Friday, April 30, 2010

'Choral Speaking' Peringkat Dearah Klang

Oleh : Miid

Smktk 28.04.10 Pertandingan ‘Choral Speaking’ peringkat Dearah Klang telah berlangsung di SMK Tinggi Klang. Dewan Putra SMK Tinggi Klang telah digunakan sebagai vanue pertandingan tersebut. Pertandingan dimulakan pada pukul 8.00 pagi dan berakhir 1.30 tengahari.



Sebanyak 24 buah sekolah Menengah dearah Klang telah mengambil bahagian dan setiap sekolah menghantar satu pasukan yang mengandungi 35 orang pelajar.

Pada hari tersebut dianggarkan seramai 650 orang telah memenuhi dewan yang terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan juga ibu-bapa pelajar.


Setiap pasukan telah menunjukkan peningkatan dalam persembahan. Banyak sekolah telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.




SMK Convent telah muncul sebagai johan, manakala SMK Methodist Girl School (MGS) mendapat tempat naib johan dan tempat ketiga digondol oleh SMK Bukit Kemuning, Klang.


Majlis telah dihadiri oleh Pegawai dari PPD Dearah Klang, En Zainuddin b Othman, beliau telah merasmikan majlis penutup dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang. Jawatankuasa Panatia Bahasa Inggeris Dearah Klang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Sekian.

Tuesday, April 20, 2010

SELAMAT DATANG PK HEM YANG BARU

Oleh : Miid
Smktk 19.04.10
Sek0lah Men Keb Tinggi Klang menerima PK HEM yang baharu iaitu En Sahruddin bin Kasman yang mengambil alih secara rasminya daripada En Tarmuji bin Kasti yang telah berpindah dan memegang jawatan di JPNS Shah Alam.

Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam pengurusan sekolah telah memegang jawatan sebagai PK Ko-kurikulum di SMK Idris Shah, Kapar, bertugas disana selama 18 tahun dan dipindahkan ke SMK Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang selama 9 bulan dan seterusnya menyambung tugas sebagai PK Hem di sekolah ini.

Warga SMK Tinggi Klang mengucapkan selamat bertugas di sekolah ini dan mengharapkan beliau akan memberi sumbangan yang besar untuk memajukan sekolah ini. Sekian

Thursday, April 15, 2010

MODUL ITEM BERFOKUS MATEMATIK PMR SET 1


(Dipetik daripada Website PPD Klang)

Makluman kepada guru-guru yang berkaitan, pelajar-pelajar tingkatan 3
dan ibu-bapa pelajar PMR tahun 2010

Tajuk-tajuk yang akan di soal :

Tingkatan 1 - semua topik
Tingkatan 2 - semua topik
Tingkatan 3 - Topik 1 hingga topik 5

Sekian, terima kasih.

KETUA UNIT SAINS DAN MATEMATIK

Friday, April 9, 2010

JPA Tawar 1,500 Biasiswa, Penajaan RM1.24 Bilion Menerusi Program Ijazah Luar Negara

| 0 comments ]
Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan 1,500 biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun ini dengan penajaan berjumlah RM1.24 bilion untuk sepanjang pengajian.

Penajaan PILN, katanya, akan ditawarkan mengikut empat kategori iaitu populasi kaum (60 peratus), kecemerlangan akademik (20 peratus), Bumiputera Sabah dan Sarawak (10 peratus) serta golongan 'socially disadvantaged' (10 peratus).

Kriteria yang diguna pakai untuk pemilihan atau penawaran biasiswa JPA termasuk pencapaian akademik, penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum, sosio-ekonomi dan latar belakang keluarga serta prestasi temu duga.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program untuk menyediakan biasiswa yang berprestij itu bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti bagi menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

"Fokus penajaan PILN 2010 adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan, seperti perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan," katanya kepada wartawan Malaysia Isnin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berada di sini bagi menghadiri mesyuarat ke-184 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) yang bermula esok.

Muhyiddin berkata kejuruteraan dan perubatan merupakan dua bidang yang paling popular di kalangan calon dengan United Kingdom, Australia dan New Zeland menjadi negara pengajian pilihan majoriti 18,844 pemohon, termasuk 10,114 permohonan yang diterima oleh JPA.

Bagaimanapun, katanya tempat yang disediakan bagi pelajar-pelajar yang memohon bidang kritikal adalah di pelbagai negara, termasuk Australia, New Zealand, India, Republik Czech dan Poland selain program berkembar di Penang Medical College, Melaka Manipal Medical College dan International Medical Universiti.

Bagi bidang kejuruteraan, tempat yang disediakan adalah di Perancis, Jerman serta Amerika Syarikat manakala bakinya adalah untuk bidang keutamaan dan strategik yang lain, kata Muhyiddin.

Selain penajaan ke luar negara, beliau berkata kerajaan turut memberi keutamaan kepada penajaan pelajar cemerlang ke institusi pengajian tinggi tempatan dengan menyediakan 100 penajaan untuk mengikuti pengajian di empat buah universiti penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.

Pelajar-pelajar yang dipilih akan menerima kadar elaun sara hidup 50 peratus lebih tinggi daripada kadar biasiswa persekutuan sedia ada di dalam negara, katanya.

Muhyiddin berkata memandangkan terdapat persaingan yang sengit bagi penajaan PILN, sebanyak 1,900 penajaan lagi akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke IPT tempatan.

"Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi, asasi, pra-universiti dan seterusnya ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa di peringkat persediaan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata anggaran kos program penajaan dalam negara untuk 10,500 pelajar ialah sebanyak RM1.2 bilion untuk sepanjang pengajian.

Permohonan telah dibuka melalui laman web JPA www.jpa.gov.my mulai 11 Mac.

(Sumber: Bernama: 8/4/2010 - 20:12PM)