Thursday, December 24, 2009

TAHNIAH - KEPUTUSAN PMR 2009 MENINGKAT

Oleh: Abd Hamid dan Azizah Badar
SMK Tinggi Klang. 24 Dis. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengetua Hj Najib b Ayob, Penolong Kanan Kurikulum Pn Kion Choo Yoke, Barisan Pentadbir, GKM Semua Matapelajaran, semua guru dan pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Syabas kerana telah berjaya meningkatkan keputusan PMR tahun ini ke peringkat yang membanggakan.


Sekolah telah berjaya mencapai kelulusan 84.13% meningkat sebanyak 7.04% jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun lepas.
Usaha gigih yang terancang dan berterusan semua pihak sekolah ini berjaya meningkatkan kejayaan PMR pada tahun ini. Seramai 34 orang pelajar memperolehi 'straight A' meningkat sebanyak 100% jika dibandingkan pada tahun lepas.

Peratus kelulusan matapelajaran keseluruhannya mencapai lebih 90%. Tahniah kepada semua guru yang telah terlibat mengajar pelajar-pelajar ini. Pencapaian Keseluruhan matapelajaran BM 94.6%. BI 89.9%. Sejarah 95.6%. B.Cina 94.4%. B.Tamil 90.9%. Pend Islam 95.7%. Math 92.4%. Sains 95.6%. KH(Kt) 96.1%. KH(Pert) 96.3%. KH(Pk) 100%.

Guru-guru yang mengajar matapelajaran-matapelajaran ini semasa tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 3 tentunya telah banyak menyumbang kearah pencapaian ini, syabas dan terima kasih kepada guru-guru ini yang telah mendidik dan membimbing pelajar-pelajar ini tanpa rasa jemu dan bersungguh-sungguh.

Hari ini merupakan hari gembira kepada ibu-bapa dan penjaga pelajar yang telah mendapat kejayaan yang cemerlang. Guru-guru juga turut merasa bangga.

Yang Di Pertua PIBG dan Ahli Jawatankuasanya juga merasa bangga terhadap pencapaian PMR pada tahun ini. Perhatian berat ibu-bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka zahirkan oleh AJK PIBG dan perkara-perkara ini lah yang sering dibincangkan dalam mesyuarat-mesyuarat PIBG dari masa ke semasa.

Ibu-bapa "mengharap" , anak-anak "bercita-cita" , guru-guru "membimbing". Tanpa matlamat
dan harapan ibu-bapa, tanpa cita-cita dan usaha gigih pelajar dan tanpa bimbingan dan kepakaran guru-guru, kecemerlangan agak sukar dicapai. Ketiga-tiga pihak ini harus lebih gigih untuk membina "sejarah kebangkitan semula High School" di mata masyarakat seperti misi dan visi sekolah, tidak ada yang mustahil jika ada azam dan tekad.
Amin. Terima kasih





Tuesday, October 27, 2009

PROJEK PEMBINAAN AUDITORIUM SEKOLAH - Antara Realiti dan Usaha Gigih

Pihak sekolah dan Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) SMK Tinggi Klang telah bersetuju dan memulakan usaha untuk mengubahsuai dewan lama sekolah ini untuk dijadikan sebuah auditorium yang boleh dimanafaatkan untuk kegunaan pelajar-pelajar, guru-guru, ahli-ahli PIBG, ahli-ahli Bekas Pelajar dan kaum Pendidik Dearah Klang amnya. Jawatankuasa PIBG berharap kemudahan ini dapat dimulakan pada bulan Disember atau disiapkan pada tahun depan, walaubagaimana pun projek ini bergantung kepada dana yang dapat dikumpulkan.



Pembinaan dijangkakan memakan belanja sebanyak RM 200,000 merangkumi perbelanjaan ubahsuai dan pembelian peralatan yang asas. Tertakluk kepada perubahan harga barang dan mutu barangan yang dibeli.

Berdasarkan persetujuan awal, pembinaan auditorium ini di bina melalui dana yang dikumpulkan melalui sumbangan daripada Persatuan Ibu bapa dan guru SMK Tinggi Klang, High School Old Boys Assiociation, Penyumbang-penyumbang koperat, syarikat dan orang perseorangan. Jawatankuasa juga mempertimbangan menerima jika ada pihak koperat yang sanggup menderma menjadi penyumbang utama dan mengabadikan nama dan sumbangan syarikat-syarikat tersebut dalam auditorium tersebut.

Objektif Pembinaan

1. Auditorium ini akan dijadikan tempat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang melibatkan ramai

pelajar terutamanya tingkatan enam dalam bentuk kuliah atau seminar. Cara dan konsep pengajaran

begini ini telah menjadi satu keperluan untuk P & P tingkatan Enam.

2. Auditorium ini akan dijadikan pusat aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan ko-kurikulum seperti Seminar Peperiksaan PMR, SPM dan STPM, di samping majlis rasmi penyampaian hadiah, sijil dan sebagainya. Pertandingan-pertandingan aktiviti Kokurikulum dam Kurikulum peringkat sekolah dan dearah juga boleh diadakan jika pelajar yang terlibat tidak melebihi kapisiti tempat duduk yang dianggarkan 300 kerusi.

3. Auditorium ini akan dijadikan satu tempat yang mempunyai kemudahan yang lengkap dan selesa. Pusat setempat yang berhawa dingin, lengkap Audio Sistem, LCD. capaian internet serta kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.


Tempat dan kriteria


1. Auditorium ini dibina dengan mengubahsuai Dewan Lama SMK Tinggi Klang dewan yang kosong

dan hanya digunakan beberapa kali setahun untuk aktiviti pelajar. Tiada kemudahan yang lengkap

dan sempurna setakat ini menyebabkan pengubahsuai amat perlu dibuat segera.

2. Keluasan lantai 86'(P) X 46'(L) X 13'(T) sesuai dijadikan auditorium bertingkat yang mana

tempat duduknya lebih tinggi dibahagian belakang untuk memperolehi pandangan dan suasana yang

kondusif. Sebaris boleh memuatkan 16 kerusi, dijangkakan 20 baris boleh dimuatkan didalam

ruang tengah auditorium, keseluruhannya boleh menempatkan 302 kerusi (Tertakluk kepada saiz

kerusi. )

3. Siling : Plaster Siling dan berlapis dibahagian tepi dimana boleh diletakkan floresent light untuk

menerangkan ruang.


4. Lantai : Karpet dan Laminated / Varnish Wood. Pada ruang tangga dan tempat duduk karpet

digunakan. Manakala mini stage di bahagian hadapan limanated atau varnish wood akan digunakan.

5. Dinding : Dinding Bercorak dan di balut dengan karpet dan cermin.

6. Struktur dalaman : Kerangka Besi 2" X 2" tebal dilapik Waterproof Plywood / cement board


7. Bahagian Depan : Pentas (mini stage) 1 1/2 kaki tinggi menggunakan laminated / Varnish Wood.

Dilengkapi meja VIP berukuran 3' X 9' mengandungi lima tempat duduk yang boleh diubahsuai.


8. Lampu & Pendawaian : Dibahagian tepi didalam siling floresent light, bahagian hadapan dan tengah

depan Down light dan bahagian tengah 'ceiling flood light dan down light'. Di bahagian tangga lampu kecil


9. Penghawa Dingin dirancang sekurang-kurangnya(20HP) 2 unit Shielded Package Air Con yang

mempunyai 10 HP seunit disambungkan melalui saluran aircon yang dipasang di atas siling.

menggunakan pendawaian 'three phase.'


10. LCD dan skrin : Satu skrin besar (9' X 12') dan satu unit LCD Projektor.


11. PA System & Peralatannya : Satu unit PA system jenis TOA / lain-lain, 6 unit speaker, 3 microphone

dan 1 unit wireless clip microphone.


