Tuesday, July 8, 2014

Sekitar Hari Sukan kali yang ke-80

Hari sukan atau dikenali sebagai Temasya Olahraga dan Balapan telah dijalankan pada 22 JUN 2014 bersamaan hari Ahad di Padang sekolah. Sambutan agak meriah dan memberangsangkan.




Sukan Tahunan kali yang ke-80 SMK Tinggi Klang telah dijalankan pada 22 hb JUN 2014 hari Ahad di Padang Sekolah sendiri.

Friday, July 4, 2014

Hari Sukan SMK Tinggi Klang kali yang ke 80 telah dijalankan dengan jayanya di Padang Sekolah untuk kali kedua pada tahun ini. Kebiasaanya hari sukan dilaksanakan di Padang Sultan Sulaiman.

Perasmian Kejohanan Olahraga dan Balapan tahun ini juga telah dirasmikan oleh Dato Ng Seng Liong, Naib Presiden OBA sekolah ini. Beliau juga telah bermurah hati menderma sebanyak RM1000.00 secara peribadi dan RM2000.00 daripada Persatuan Bekas Pelajar (OBA) untuk kejohanan tersebut.

Thursday, January 31, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Smktk 23 Jan 2013.   Acara Merentas Desa tahun 2013 telah dijalankan di SMK Tinggi Klang dengan jayanya. Seramai 1368 pelajar dalam larian tersebut, dan seramai 145 orang guru dan kakitangan sekolah ini terlibat dalam acara tersebut.

Acara merentas Desa ini merangkumi beberapa kategori, bermula dengan Pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4, 5, 6 lelaki dan 6 Perempuan. Sukan untuk semua ini mewajibkan semua pelajar terlibat yang dibahagikan kepada 5 rumah sukan mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali.

Pada Akhir acara rumah Sulaiman telah dinobatkan sebagai Johan dalam acara keseluruhan pada tahun ini.




HARI BERTEMU PELANGGAN 2013 PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5

Smktk 12 Jan 2013.  Sekolah telah mengadakan "Hari Bertemu Pelanggan" pada 12 Jan 2013 bertempat di Dewan Putera SMK Tinggi Klang. Program yang menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar bertemu dengan Pengurusan dan guru-guru di sekolah ini berjalan dengan jayanya.

Program pertama kali ini dijalankan hanya untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 sahaja  Hari sabtu dipilih sesuai untuk ibu bapa berjumpa guru-guru anak mereka. Ramai ibu bapa yang datang memuji sikap sekolah ini kerana anak-anak mereka yang akan menduduki PMR dan SPM tahun ini boleh mendapat nasihat daripada guru-guru, seterusnya dapat merancang dengan baik persiapan peperiksaan anak mereka pada penghujung tahun ini.

Terdapat saranan ibu bapa supaya program ini diteruskan dan diluaskan lagi untuk pelajar STPM juga pada tahun hadapan.