Saturday, March 5, 2016

STPM 2015

Sekitar Pengumuman STPM 2016. Keputusan STPM tahun 2015 meningkat daripada tahun 2015. Tahniah kepada semua guru dan pelajar.

 Pelajar Cemerlang STPM 2016





PERTANDINGAN BAHAS ALAN PERLIMEN PERINGKAT DEARAH KLANG TAHUN 2016.

SMK Tinggi Klang sekali lagi muncul sebagai Johan Pertandingan Bahas Ala Perlimen tahun ini setelah mengalahkan beberapa sekolah lain di Klang. Mereka akan bertanding mewakili peringkat dearah Klang pada tahun ini, ke pringkat negeri Selangor.

Tahun lepas sekolah ini telah menjadi Johan peringkat Selangor dan mewakilinya ke peringkat kebangsaan di Serawak. Guru-guru dan pelajar mengharapkan perkara ini akan berulang sekali lagi. T.kasih











SUKAN TARA TAHUN 2016 DIJALANKAN DI PADANG SEKOLAH.

Sukan tara telah dijalankan diperingkat sekolah dengan jayanya walaupun menhadapi masalah padang yang yang lecah setalah hujan pada malam sebelum hari kejadian. Walau bagaimana pun usaha yang gigih dan semangat yang tinggi program ini telah berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada yang terlibat.




KEPUTUSAN SPM 2015

Keputusan SPM 2015 meningkat sedikit dalam beberapa pelajaran jika dibandingkan dengan keputusan 2014 yang lalu. Terdapat lagi ruang-ruang yang harus diperbaiki untuk mencapai keputusan unggul di dearah Klang. Pihak sekolah menyampaikan rasa ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah bersungguh-sungguh berusaha kearah kebaikan anak-anak kita.


Pelajar cemerlang SPM 2015

Pelajar cemerlang SPM 2015



BARISAN PENTADBIR TAHUN 2016




Monday, February 16, 2015

VLE-Frog SMK Tinggi Klang.

Pelajar-pelajar SMK Tinggi Klang boleh mendapatkan ID dan password sendiri secara online. ID dan Password Ibu dan Bapa anda juga boleh diperolehi melalui paparan yang disediakan.

Sila masukkan No Kad Pengenalan Pelajar ( cth 100607101245 ) dan enter. ID dan Password pelajar
, Ibu bapa atau Penjaga akad keluar. Salin dan simpan semua maklumat tersebut.

Jika anda membuat pindaan "password" maklumkan kepada System Administrator melalui Whatapps 0193344890.

Klick di sini :  ID dan Password Vle-frog SMK Tinggi Klang

https://onedrive.live.com/embed?cid=A88311A438490B49&resid=A88311A438490B49%21114&authkey=AHj2HfIUnuiDHfg&em=2&wdAllowInteractivity=False&AllowTyping=True&ActiveCell='Carian'!B2&wdHideHeaders=True"

Sekian, terima kasih.

Friday, February 6, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG

Pada : 7hb Februari 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Putera SMK Tinggi Klang




Semua ibu bapa atau Penjaga pelajar SMK Tinggi Klang dijemput hadir. 
Jika ada apa-apa masalah atau kemuskilan sila hubungi pihak sekolah.

Wednesday, February 4, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2015

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan pada 2 Feb 2015 melibatkan semua pelajar sekolah ini, daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Seramai 1500 pelajar telah terlibat.

Acara telah dimulakan dengan melepaskan pelajar-pelajar tingkatan lima dan diakhiri dengan larian pelajar-pelajar perempuan tingkatan 6. Kelima-lima rumah sukan telah menunjukkan penglibatan yang sungguh hebat dan berazam untuk mendahului rumah lain, yang mana akhirnya pada hari itu rumah sulaiman telah mengungguli sebagai johana kedua-dua kategori pagi dan petang.

Acara hari ini telah berakhir pada pukul 1.00 tengahari yang dihadiri juga oleh En Shamsul selaku Naib Yang di Pertua PIBG sessi 2013-2015.























Sekian. terima kasih.

Tuesday, February 3, 2015

SAMBUTAN MAULUDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Satu majlis sambutan Mauludul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 29hb Jan 2015 di dewan Putera, SMK Tinggi Klang. Majlis ini melibatkan semua guru, kakitangan dan pelajar-pelajar yang beragama islam. Seorang penceramah dari Majlis Agama Islam telah dijemput untuk menyampaikan ceramah.


Pelajar berarak dari tapak perhimpunan dalam kumpulan masing-masing menuju ke Dewan sambil berselawat ke Atas Nabi Muhamad SAW. Di dewan beberapa acara dijalan seperti Quiz, ceramah dan penyampaian hadiah kepada tokoh-tokoh tertentu.