Wednesday, November 16, 2011

PEMBAYARAN BANTUAN KERAJAAN RM100.00 KEPADA PELAJAR

Smktk 14.11.11  Pembayaran Bantuan Kerajaan untuk menampung Perbelanjaan Sekolah tahun 2012 untuk pelajar-pelajar sekolah ini akan mula dibayar pada tarikh-tarikh dan masa berikut :-

       Tingkatan 1 - 2       -      17hb Nov 2011 mulai jam 2.00 ptg hingga 4.30 ptg
        Tingkatan 3 - 4       -      17hb Nov 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 1.00t
                                    -       Tempat di Dewan Blok A.


Pelajar-pelajar diminta membawa penjaga atau ibu bapa dan berjumpa dengan guru kelas masing-masing untuk tujuan tersebut. Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi 0333412340 ( En Sahrudin bin Kasman).

Sekian, Terima kasih.

Monday, November 14, 2011

SPM - Kami doakan anda berjaya dengan cemerlang

Smktk. 12.11.11  Selamat menduduki peperiksaan SPM 2011 kepada semua pelajar tingkatan 5 pelajar sekolah ini. Peperiksaan bermula 14 Nov 2011 hingga 16 Disember 2011 selama lebih kurang 3 minggu.


Harapan kami jaga kesihatan anda sebaiknya, jangan ganggu fikiran dengan perkara-perkara yang bukan-bukan. Tumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan dan peperiksaan anda. Usaha telah dilakukan dengan gigih dan bersungguh-sungguh. Akhirnya berserah kepada tuhan (Allah) semoga "Dia" akan memberikan anda balasan sebaiknya, sesungguhnya tuhan itu tidak menghampakan kehendak makhluknya dan membantu makhluknya, percayalah.

Selamat menduduki SPM semoga berjaya dengan jayanya.

Daripada:
Seluruh Warga SMK Tinggi Klang.

Monday, October 17, 2011

MALAM JALINAN MESRA, KEGEMILANGAN TERCIPTA 2011

Smktk 15 Oct.   Malam Jalinan Mesra, Kegemilangan Tercipta ialah tema malam jamuan akhir tahunan bagi tahun ini 2011. Dianggarkan 95% daripada 150 kakitangan dan guru-guru sekolah ini telah menghadiri majlis makan malam ini. Kebiasaannya jamuan akhir tahun berbentuk 'High Tea' dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Badan Warga SMK Tinggi Klang. Inilah corak 'Annual Dinner' diadakan di hotel-hotel dalam era tahun 80an dan 90an dahulu, kemudian bertukar kepada bentuk 'High Tea' jam sekitar 4.00 petang berlaku sejak tahun 2000 - 2009 dan konsep annual dinner seperti dahulu diadakan semula pada tahun ini.

Lain-lain gambar :  click here

Rata-rata mereka yang hadir pada malam ini bersetuju corak ini dihidupkan semula, selaras dengan konsep untuk mejalinkan hubungan mesra antara keluarga SMK Tinggi Klang, keluarga staff dan kakitangan, AJK Pibg dan OBA. PIBG diwakili oleh En Shamsul (NYDP) dan jawatankuasanya, Persatuan Bekas Pelajar juga menghantar Setiausahya En Roslan dan jawatankuasanya menghadiri Jamuan Makan Malam kali ini, tidak kurang juga ada guru dan staff yang membawa pasangan masing-masing.

Malam itu juga, Pn Pengetua telah menobatkan Pemenang Anugerah tertinggi,Tokoh Staf Cemerlang SMK Tinggi Klang tahun 2011 yang disandang oleh Pn Chen, sebelum itu beberapa orang telah diumukan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah kehadiran 100%, Pemenang Pertandingan Bowling dan Pemenang untuk kategori pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Disamping anugerah-anugerah, malam itu juga telah memberikan hadiah cabutan bertuah kepada hadirin yang bertuah disamping 'door gift' yang menarik.

Syabas dan tahniah kepada AJK Kelab Warga yang telah merancang dan telah menjayakan dengan baik sekali. Syabas dan terima kasih.

Lain-lain gambar : click here

SAMBUTAN HARI MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH

SMKTK. Sekolah telah mengadakan sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah, lebih kurang 35 orang pelajar terlibat melakukan sketsa berkaitan kemerdekaan, nyanyian serta sajak dihadapan perhimpunan yang disaksikan oleh semua pelajar dan guru-guru. Sambutan ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah, Persatuan Setia dan penglibatan beberapa persatuan yang lain.