12. Fire Estinguisher : 3 unit pemadam api (Jenis Dry Spray)


13. Bilik VIP / Utiliti Room : Sebuah bilik 10' x 15' berhawa dingin serta berkarpet atau lantai papan

(laminatad wood) dirancang di bahagian belakang Auditorium. Bilik ini untuk kegunaan tetamudisamping

juga untuk digunakan sebagai bilik Persediaan atau Bilik Persalinan. Mengandungi set Sofa, Almari dan

kerusi meja.


14. Tangga Naik / laluan VIP : Menaik tarafkan tangga dengan memasang ceramic pada tangga

tersebut dan menghias bahagian dinding serta lantai hingga ke pintu belakang Auditorium.




ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PEMBIAYAAN





Pengubahsuaian dewan lama ini kepada auditorium dianggarkan berjumlah RM 200,000.00 dan jumlah ini sedang diusahakan oleh jawatankuasa untuk menjadikan projek ini satu realiti. Jawatankuasa yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PIBG dan guru telah mula bergerak (Peringkat Awal) untuk mencari dana.





Peranan semua AJK PIBG, AJK Bekas Pelajar, ibubapa, bekas pelajar dan guru-guru untuk sama-sama mencari dana sangat-sangat diharapkan untuk menjadikan projek ini berjaya. Sumbangan daripada semua pihak akan mempercepatkan perlaksanaan projek ini. Kepada dermawan juga sumbangan tuan-tuan akan merealitikan projek ini.





Thursday, October 22, 2009

EXPLORACE BAHASA MELAYU PERINGKAT SEKOLAH

Oleh : Miid 22.10.2009

SMK Tinggi Klang - Satu Explorasi Bahasa Melayu peringkat SMK Tinggi telah dijalankan untuk pelajar-pelajar sekolah ini pada 22hb October 2009. Explorasi ini telah dijalankan oleh Panatia Bahasa Melayu dengan kerjasama guru-guru yang terlibat terdiri daripada Pn Azizah Badar, En Abd Hamid b Hamzah, Pn Rafidah bt Nawi, Pn Suhail bt Mohd Nor dan Cik Siti Norashikin bt Abdullah.

Guru-guru yang terlibat telah merangka program ini meliputi pengetahuan bahasa, kemahiran menganalisa ayat dan kepekaan daripada aspek kesalahan bahasa.

Permainan bahasa ini telah menguji kepintaran pelajar daripada aspek pengetahuan bahasa, kepekaan minda dan kesalahan yang ada pada papan-papan tanda dan papan notis yang terdapat di sekitar sekolah ini. Disamping memupuk interaksi antara pelajar, permainan ini juga telah menguji kefahaman pelajar tentang arahan yang mencabar keintelektual minda pelajar dalam bahasa.




Keseluruhan aktiviti ini telah mengambil masa selama 4 jam 30 minit untuk ditamatkan. Kumpulan 2020 daripada pelajar 3RK2 telah mendapat johan manakala naib johan telah dimenangi oleh kumpulan pelajar tingkatan 3A.


Kepada semua pelajar yang menang diucapkan tahniah dan kepada guru-guru pembimbing diucapkan terima kasih.


Guru-guru membimbing pelajar-pelajar dalam menjalankan aktiviti.
Murid berbincang untuk memulakan aktiviti.
Program ini akan dijalankan lagi pada tahun hadapan dalam skil yang lebih besar.




Sekian. Tahniah dan terima kasih





Friday, October 16, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Oleh : Miid 16 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Kami Pengetua, Para Pentadbir dan Guru-guru SMK Tinggi Klang mengucapkan
Selamat Hari Deepavali kepada semua guru, pekerja, ibu-bapa dan pelajar-pelajar yang beragama Hindu, semuga Deepavali tahun ini ceria dan membahagiakan lagi keluarga anda. Harapan kami semoga anda semua selamat dan dapat menyambut hari kebesaran ini dalam keadaan sihat dan bahagia.

