Saturday, November 20, 2010

UPACARA KORBAN SEMPENA AIDIL ADHA 2010 DI SMK TINGGI KLANG

SMKTK 19.11.10 Majlis korban sempena Hari Raya Aidil-adha telah berlansung di perkarangan Surau Lukmanul Hakim sekolah ini dengan sempurnanya, dijayakan oleh semua guru-guru dan pelajar-pelajar beragama islam. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

Sebanyak 10 ekor lembu dan 12 ekor kambing telah dikorbankan, peserta-peserta korban tediri daripada guru-guru dan masyarakat luar . Peserta-peserta luar ini memilih surau ini sebagai tempat korban mereka kerana kepercayaan yang tinggi kepada Jawatankuasa Induk Program dapat menjayakannya dengan sempurna. Semoga Allah memberikan balasan yang sewajarnya kepada mereka,

Daging-daging korban telah diagihkan kepada mereka yang berhak, dan sebahagiannya dimasak untuk menjamu tetamu yang hadir, malah masakan (lauk) juga diedar kepada petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

Jawatankuasa dan pekerja program Korban


Daging-daging dilapah dan tulang dipotong-potong untuk dibahagi-bahagikan




Kerja-kerja menimbang dan pembungkusan


Daging-daging sedia untuk diagihkan

Pengagihan daging


Tetamu luar dijemput menghadiri majlis



Menikmati jamuan kari daging dan kambing

Sama-sama menikmati jamuan sambil berehat selepas penat bekerja

Terima kasih kepada Pengetua dan pengurusan sekolah, adalah diharapkan roh pengorbanan akan terterap kepada semua warga sekolah, untuk memaju dan meningkatkan lagi sekolah ini, selain agama, bangsa dan negara kita. Kepada semua Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus terima kasih diucapkan, semuga Allah memberikan pahala yang setimpal, Amin - Terima kasih.

No comments: