasangan masing-masing.

Malam itu juga, Pn Pengetua telah menobatkan Pemenang Anugerah tertinggi,Tokoh Staf Cemerlang SMK Tinggi Klang tahun 2011 yang disandang oleh Pn Chen, sebelum itu beberapa orang telah diumukan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah kehadiran 100%, Pemenang Pertandingan Bowling dan Pemenang untuk kategori pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Disamping anugerah-anugerah, malam itu juga telah memberikan hadiah cabutan bertuah kepada hadirin yang bertuah disamping 'door gift' yang menarik.

Syabas dan tahniah kepada AJK Kelab Warga yang telah merancang dan telah menjayakan dengan baik sekali. Syabas dan terima kasih.

Lain-lain gambar : click here

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

SMKTK. Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah, lebih kurang 35 orang pelajar terlibat melakukan sketsa berkaitan kemerdekaan, nyanyian serta sajak dihadapan perhimpunan yang disaksikan oleh semua pelajar dan guru-guru. Sambutan ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah, Persatuan Setia dan penglibatan beberapa persatuan yang lain.


Lain-lain gambar : clicks here

Penglibatan ramai pelajar memberikan kesedaran tentang betapa nikmatnya kemerdekaan itu, disamping kesedaran untuk menjaga dengan baik supaya kemerdekaan itu terus kekal dan dijaga rapi. Menyedari dan mengingati pengorbanan pejuang dan pemimpin masa lampau merupakan satu ciri penting yang harus dipupuk dan disedari oleh golongan muda masa kini. Kemerdekaan tidak datang begitu mudah tanpa pengorbanan, Pengorbanan jiwa, harta benda dan kesenangan dilakukan oleh pejuang kita zaman lampau. Sedarkanlah generasi muda kita supaya Kemerdekaan dan Keamanan itu tidak harus diperjudikan. Merdeka ! merdeka !, merdeka !


Sunday, October 16, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2011/2012

Smktk. Perlantikan pengawas untuk sesi 2011/2012 telah dilakukan setelah pengawas sesi 2010/2011 khasnya tingkatan V dan tingkatan VI Atas, tamat tempoh perkhidmatan mereka. Perlantikan pengawas yang dilakukan pada pertengahan tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM dan STPM yang akan bermula pada 14  November nanti.


Lain-lain gambar : clicks here

Pentauliahan pengawas sesi 2011/2012 telah dilakukan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang. Pentauliahan yang diadakan dihadapan perhimpunan memberikan kuasa kepada mereka untuk menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pengetua dan Panel pemilihan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan menggugurkan seseorang pengawas itu selaras, kuasa yang telah diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perlantikan Pengawas di sekolah ini mengamalkan sistem merit berdasarkan kebolehan dan kepimpinan seseorang calon itu. Konsep satu Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum diamalkan dalam perlantikan pengawas, supaya menjadi satu "Badan" yang dihormati oleh masyarakat sekolah ini, disamping memupuk perpaduan kaum sejak dari bangku sekolah lagi. Kerjasama guru-guru, panduan daripada pelbagai pihak dalam mengujudkan satu badan pengawas yang di 'geruni' amatlah penting. Sebagai sebuah sekolah Primier di Malaysia, golongan pengawas sekolah ini selalunya menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya dan mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing. Tahniah kepada mereka yang telah terlantik.