Lain-lain gambar : clicks here

Penglibatan ramai pelajar memberikan kesedaran tentang betapa nikmatnya kemerdekaan itu, disamping kesedaran untuk menjaga dengan baik supaya kemerdekaan itu terus kekal dan dijaga rapi. Menyedari dan mengingati pengorbanan pejuang dan pemimpin masa lampau merupakan satu ciri penting yang harus dipupuk dan disedari oleh golongan muda masa kini. Kemerdekaan tidak datang begitu mudah tanpa pengorbanan, Pengorbanan jiwa, harta benda dan kesenangan dilakukan oleh pejuang kita zaman lampau. Sedarkanlah generasi muda kita supaya Kemerdekaan dan Keamanan itu tidak harus diperjudikan. Merdeka ! merdeka !, merdeka !


Sunday, October 16, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS SESI 2011/2012

Smktk. Perlantikan pengawas untuk sesi 2011/2012 telah dilakukan setelah pengawas sesi 2010/2011 khasnya tingkatan V dan tingkatan VI Atas, tamat tempoh perkhidmatan mereka. Perlantikan pengawas yang dilakukan pada pertengahan tahun bertujuan memberi peluang kepada mereka menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM dan STPM yang akan bermula pada 14  November nanti.


Lain-lain gambar : clicks here

Pentauliahan pengawas sesi 2011/2012 telah dilakukan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang. Pentauliahan yang diadakan dihadapan perhimpunan memberikan kuasa kepada mereka untuk menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbiran sekolah. Pengetua dan Panel pemilihan mempunyai kuasa mutlak untuk melantik dan menggugurkan seseorang pengawas itu selaras, kuasa yang telah diperuntukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Perlantikan Pengawas di sekolah ini mengamalkan sistem merit berdasarkan kebolehan dan kepimpinan seseorang calon itu. Konsep satu Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum diamalkan dalam perlantikan pengawas, supaya menjadi satu "Badan" yang dihormati oleh masyarakat sekolah ini, disamping memupuk perpaduan kaum sejak dari bangku sekolah lagi. Kerjasama guru-guru, panduan daripada pelbagai pihak dalam mengujudkan satu badan pengawas yang di 'geruni' amatlah penting. Sebagai sebuah sekolah Primier di Malaysia, golongan pengawas sekolah ini selalunya menjadi pemimpin masyarakat yang berjaya dan mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing. Tahniah kepada mereka yang telah terlantik.

Friday, September 16, 2011

Keputusan e-Rayuan Ke IPTA 2011


Posted: 14 Sep 2011 09:48 PM PDT


Semakan keputusan permohonan e-rayuan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) program pengajian lepasan STPM atau setaraf sesi akademik 2011/2012 sudah boleh dilakukan mulai 15 September 2011.
Keputusan e-Rayuan UPU
Mereka yang ada membuat permohonan dan gagal mendapat tawaran semasakeputusan permohonan serta ada mengemukan rayuan bolehlah membuat semakan. Jika menghadapi kesukaran untuk melayari laman web yang berkenaan cuba buat semakan diwaktu lain kerana pada kebiasaannya berlaku kesesakan di awal masa semakan dibuka.

Semakan Keputusan e-Rayuan UPU

  • Semakan keputusan rayuan ini boleh dibuat melalui laman web UPU di salah satu saluran berikut:

Thursday, August 18, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2011




Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR 2011
semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Kami sentiasa
mendoakan anda berjaya dalam Peperiksaan dan dapat mencipta
kecemerlangan abadi.

Wednesday, August 17, 2011

SMK TINGGI KLANG - KUASA BARU BOLA SEPAK DI KLANG

              Potongan Akhbar daripada Akhbar Sinar Harian yang dikeluarkan pada awal August 2011

\\ Click to Enlarge //

          Pasukan bola sepak SMK Tinggi Klang meningkat naik yang sedang diusahakan untuk menjadi satu pasukan yang mantap dan memperolehi kemenangan cemerlang pada masa hadapan.

Friday, August 12, 2011

IFTAR RAMADHAN AL-MUBARAK 2011

Sambutan Iftar Ramadhan Al-Mubarak telah dianjurkan oleh Guru-guru dan Pelajar Islam di SMK Tinggi Klang pada 12. Ogos 2011 di Surau Lukmanul Hakim. Sempena sambutan itu juga majlis menyampaikan sumbangan kepada 90 pelajar yang kurang berkemampuan yang disampaikan oleh  Pn Pengetua. Majlis ini juga dihadiri oleh ibu-bapa dan dianggarkan seramai 300 hadirin pada malam ini berbuka puasa dan dijamu dengan makan malam. Sembahyang jemaah Isyak dan diikuti sembayang tarawih diadakan di surau sekolah ini dan diakhiri dengan 'morey'. Semoga semua usaha murni ini mendapat balasan baik Allah Taala. Sekian.








Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut RAMADHAN AL-MUBARAK


Selamat Menyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar Islam SMK Tinggi Klang semoga memperolehi ketaqwaan sejati. Selamat berpuasa dan beramal ibadat.

