Sunday, February 28, 2010

LADAP MEMFOKUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Oleh : Miid
Smktk 27.02.10
Satu ceramah Tentang Kajian Tindakan telah dijalankan untuk pendidik SMK Tinggi Klang. Penceramah Khas juga merangkap Jurulatih Utama Dearah Klang dalam bidang ini Pn Umi Kalsum bt Wahi dijemput untuk menyampaikan ceramahnya.

Ceramah ini telah diadakan mulai pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 11.30 pagi dan dihadiri oleh semua pendidik SMK Tinggi Klang. Keseluruhan hadirin berpuashati dengan ceramah tersebut. Hasil rumusan daripada ceramah tersebut, setiap panatia dan matapelajaran digalakkan menghantar 'proposal' kepada pihak sekolah untuk dipanjangkan kepada PPD dearah Klang seterusnya menjalankan kajian tersebut.

Peserta-peserta dibekalkan dengan 'hand-out' yang lengkap dan memudahkan para pengkaji melaraskan kajian yang hendak dijalankannya.

Tahnian kepada penceramah dan pendidik yang telah berjaya mengikuti ceramah ini. Ilmu mesti dicari, amalan mesti dilaksanakan, manakala harapan mesti dijayakan. Sekian.

KEPUTUSAN STPM 2009 MEMBANGGAKAN

Oleh : Miid
Smktk 25.02.10
Tahniah kepada SMK Tinggi Klang kerana telah berjaya mencapai keputusan yang tinggi pada tahun ini. Peratus lulus STPM pada tahun 2009 yang keluar hari ini ialah 97.79% mengekalkan kecemerlangan keputusan STPM sekolah ini.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, seramai 10 orang pelajar telah mendapat "straight A". Mereka terdiri daripada Chan Wai Mun 4A, Chong Fheng Ee 4A, Lee Sow Peng 4A, Lim Chai Ying 4A, Ng Geok Lim 4A, Ng Tuck Cheok 4A, Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A, dan Tan Sueh Yeen 4A pelajar aliran Sains. Mereka yang terdiri daripada aliran Kemanusiaan pula terdiri daripada Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A dan Tan Sueh Yeen 4A.

Kepada guru-guru yang terlibat diucapkan berbanyak terima kasih, syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sekian.

PERBAHASAN ALA PERLIMEN - SMK TINGGI KLANG BERJAYA KEPERINGKAT SUKU AKHIR

Oleh : Miid
Smktk 25.02.10
Pasukan pembahas ala parlimen yang terdiri daripada 3 orang pembahas dan 2 orang simpanan telah menggorak langkah untuk mencipta kemenangan pada tahun ini. Dalam pusingan peringkat pertama, pasukan sekolah mengalahkan SMKTIS Kapar. Pertandingan ini diadakan di SMK Tinggi Klang sebagai tuan rumah.

Kemenangan yang dicipta di sekolah ini dalam peringkat 1, memberikan peluang pasukan sekolah melangkah ke peringkat 2. Pada peringkat ini SMJK Kwang Hua, telah dikalahkan. Pasukan sekolah terus melangkah ke peringkat ketiga yang akan berhadapan dengan pasukan SMK Jln Kebun, Klang pada 1 Mac 2010 nanti.

Kepada guru pembimbing dan pasukan pembahas, kami mendoakan agar kejayaan akan lebih terserlah lagi pada pertandingan akan datang. Syabas dan usaha lagi. Sekian.

Saturday, February 20, 2010

Tarikh Keputusan STPM 2009 - 25 Februari 2010

]
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada hari Khamis, 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Jumaat berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lepas 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

(Sumber: Bernama - 19/2/2010 - 12:29pm)

Friday, February 12, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Oleh : Miid
Smktk 12 Feb 2010. Kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai bagi semua pendidik dan pelajar kaum Cina di sekolah ini. Semoga tahun harimau ini membawa lebih makna bagi kita semua.
Kebetulan cuti Tahun Baru Cina ini panjang (9hari), kami mengharapkan cuti ini dapat merapatkan lagi silatulrahin antara warga Smktk dan keluarga anda. Berhati-hatilah sekiranya melakukan perjalanan jauh. Jaga keselamatan ketika memandu di jalanraya. Hingga berjumpa lagi apabila sekolah dibuka semula.

Anyway, nee hau me & Gong Xi Fa Cai. Sekian

Monday, February 8, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2010

Oleh : Miid

Smktk 06.02.10 Satu gotong-royong perdana telah dijalankan oleh warga SMK Tinggi Klang pada hari ini dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 1.30 tengahari. Perasmian telah dilakukan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang.