Selamat Menyambut Hari Deepavali. Sekian


Wednesday, October 14, 2009

PROGRAM TINGKATAN 6 : MAJLIS PERPISAHAN DAN PERHUBUNGAN TAHUN 08/09

Oleh : Miid 12 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Satu majlis perpisahan anjuran Majlis Tingkatan Enam dijalankan pada 14 Oct 2009 dan telah di rasmikan oleh Pn Kion Choo Yoke Penolong Kanan Akademik,


SMK Tinggi Klang. Majlis ini diadakan bertujuan untuk perpisahan antara pelajar-pelajar senior dan pelajar-pelajar junior. Dianggarkan 600 pelajar terlibat dalam majlis ini dan semua guru yang mengajar tingkatan enam dijemput hadir.

Disamping perpisahan majlis ini  merupakan titik tolak dan tanda penghormatan kepada junior yang akan mengambil alih tampuk pengurusan Majlis Tingkatan Enam untuk masa-masa yang akan datang. Perhubungan dijalinkan dengan mengadakan aktiviti dan persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan enam rendah.

Berbagai aktiviti dan persembahan yang merangkumi kebudayaan dipersembahkan. Salah satu yang menarik perhatian penonton ialah tarian pelajar India disamping persembahan Yoyo Cina yang telah merangkul kemenangan diperingkat Asia.

Guru-guru yang hadir memberikan sokongan penuh dan kagum dengan pengurusan serta perjalanan majlis yang selenggarakan sepenuhnya oleh pelajar.









Pada tengaharinya, guru-guru dan jawatankuasa dijamu makan tengahari atas tanggungan Majlis Tingkatan Enam tahun ini.





Syabas kepada semua AJK yang terlibat. Sekian




Saturday, October 10, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU TINKATAN 6

Oleh : Miid - 11 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Satu Kursus Peningkatan Profession Guru-guru Tingkatan enam telah dijalankan di SMK Tinggi Klang disertai oleh wakil guru-guru yang mengajar tingkatan enam di dearah Klang.


Kursus ini dijalan mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. dan telah dikendalikan oleh Mohd Tarop bin Sumo dari Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman 10 tahun mengajar tingkatan enam dan sekarang ini bertugas di Maktab Perguruan.

Dalam kursus tersebut peserta telah didedahkan dengan cara-cara menyediakan Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran tingkatan enam. Pendedahan juga diberikan mengenai keadah-keadah dan perlaksanaan  kolokium, ko-kurikulum, dan aktiviti kemasyarakatan.


Guru-guru yang terlibat berpendapat, pendedahan seperti ini amat perlu diberikan kepada guru-guru supaya visi dan misi serta harapan kerajaan menaik tarafkan tingkatan enam akan dapat menaikkan lagi taraf pendidikan tingkatan enam pada masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat kerana telah dinaikkan ke gred perkhidmatan yang lebih tinggi. Semuga dengan kenaikkan gred ini guru-guru yang terlibakan akan lebih berdidikasi dan bekerja kuat selaras dengan 'anugerah kenaikan yang diberikan'. Sekian


KREATIF DAN INOVATIF MENINGKATKAN P&P BERKESAN

Oleh : Miid 11 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Satu ceramah yang bertajuk "Kreatif dan Inovatif Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan" telah dijalankan di SMK Tinggi Klang pada 11 Oct 2009 mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kursus ini dihadiri oleh lima puluh orang guru dan ceramah disampaikan oleh Pn Krisnakumary a/p Jeeve, seorang pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia.





Kursus ini bukan sahaja mengajar Keadah Kreatif dan Inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga telah mendedahkan pelbagai teknik dan cara-cara mengawal kelas semasa pengajaran. Pengalaman luas penceramah disalurkan melalui ceramahnya. Guru-guru juga didedahkan dengan permainan yang dapat menarik minat peserta malah juga rasanya dapat menarik minat pelajar jika dilaksanakan kepada mereka.





Pada hari ini juga peserta didedahkan dengan Pendidikan Pemulihan. Berbagai-bagai teori dan keadah telah diajar dan dibincangkan oleh penceramah dan mendapat sambutan baik daripada peserta. Dewan Multimedia SMK Tinggi Klang sangat ceria dengan gelak ketawa dengan riang-ria semasa ceramah disampaikan. Peserta memberikan tumpuan dan kerjasama yang erat dan peceramah pandai mengambil hati dan dapat mengawal kelas dengan berkesan.

