Monday, January 23, 2012

 
 Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh Guru-guru dan 
Pelajar-pelajar (Cina) SMK Tinggi Klang, Klang

Wednesday, January 11, 2012

Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011


Pada 7 Januari 2012 telah diadakan Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011 bertempat di Hotel Prescott, Klang.  Majlis ini meraikan 34 pengawas pusat sumber sesi 2010/2011 yang telah menamatkan sesi persekolahan serta menghargai jasa mereka di SMK Tinggi Klang.
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2011/2012 iaitu Saudara Tan Zhen Sheng diikuti oleh ucapan daripada Saudara Pang Kien Tian, pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2010/2011.
Penyelaras Pusat Sumber turut memberikan ucapan ringkas dan majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Huzaimah Bt Bahari selaku pengetua SMK Tinggi Klang. Bagi menghargai sumbangan pelajar, pihak sekolah telah menyediakan sijil serta cenderamata untuk pengawas sesi 2010/2011.












Tahun ini merupakan tahun keenam majlis ini diadakan di luar sekolah. Majlis ini dapat disempurnakan hasil daripada semangat kerjasama guru pusat sumber serta pengawasnya. Majlis seumpama ini berjaya mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta mewujudkan hubungan harmonis dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah.
Hadirin turut disajikan dengan persembahan yang mengagumkan daripada pengawas sesi 2011/2012. Antara persembahan yang dipertontonkan kepada hadirin ialah tarian, nyanyian serta lakonan. Semangat 1Malaysia jelas kelihatan di mana pelajar cina mempersembahkan tarian hindi dengan berkesan dan berjaya mencuit hati tetamu.

Sebelum bersurai, satu sesi pengambaran diaturkan bagi merakamkan kenangan bersama bekas-bekas pengawas pusat sumber yang banyak membantu guru dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab untuk memastikan pusat sumber SMK Tinggi Klang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

PELAJAR CEMERLANG PMR 2011 DIRAIKAN



 










BUKIT CHANDU TELAH DITAWAN






BANTUAN KEWANGAN KEPADA PELAJAR OLEH PERSATUAN BEKAS PELAJAR (OBA) SMK TINGGI KLANG

Smktk.  Persatuan Bekas Pelajar (OBA) di bawah pimpinan Tan Sri Krishnan Tan begitu prihatin kepada sekolah mereka dan telah menjalankan berbagai usahasama yang baik. Satu program telah  dijalankan dengan mengadakan tabung Bantuan Pelajaran kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.

Tabung yang mempunyai puluhan ribu ringgit ini telah dilancarkan mulai November 2011 dengan memberi bantuan kewangan bulanan sebanyak RM40.00 seorang setiap bulan. Seramai 60 orang pelajar terlibat yang telah dipilih oleh jawatankuasa yang ditubuhkan. Program ini juga mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Yayasan Selangor dan akan berjalan mulai akhir tahun 2011 hingga October 2012.

Satu majlis pelancaran telah dilakukan pada penghujung tahun 2011 dan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bekas Pelajar, Yang Berbahagia Tan Sri Krishnan Tan, dihadiri juga oleh Datok Ng Seng Leong, En Roslan setiausaha dan juga wakil Yayasan Selangor. Pelancaran bantuan ini telah mendapat sambutan pujian warga sekolah. Kenangan dan sikap prihatin bekas pelajar kepada bekas sekolah mereka amat disanjung  dan dihargai, semoga usaha ini akan berterusan. Sekian.

Friday, January 6, 2012

GANGGUAN LAMAN BLOG STK2C.BLOGSPOT.COM

Harap Maaf

Administrator blog ini memohon maaf kerana terdapat gangguan teknikal sehingga pihak kami tidak boleh melakukan 'update' berita sehingga masa kini.

Blog ini akan dikemaskini dalam masa terdekat sebaik sahaja kerja-kerja baik-pulih selasai. Berita-berita terkini akan disiarkan dari masa kemasa.

 Administrator.