Thursday, August 18, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011




Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011
semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Kami sentiasa
mendoakan anda berjaya dalam Peperiksaan dan dapat mencipta
kecemerlangan abadi.

Wednesday, August 17, 2011

SMK TINGGI KLANG - KUASA BARU BOLA SEPAK DI KLANG

              Potongan Akhbar daripada Akhbar Sinar Harian yang dikeluarkan pada awal August 2011

\\ Click to Enlarge //

          Pasukan bola sepak SMK Tinggi Klang meningkat naik yang sedang diusahakan untuk menjadi satu pasukan yang mantap dan memperolehi kemenangan cemerlang pada masa hadapan.

Friday, August 12, 2011

IFTAR RAMADHAN AL-MUBARAK 2011

Sambutan Iftar Ramadhan Al-Mubarak telah dianjurkan oleh Guru-guru dan Pelajar Islam di SMK Tinggi Klang pada 12. Ogos 2011 di Surau Lukmanul Hakim. Sempena sambutan itu juga majlis menyampaikan sumbangan kepada 90 pelajar yang kurang berkemampuan yang disampaikan oleh  Pn Pengetua. Majlis ini juga dihadiri oleh ibu-bapa dan dianggarkan seramai 300 hadirin pada malam ini berbuka puasa dan dijamu dengan makan malam. Sembahyang jemaah Isyak dan diikuti sembayang tarawih diadakan di surau sekolah ini dan diakhiri dengan 'morey'. Semoga semua usaha murni ini mendapat balasan baik Allah Taala. Sekian.








Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat Menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar Islam SMK Tinggi Klang semoga memperolehi ketaqwaan sejati. Selamat berpuasa dan beramal ibadat.

Salam Ukhwah daripada Pengetua, Pengurusan (Islam) SMK Tinggi Klang dan Unit Bestari SMK Tinggi Klang.