Guru-guru terlibat dalam aktiviti yang diberikan



Pada akhir ceramah itu peserta dijamu dengan makan tengahari, syabas dan tahniah kepada semua guru yang terlibat. Sekian

Wednesday, October 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009


Oleh : Miid 7 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Kami Pengetua, Para Pentadbir dan Guru-guru SMK Tinggi Klang mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR, semuga berjaya dengan cemerlang. Kejayaan itu adalah untuk mencapai harapan dan cita-cita peribadi anda disamping dapat menaikkan nama sekolah. Kami doakan anda semua berjaya.

Tahniah, semuga berjaya.Sekian.

Monday, October 5, 2009

MAJLIS RESTU DAN BERMAAFAN SMK TINGGI KLANG

Oleh : miid - 5 Oct 09

SMK Tinggi Klang - Majlis Restu Ilmu diadakan untuk memohon maaf daripada kedua-dua belah pihak, samada daripada pihak guru-guru kepada pelajar-pelajarnya atau pohon maaf daripada pihak pelajar kepada guru-guru yang mengajarnya. Majlis ini merupakan satu acara kemestian yang pasti diadakan sebelum peperiksaan samada peperiksaan PMR, SPM atau STPM.
Hari ini Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar PMR diadakan di dewan SMK Tinggi Klang, dihadiri oleh Tn Hj Najib Ayub, Pengetua SMKTK. Para Pentadbir, Guru-guru dan semua pelajar tingkatan tiga. Nasihat dan kata-kata perangsang dan harapan disampaikan oleh Pengetua kepada pelajar-pelajar.



Koperasi sekolah juga tidak ketinggalan dengan memberikan sumbangan pen, pensil dan pemadam yang merupakan keperluan asas dalam peperiksaan. Sumbangan ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.



Taklimat akhir urusan peperiksaan diberikan oleh Pn Azizah bt Badar, peraturan dan tatasusila semasa di dewan disampaikan dengan jelas dan terperinchi.



Pelajar tekun mendengar taklimat dan arahan-arahan serta pesanan daripada guru-guru mata pelajaran. Harapan daripada semua guru mata pelajaran supaya tidak ada pelajar-pelajar yang gagal dalam mata pelajaran yang diajarnya.




Berbaris memohon maaf dan restu semuga dapat menjawab dengan tenang dan berkesan semasa menjawab peperiksaan nanti.



Tidak kurang juga ada guru dan pelajar yang melepaskan 'emosi pengharapan' sesama sendiri menjelang peperiksaan yang akan berlaku sedikit masa lagi. Sentuhan iklas ini memberikan 'suntikan' yang begitu bermakna.



'Peperiksaan bukanlah satu hukuman tetapi peperiksaan adalah satu proses untuk menilai pelajar, jangan takut atau runsing, tentunya kamu semua telah bersedia dengan rapi. Hadapilah dengan tenang dan teliti. Pohonilah doa kepada Illahi.' Sekian.

TAHNIAH KEMENANGAN DALAM PERTANDINGAN SENI LUKIS

AKAN DIKEMASKINI KEMUDIAN

PESERTA SEKOLAH INI MEMENANGI PERTANDINGAN FIZIK KEBANGSAAN 2009

Oleh : Pn. Mariam Bt Haron - 5/10/09


SMK Tinggi Klang - Pada 30 Julai 2009 yang lalu, seramai 5 orang pelajar dari SMK Tinggi Klang telah menyertai Pertandingan Fizik Kebangsaan yang diadakan secara bertulis serentak seluruh Malaysia.





Pertandingan dianjurkan oleh Institut Fizik Malaysia dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam pertandingan itu , wakil sekolah ini telah berjaya memperolehi 3 sijil pingat gangsa dan 2 sijil kepujian .





Penyampaian sijil-sijil tersebut telah diadakan pada hari Isnin ,5 Okt. 2009 dan telah disampaikan oleh Pengetua SMK Tinggi Klang . Pemenang sijil kepujian diperolehi oleh John Lee Von Leon dan Khoo Chun Pao.



"Kejayaan bukan sahaja kebanggaan diri tetapi juga kebanggaan sekolah"





Manakala pemenang sijil Pingat Gangsa dimenangi oleh Ammar Zulfadhli B. Sotiman, Oh Jon Keat dan Siew Ming Jin. Kesemua peserta tersebut dari T5Sc I. Sekian.

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM MENINGKATKAN KEJELEKITAN DALAM ORGANISASI



PERKEMBANGAN STAFF Ke-6
Oleh : Miid & Kaunselor - 6 Oct 09
SMK Tinggi Klang - Pelbagai pengisian yang menarik seperti ceramah berkaitan dengan komunikasi berkesan serta diikuti dengan slot yang ke 2 LDK dalam kumpulan. Melalui aktiviti dalam kumpulan ini dapat meningkatkan serta menambahkan kejelekitan antara guru-guru melalui aktiviti secara bekerjasama.
Aktiviti dijalankan bersama tanpa mengira kedudukan



Bakat yang dimiliki oleh pendidik SMK Tinggi Klang juga dapat dilihat serta ditonjolkan melalui aktiviti persembahan secara berkumpulan. Kreativiti yang ditunjukkan oleh warga pendidik sesungguhnya amat bermakna kerana tanpa rasa segan serta malu, mereka bersama-sama berganding bahu untuk menaikkan nama kumpulan masing-masing.



Para pendidik berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. pengalaman yang bermakna dalam perkembangan staf untuk guru-guru ini pastinya akan dapat mencetuskan minda agar dapat menjadi pendidik yang lebih sporting, tenang serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua keadaan.

Diharapkan para pendidik SMK Tinggi Klang akan menjadi antara pendidik yang disayangi pelajar serta tersohor di seluruh daerah Klang Khususnya.

















Satu keluarga yang besar terbentuk melalui kerjasama dari semua pihak


Akhirnya komunikasi berkesan dan keakraban terjalin. Sekian

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR ISLAM

Oleh : Miid - 3 Oct 09
SMK Tinggi Klang - Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon-calon PMR, SPM dan STPM diadakan di surau SMK Tinggi Klang, pada 3hb Oct 2009 mulai pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Penganjur majlis terdiri daripada Persatuan Agama Islam SMKTK, Badan Kebajikan Islam SMKTK dan PIBG manjayakan majlis ini dengan cemerlangnya. Anggaran 350 orang telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu-bapa pelajar.


Pendaftaran Pelajar bermula sejak pukul 6.00 ptg
Kemesraan ibu bapa yang membawa seribu harapan tergambar diwajah mereka. Harapan tinggi yang diletakkan keatas anak-anak mereka menyanjungi aktiviti murni ini. Aktiviti tahunan ini merupakan pertemuan yang begitu bermakna untuk pelajar, guru-guru dan ibu-bapa pelajar.


AJK Kalangan guru bersedia melayan tetamu.







Majlis dimulai dengan sembahyang Maghrib berjemaah dipimpin oleh Ust. Aidi Jonli, diikuti dengan sembahyang hajat dan bacaan Surah Yassin. Usaha digandakan, target ditetapkan, bimbingan dipohonkan dan akhirnya doa dipanjatkan kehadrat Allah SAW untuk mendapat keputusan cemerlang, untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah daripada motivator yang dipanggil khas untuk membangkitkan "internal drive" pelajar-pelajar untuk menghadapi peperiksaan. Keberkesanan daripada ceramah ini begitu nyata sekali apabila kebanyakkan pelajar menitiskan airmata sambil memeluk ibu-bapa masing-masing.


Ibu-bapa dan pelajar tekun mendengar ceramah



Makanan diedarkan oleh guru-guru dan pelajar perempuan kepada semua tetamu dan pelajar yang datang pada malam itu.


Majlis tamat dan bersurai pada malam itu tamat pukul 10.30 malam membawa seribu harapan. Sekian