Thursday, July 15, 2010

HARI KOKURIKULUM 2010

Oleh : miid
SMKTK 16.07.2010 Hari kokurikulum berlangsung dengan jayanya, tahun ini hari kokurikulum dilangsungkan serentak bersama dengan pelajar petang mulai pukul 7.25 hingga pukul 12.30 tengahari. Senabyak 35 persatuan telah mengambil bahagian membuka gerai makanan atau gerai permainan.

Sedikit kelainan dijalankan pada kali ini dengan mengadakan persembahan bakat STK dan tidak mengadakan jualan makanan basah. Sambutan begitu meriah dengan sokongan dan kemudahan Radio STK.


Ucapan Pn Pengetua menggulung tentang kejayaan
pasukan sekolah dalam aktiviti kokurikulum sekolah.







Guru-guru mendengar ucapan



Perasmian oleh YDP PIBG Tn Hj Osman bin Abdullah


'Gong dipukul gendang di palu' rasmi lah majlis ini


Cenderahati tanda kenangan


Senaman beramai-ramai dijalankan


'Wow.... terbang ....terbang...... terbang....'


Kesihatan diutamakan, kerja didahulukan, tanggung jawab dilaksanakan



Gerai jualan dijalankan oleh persatuan


Persembahan Pancaragam sungguh mengkagumkan



Satu-satunya peralatan yang dimainkan berbedza dengan
pasukan pancaragam lain di Selangor


Gerai 3E menjual berbagai jenis makanan


Pelajar tingkatan 6 rendah berniaga



Pertandingan Futsal juga dilaksanakan




'Dewan kosong, apa kita nak buat ye! mereka berniaga
dan bermain Futsal laaaa....'


Aksi untuk menyanyi


Pertunjukkan fesyen



Fesyen Pakaian Sari.

Sekian.

JADUAL PROGRAM MODUL ITEM BERFOKUS SET 2 PMR 2010



Tuesday, July 13, 2010

JADUAL MODUL ITEM BERFOKUS SET 2 SPM

Oleh : Miid
Smktk 12.07.10 Satu peperiksaan untuk pelajar-pelajar SPM Program Modul Item Berfokus Set 2 akan dijalankan mulai 17.07.2010 sehingga 02.08.2010. Program ini ialah anjuran Bahagian Kurikulum PPD Klang dan JPN Selangor. Soalan berpusat disediakan oleh Jawatankuasa berpengalamanan peringkat negeri untuk memberikan pendedahan dan penilaian pelajar-pelajar SPM Negeri Selangor yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini.

Di bawah disertakan Jadual tersebut.


Wednesday, July 7, 2010

HARI KAD PENYATA KALI PERTAMA 2010

.Oleh : Miid
Smktk 06.06.10
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang menjemput semua ibu bapa atau penjaga untuk datang ke sekolah ini pada 09 Julai 2010 bersamaan hari Jumaat. Mulai pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari (sesi Pagi) dan pukul 2.30 hingga 6.00 petang (Sesi petang.)

Untuk pelajar sesi pagi tuan/puan boleh berjumpa guru kelas masing-masing di Bilik Kelas anak anda manakala ibu bapa pelajar sesi petang boleh terus ke Dewan Putera SMK Tinggi Klang.

Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan pada hari dan tarikh yang dijadualkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian

JEMPUTAN ISRAK MIKRAJ PADA 10.07.2010

Oleh : Miid

Smktk 06.07.2010
Semua Pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang beragama islam dijemput hadir ke majlis Ceramah Israk dan Mikraj yang bertajuk Ceramah Dhuha pada hari Sabtu 10.07.2010 mulai pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di Dewan Kuliah, Masjid Luqman Al Hakim.

Harapan penganjur supaya datang beramai-ramai menghadiri majlis ini nanti, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian