Monday, October 25, 2010

PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010 PERINGKAT SMK TINGGI KLANG

Smktk : 25.10.10 Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SMK Tinggi Klang telah dijalankan pada 25hb Oktober 2010 dan dirasmikan oleh Pn Huzaimah bt Bahari Pengetua SMK Tinggi Klang

Ucapan Pengetua

Pelancaran Bulan bahasa ini bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan serta menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa

Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan ini, seperti Kuiz bahasa Melayu, Pertandingan sajak, pertandingan pidato,pertandingan bercerita, pertandingan buku skrap dan sebagainya.


Gong dipalu.


Persembahan Pelajar - nyanyian lagu bersajak


Koir menyanyian Lagu Bahasa Jiwa Bangsa


Penyampai cenderahati kepada Pengetua

Wednesday, October 20, 2010

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

Smktk 20.10.10 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Kokurikulum yang pertama diadakan pada hari ini untuk menghargai pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah serta menghargai guru-guru yang membimbing pelajar dalam semua pertandingan kokurikulum yang telah dijalankan dengan jayanya.

Penyampaian sijil

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih


Jamuan di Dewan Putera SMK Tinggi Klang

Seramai 250 orang pelajar terlibat, mereka yang dipilih sahaja diraikan, berdasarkan pencapaian pasukan mereka diperingkat dearah, negeri atau negara. Mereka yang banyak menyumbangkan jasa dan mengharumkan nama sekolah, diberikan sijil penghargaan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah disamping jamuan makan yang istimewa.

Majlis ini juga dihadiri oleh Yang Di Pertua dan Naib Yang di Pertua PIBG sebagai tanda sokongan dan komitment yang tinggi ibubapa dan masyarakat luar dalam acara ini. Sumbang bersama PIBG dan Unit Kokurikulum SMK Tinggi Klang, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih semoga langkan ini akan dapat melonjakkan lagi kejayaan kokurikulum sekolah ini pada masa yang akan datang.

Persembahan Pancaragam Kadet


Tiupan membawa kenangan

Ucapan tahniah juga kepada Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua dan Pn Chen Foong Jin P K kokurikulum serta AJKnya atas kejayaan cemerlang majlis pada hari ini. Sekian

LAWATAN OLEH DELEGASI UNIVERSITAS NEGERI GORONTALO, KEMENTERIAN PENDIDIKAN NASIONAL, INDONESIA

Smktk 20.10.10 Seramai 31 orang delegasi Universitas Negeri Gorontalo, Indnesia telah datang melawat ke sekolah ini. Mereka terdiri daripada 38 orang mahasiswa Program Pascasarjana di ketuai oleh Profesor Dr Abd Kadim Masaong, Profesor Dr Hasanuddin dan Profesor Dr Ansar.

Pasukan 'back pipes'



Perarakan masuk ke SMK Tinggi Klang


Bergambar kenangan sejurus sampai di SMK Tinggi Klang


Menanda tangani Buku Pelawat


Ucapan Pengetua

Taklimat Penerangan
Mendengar Taklimat

"High School Tour"



Melawat Asrama Pelajar


Jamuan Makan tengahari



Makan tengahari di kantin

Kehadiran mereka dilengkapi dengan lawatan sekitar sekolah dan taklimat-taklimat daripada bahagian-bahagian tertentu. Lawatan yang bermula pukul 9.30 pagi itu berakhir pada pukul 12.45 tengahari dengan jamuan makan dan sesi bertukar cenderamata. Sekian