Monday, February 16, 2015

VLE-Frog SMK Tinggi Klang.

Pelajar-pelajar SMK Tinggi Klang boleh mendapatkan ID dan password sendiri secara online. ID dan Password Ibu dan Bapa anda juga boleh diperolehi melalui paparan yang disediakan.

Sila masukkan No Kad Pengenalan Pelajar ( cth 100607101245 ) dan enter. ID dan Password pelajar
, Ibu bapa atau Penjaga akad keluar. Salin dan simpan semua maklumat tersebut.

Jika anda membuat pindaan "password" maklumkan kepada System Administrator melalui Whatapps 0193344890.

Klick di sini :  ID dan Password Vle-frog SMK Tinggi Klang

https://onedrive.live.com/embed?cid=A88311A438490B49&resid=A88311A438490B49%21114&authkey=AHj2HfIUnuiDHfg&em=2&wdAllowInteractivity=False&AllowTyping=True&ActiveCell='Carian'!B2&wdHideHeaders=True"

Sekian, terima kasih.

Friday, February 6, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada : 7hb Februari 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Putera SMK Tinggi Klang




Semua ibu bapa atau Penjaga pelajar SMK Tinggi Klang dijemput hadir. 
Jika ada apa-apa masalah atau kemuskilan sila hubungi pihak sekolah.

Wednesday, February 4, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan pada 2 Feb 2015 melibatkan semua pelajar sekolah ini, daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Seramai 1500 pelajar telah terlibat.

Acara telah dimulakan dengan melepaskan pelajar-pelajar tingkatan lima dan diakhiri dengan larian pelajar-pelajar perempuan tingkatan 6. Kelima-lima rumah sukan telah menunjukkan penglibatan yang sungguh hebat dan berazam untuk mendahului rumah lain, yang mana akhirnya pada hari itu rumah sulaiman telah mengungguli sebagai johana kedua-dua kategori pagi dan petang.

Acara hari ini telah berakhir pada pukul 1.00 tengahari yang dihadiri juga oleh En Shamsul selaku Naib Yang di Pertua PIBG sessi 2013-2015.























Sekian. terima kasih.

Tuesday, February 3, 2015

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Satu majlis sambutan Mauludul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29hb Jan 2015 di dewan Putera, SMK Tinggi Klang. Majlis ini melibatkan semua guru, kakitangan dan pelajar-pelajar yang beragama islam. Seorang penceramah dari Majlis Agama Islam telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.


Pelajar berarak dari tapak perhimpunan dalam kumpulan masing-masing menuju ke Dewan sambil berselawat ke Atas Nabi Muhamad SAW. Di dewan beberapa acara dijalan seperti Quiz, ceramah dan penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh tertentu.





















SMKTK .  Satu program Aku Janji telah diadakan kepada semua pelajar yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Aku janji untuk pelajar STPM telah dijalankan pada 27 Jan 2015, SPM 28 Jan 2015 dan PT3 pada 29 jan 2015. Ibubapa juga turut diundang datang hadir bersama pada majlis itu.









Sekian. Terima kasih