Dianggarkan seramai 1400 orang pelajar terlibat, terdiri daripada pelajar-pelajar pagi dan petang



Program ini telah dimulakan dengan senamrobik membabitkan semua pelajar dan guru. Senamrobik ini telah dipimpin oleh En Saiful dan En Naga. Latihan ini merupakan persediaan awal untuk pelajar dan guru sebelum membuat kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar sekolah.



Progran ini juga dapat menyemai dan memupuk perasaan cinta pada sekolah disamping memupuk semangat bekerjasama dan bersatupadu dikalangan warga SMK Tinggi Klang.





























Kerja-kerja pembersihan dijalankan tanpa mengira tempat dan keadaan.

Kepada semua pihak yang terlibat kalangan guru, murid dan pihak-pihak lain yang menyumbang peralatan dan pengangkutan, pihak sekolah ucapkan jutaan terima kasih. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang diketuai olen Pn Sumati dan AJKnya dengan ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.









Saturday, February 6, 2010

KURSUS MOTIVASI ANJURAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

Oleh : Miid
Smktk 06.02.10 Satu kursus Motivasi telah dianjurkan oleh Mahasiswa Universiti Malaya dan Unit Kaunseling SMK Tinggi Klang. Kursus ini menekankan aspek sahsiah, keazaman, sifat-sifat dalaman yang positif dan halatuju masa hadapan peserta kursus yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.



Penekanan diberikan untuk menyemarakkan lagi aspek "fighting Spirit" peserta supaya tidak mudah menyerah kalah menghadapi halangan untuk mencapai kecemerlangan alam aspek pelajaran dan juga aspek lain dalam kehidupan, Seramai 30 mahasiswa dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya telah datang menjayakan program ini, sebagai motivator atau pembimbing. Mahasiswa yang terdiri daripada Fakulti Perubatan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains bekerjasama menjayakan kursus sehari ini dengan jayanya. Peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan mendapat bimbingan terus daripada pembimbing.

Module ini merangkumi Aspek Ice Breaking, Taaruf, Komunikasi dan Nilai ditekankan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar.





Kaunselor yang bertanggungjawab Pn Fairus menyatakan program ini merupakan


"Catalyst' untuk menyam
but lambaian Universiti Malaya. Warga SMK Tinggi Klang sangat menghargai usaha ini dan mengharapkan usaha ini akan dikekalkan selepas dua tahun program ini dijalankan oleh mahasiswa UM.

Tahniah dan syabas kepada mahasiswa yang telah menjayakan program ini dengan cemerlangnya dan terima kasih kepada Pengurusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Thursday, February 4, 2010

Kunjungan Mesra Jawatan Kuasa Persatuan Bekas-Bekas Pelajar (OBA) SMK Tinggi Klang

SMKTK 03.02.10 SMK Tinggi Klang sungguh bertuah pada hari ini, kerana menerima kunjungan tetamu kehormat, barisan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar (OBA).



Ini merupakan kun
jungan mesra pertama kali sejak SMK Tinggi Klang menerima pengetua baharu, Pn Huzaimah binti Bahari. Antara VIP yang hadir ialah Presiden OBA, Y. Bhg. Dato’ Tan Boon Seng @ Krishnan, kedua-dua Naib Presiden, Y. Bhg. Dato’ Peter Tan Choon Hoo, Y. Bhg. Datuk Ng Seing Liong, Setiausaha kehormat Encik Mohd. Ruslan , Bendahari Kehormat Encik Lee Pui Leng. Kesemua Pentadbir Sekolah, menyambut ketibaan mereka.


Kunjungan dan sokongan moral semua AJK tertinggi OBA ini merupakan penghormatan kepada Puan Pengetua baharu, Puan Huzaimah binti Bahari, untuk merajui pentadbiran SMK Tinggi Klang.

Pada kesempatan ini, Jawatan Kuasa OBA ini sempat meninjau perkembangan terkini sekolah dan berkesempatan juga melawat Muzium STK. Mereka begitu teruja sekali dengan usaha sekolah mendokumentasi dan mempamirkan kegemilangan sekolah pada masa lampau. Selain daripada itu Y. Bhg. Dato’ Krishnan Tan dan Jawatan Kuasa yang lain turut di sajikan dengan dokumentasi Projek Jejak-Jejak Kegemilangan Kokurikulum oleh Puan Nor Hayati Binti Ramlan, Peserta Sandaran NPQEL/2 dari Institut Aminuddin Baki, yang juga


merupakan bekas guru sekolah ini. Semoga dengan adanya pertemuan ini, akan mengeratkan lagi silaturrahim dalam usaha untuk meneruskan kegemilangan SMK Tinggi Klang. Sekian