Tuesday, March 20, 2012

KEPUTUSAN SPM AKAN KELUAR PADA 21.3.2012

Maklumaan kepada semua calon SPM tahun 2011 yang akan datang mengambil 
keputusan pada tarikh tersebut. Semoga anda berjaya dengan cemerlang, tahniah.


Thursday, March 15, 2012

KEPUTUSAN SPM AKAN DIUMUMKAN PADA 21 MARCH 2012

Keputusan SPM tahun 2011 akan diumumkan pada 21hb March 2012 bersamaan hari RABU.Pelajar-pelajar boleh mengambil keputusan selepas pukul 10.00 pagi di dewan sekolah. Bekas pelajar SMK Tinggi Klang yang hendak mengambil keputusan diminta berpakaian kemas mengikut peraturan sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Terima kasih

Friday, March 9, 2012

KEPUTUSAN STPM CEMERLANG LAGI

SMKTK 7hb march. Keputusan STPM sekolah ini sekali lagi mencapai kecemerlangan dengan mencapai keputusan lulus 98.14%. Seramai 8 orang pelajar mendapat 4A penuh, manakala seramai 18 orang pelajar mendapat A,A- dalam semua mata pelajaran.

PNGK pada tahun ini bertambah baik dimana keseluruhan keputusan mencatatkan PNGK meningkat 0.09 kepada 2.73. Keseluruhan calon yang mengambil peperiksaan tahun 2011 bertambah daripada 243 pelajar (2010) kepada 269 (2011)

Keputusan tahun ini membanggakan pihak sekolah dimana seramai 269 pelajar yang menduduki peperiksaan tahun lepas, hanya lima orang sahaja yang gagal.walau bagaimana pun pihak sekolah sedikit kecewa kerana tidak dapat mengekalkan peratus lulus 100% pada tahun 2011. Namun guru-guru dan pelajar-pelajar Pra-U tahun ini berazam untuk menaikkan semula peratus lulus dan mencapai 100% lulus seperti tahun-tahun sebelumnya.

Semua pelajar yang berjaya diucapkan tahniah dan terima kasih, malah kepada semua pendidik yang telah mencurahkan ilmu dan usaha gigih, jasa anda tetap dikenang dengan jutaan terima kasih. Untuk bekas pengetua, Pn Huzaimah bt Bahari, tentunya tunjuk ajar dan perhatian, serta usaha yang bersungguh-sungguh beliau membuahkan kecemerlangan ini tidak dapat disangkal lagi, tahniah puan. Sekian.









 Lain-lain gambar, sila klik
 Gambar sekitar Hari Keputusan STPM




Monday, February 13, 2012

MERENTAS DESA 2012 SMK TINGGI KLANG


Sekitar Merentas Desa SMK Tinggi Klang 2012, pada 10 februari 2012
















Lain-lain gambar berkaitan Merentas Desa SMK Tinggi Klang pada 10.2.2012, klik link di bawah:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.345625235477922.83499.181200105253770&type=1&l=c39fcedc5b

Monday, January 23, 2012

 
 Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh Guru-guru dan 
Pelajar-pelajar (Cina) SMK Tinggi Klang, Klang

Wednesday, January 11, 2012

Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011


Pada 7 Januari 2012 telah diadakan Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011 bertempat di Hotel Prescott, Klang.  Majlis ini meraikan 34 pengawas pusat sumber sesi 2010/2011 yang telah menamatkan sesi persekolahan serta menghargai jasa mereka di SMK Tinggi Klang.
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2011/2012 iaitu Saudara Tan Zhen Sheng diikuti oleh ucapan daripada Saudara Pang Kien Tian, pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2010/2011.
Penyelaras Pusat Sumber turut memberikan ucapan ringkas dan majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Huzaimah Bt Bahari selaku pengetua SMK Tinggi Klang. Bagi menghargai sumbangan pelajar, pihak sekolah telah menyediakan sijil serta cenderamata untuk pengawas sesi 2010/2011.












Tahun ini merupakan tahun keenam majlis ini diadakan di luar sekolah. Majlis ini dapat disempurnakan hasil daripada semangat kerjasama guru pusat sumber serta pengawasnya. Majlis seumpama ini berjaya mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta mewujudkan hubungan harmonis dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah.
Hadirin turut disajikan dengan persembahan yang mengagumkan daripada pengawas sesi 2011/2012. Antara persembahan yang dipertontonkan kepada hadirin ialah tarian, nyanyian serta lakonan. Semangat 1Malaysia jelas kelihatan di mana pelajar cina mempersembahkan tarian hindi dengan berkesan dan berjaya mencuit hati tetamu.

Sebelum bersurai, satu sesi pengambaran diaturkan bagi merakamkan kenangan bersama bekas-bekas pengawas pusat sumber yang banyak membantu guru dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab untuk memastikan pusat sumber SMK Tinggi Klang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.