Thursday, November 25, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM & STPM

Smktk. 23.11.10 Kami Warga SMK Tinggi Klang mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM dan STPM semuga anda mencipta kejayaan yang cemerlang dan membanggakan. Harapan kami kepada semua calon, anda semua mampu untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang, tumpukan lah perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan ini. Semuga usaha dan penat lelah anda akan dibalas sepatutnya oleh tuhan. Jawap dengan tenang, padat dan tepat pasti kejayaan cemerlang akan mendatang.

Kami doakan anda semua.

Peperiksaan SPM 2010

Posted: 21 Nov 2010 03:36 PM PST



Bilangan Calon SPM 2010

Peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010 ini. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.

Sekian.





Saturday, November 20, 2010

UPACARA KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA 2010 DI SMK TINGGI KLANG

SMKTK 19.11.10 Majlis korban sempena Hari Raya Aidil-adha telah berlansung di perkarangan Surau Lukmanul Hakim sekolah ini dengan sempurnanya, dijayakan oleh semua guru-guru dan pelajar-pelajar beragama islam. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Sebanyak 10 ekor lembu dan 12 ekor kambing telah dikorbankan, peserta-peserta korban tediri daripada guru-guru dan masyarakat luar . Peserta-peserta luar ini memilih surau ini sebagai tempat korban mereka kerana kepercayaan yang tinggi kepada Jawatankuasa Induk Program dapat menjayakannya dengan sempurna. Semoga Allah memberikan balasan yang sewajarnya kepada mereka,

Daging-daging korban telah diagihkan kepada mereka yang berhak, dan sebahagiannya dimasak untuk menjamu tetamu yang hadir, malah masakan (lauk) juga diedar kepada petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Jawatankuasa dan pekerja program Korban


Daging-daging dilapah dan tulang dipotong-potong untuk dibahagi-bahagikan




Kerja-kerja menimbang dan pembungkusan


Daging-daging sedia untuk diagihkan

Pengagihan daging


Tetamu luar dijemput menghadiri majlis



Menikmati jamuan kari daging dan kambing

Sama-sama menikmati jamuan sambil berehat selepas penat bekerja

Terima kasih kepada Pengetua dan pengurusan sekolah, adalah diharapkan roh pengorbanan akan terterap kepada semua warga sekolah, untuk memaju dan meningkatkan lagi sekolah ini, selain agama, bangsa dan negara kita. Kepada semua Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus terima kasih diucapkan, semuga Allah memberikan pahala yang setimpal, Amin - Terima kasih.

Monday, November 15, 2010

MALAM SEMURNI KASIH 2010

Smktk 14.11.2010

(Berita akan dikemaskini kemudian)