Salam Ukhwah daripada Pengetua, Pengurusan (Islam) SMK Tinggi Klang dan Unit Bestari SMK Tinggi Klang.

Wednesday, July 13, 2011

Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013


Salam 1 Malaysia
Pengetua / Guru-guru S. Menengah
Kaunselor.


Semua Ibu-bapa dan Pelajar-pelajar

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012/2013
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahgian matrikulasi,kementerian Pelajaran Malaysia (BMKPM)
akan membuat Pengambilan Pelajar Sesi 2012 / 2013.Semua pelajar yang layak dan berminat
mesti membuat Permohonan Melalui Internet (PMI).
Dimaklumkan juga laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu
http://www.moe.gov.my boleh dilayari untuk PMI mulai 1 Julai - 10 Oktober 2011.
Sila muat turun lampiran yang di sertakan untuk tindakan selanjutnya :-
http://eputra.com/category/pra-universiti/matrikulasi/

Sekian Terima Kasih
Unit Bestari
SMK Tinggi Klang
Klang

Monday, July 4, 2011

PERKHEMAHAN PERINGKAT KEBANGSAAN PKBM.

Perkhemahan Peringkat Kebangsaan PKBM di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ramai anggota kadet sekolah ini terlibat mewakili negeri Selangor.

Lawati Link : PKBM SMK Tinggi Klang

Saturday, July 2, 2011

SEKITAR SUKAN OLAHRAGA KE-77 SMKTK PADA 2.7.2011

Gambar Larian 1 Murid 1Sukan tahunan untuk tahun ini, Kejohanan Olahraga SMKTK kali yang ke-77 telah berlangsung pada 2hb Julai 2011. Kejohanan yang berjalan dengan meriahnya telah didatangi oleh Yang Di Pertua dan AJK PIBG, Presiden, Persatuan Bekas pelajar (OBA) dan jawatankuasanya, disamping sokongan ibu bapa yang turut sama-sama hadir.

Bersempena hari sukan ini juga diadakan Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang disertai oleh semua pelajar dan guru-guru SMK Tinggi, Klang. Peristiwa yang berlaku hari ini sangat bersejarah  bagi sekolah ini.


Gambar Sekitar Sukan : CLICK HERE

Gambar Sukan Album 1 : CLICK HERE
                        Album 2 : CLICK HERE
                        Album 3: CLICK HERE

Gambar Larian 1 Murid 1 Sukan :  CLICK HERE (Log in akaun facebook anda dahulu)

Thursday, June 23, 2011

HARI KAD LAPORAN 1 TAHUN 2011

MAKLUMAN PENTING:


Semua ibu-bapa atau penjaga pelajar-pelajar SMK Tinggi Klang dijemput hadir ke sekolah untuk berjumpa guru dan mengambil kad laporan anak masing-masing :

                      Pada    :    24.06.2011   (JUMAAT)
                      Waktu  :    8.00 pagi - 12.30 thari
                      Tempat :    Di kelas masing-masing

Diharapkan semua ibu-bapa akan datang untuk mengetahui dan berbincang tentang kemajuan anak tuan/puan. T Kasih
( Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak sekolah nombor 03-33412340 )

PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER

Pelancaran Bulan Pusat Sumber telah dirasmikan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua pada hari Isnin 20.06.11. Dengan pelancaran ini bermakna berbagai aktiviti berkaitan pusat sumber dijalankan seperti Pameran Buku, kuiz, pertandingan-pertandingan, tayangan gambar dan sebagainya.

Harapan utama sekolah ialah untuk menjadikan pusat sumber sebagai tempat gedung ilmu dimana pelajar-pelajar boleh mendapat sumber pengetahuan yang diperolehi melalui bahan cetak atau gerbang maya (Internet). Semoga pelajar akan menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya.







PASUKAN PANCARAGAM TETAP UNGGUL PADA 2011

Smktk 21.06.11 Pasukan Pancaragam Kadet sekolah ini telah menyertai pertandingan pancaragam peringkat Negeri Selangor dan Zon Tengah tempuhari, di Stadium Hoki. SMK Tinggi Klang tetap unggul dalam pertandingan tersebut dengan mendapat Naib Johan Negeri Selangor dan muncul tempat ketiga Zone Tengah.
Satu lagi kejayaan yang patut dibanggakan ialah Drum Major pasukan ini telah dipilih sebagai Drum Major terbaik keseluruhannya. Kepada semua penyumbang yang telah meletakkan High School Band ditempat ini, sekolah mengucapkan ribuan terima kasih, khasnya kepada Bekas-bekas pelajar, PIBG yang telah banyak menyumbang wang ringgit dan tenaga.

Tahniah kepada semua pemain, syabas kepada guru Penasihat En Mustafa, En Nasruddin dan yang lain-lain, diharapkan kejayaan lebih unggul lagi pada masa akan datang.


'Conductor' memberi arahan


Pertunjukan dimulakan

Drum Major terbaik

'Gimmik'

Antara Penonton yang hadir


Tepukan gemuruh diterima


Sunday, June 12, 2011

Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011

Semakan Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011
Posted: 11 Jun 2011 05:47 PM PDT
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa para pelajar
 yang telah menduduki peperiksaan Malaysian University English Test
(MUET) Pertengahan Tahun 2011 akan boleh menyemak keputusan mereka
pada hari Isnin 13 Jun 2011.

Keputusan MUET Pertengahan Tahun 2011 boleh diperolehi
dengan cara berikut;
  1. Melalui sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10:00 pagi.
  2. Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT No. MyKad dan hantar ke 15888 atau taip MUET No. MyKad dan hantar ke 36363 mulai pukul 12:01 tengahmalam.
  3. Melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 9:00 pagi.
  4. Calon persendirian juga akan menerimanya melalui pos.

Wednesday, May 18, 2011

PERAYAAN HARI GURU SMKTK 2011

Smktk 16.05.11
( Berita akan dikemaskini kemudian )

MAJLIS PERSARAAN MR OON YEW CHYE

( Berita akan dikemaskini kemudian)

Ucapan Perpisahan

Ucapan Tahniah, YDP PIBG

Potong Kek Hari Lahir ke-58

Cenderamata perpisahan

Perarakan 'Send off ceremony'
( Tunggu kemunculan beritanya.)

HARI KECEMERLANGAN TAHUN 2011



Menunggu VIP datang penuh 'excited,

Senyuman, menyenangkan pelajar menerima  pengajaran mu.
Pelajar cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum
Anugerah kepada Pancaragam
Hadiah tanda terima kasih atas Perasmian
Ucapan YDP, PIBG yang baru.




The Scholar of The year








Lain-lain gambar berkaitan  : klik di sini
( Tunggu kemunculan beritanya.)

Tuesday, May 10, 2011

Atur Cara Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah 2011



HARI PERTAMA :  9/5/2011 ( ISNIN)
Masa :
Agenda :
  9.00 – 11.00 pagi
Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah dan Taklimat Ringkas
11.00 – 11.45 pagi
Perasmian

-          Ucapan Penolong Kanan Tingkatan 6
-          Ucapan Pn Pengetua
-          Memperkenalkan Pentadbir dan Guru Tingkatan 6
11.45 – 1.00 petang
Taklimat Disiplin
  1.00 – 1.55 petang
Pengenalan AJK MPP

-          Taklimat Pembuatan Kostum dan Buku Tandatangan
-          Nyanyian Lagu Sekolah


HARI KEDUA : 10/5/2011 ( SELASA )
  7.30 – 7.45 pagi
Penyemakan Buku Tandatangan dan Kostum
  7.45 – 9.15 pagi
Taklimat Kombinasi Mata Pelajaran
  9.15 – 10.05 pagi
Taklimat Kemasukan Universiti
10.05 – 10.25 pagi
Rehat       
10.25 – 11.30 pagi
Taklimat CGPA oleh S/U STPM
11.30 – 12.30 tgh hari
Taklimat SMM
12.30 – 12.45 tgh hari
Nyanyian Lagu Sekolah


HARI KETIGA : 11/5/2011 (RABU)
  7.30 – 8.00 pagi
Penyemakan Buku Tandatangan dan Kostum
  8.00 – 10.05 pagi
Taklimat Mata Pelajaran
10.05 – 10.25 pagi
Rehat
10.25 – 11.00 pagi
Ceramah Kokurikulum
11.00  – 1.55 petang
Sesi Tandatangan Tingkatan 6 Atas


HARI KEEMPAT : 12/5/2011 (KHAMIS)
  7.30 – 8.00 pagi
Penyemakan Buku Tandatangan dan Kostum
  8.00 – 9.00 pagi
Lawatan Ke Sekolah
  9.00 – 10.05 pagi
Permainan
10.05 – 10.25 pagi
Rehat
11.30 –   1.00 tgh hari
Latihan Kumpulan
  1.00 –   1.20 petang
Nyanyian Lagu Sekolah


HARI KELIMAT : 13/5/2011 (JUMAAT)
  7.30 – 8.00 pagi
Penyemakan Buku Tandatangan dan Kostum
  8.00 – 9.50 pagi
Sesi Tandatangan Guru
  9.50 – 10.10 pagi
Rehat
10.10 – 11.45 pagi
Persembahan Tingkatan 6 Bawah
11.45 – 12.30 tgh hari
Majlis Penutupan

-          Ucapan Pengetua

-          Tayangan Slide

-          Pemilihan Mr dan Ms STK
-          Penyampaian Hadiah
-           
-