Friday, December 17, 2010

Tarikh Keputusan PMR 2010




SMKTinggiKlang. 17 Disember 2010

Segala teka-teki dan persoalan mengenai tarikh keputusan PMR 2010 telah pun terjawab.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan semalam bahawa Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember 2010 ini.

Menurut kenyataan tersebut analisis keputusan PMR 2010 juga akan diumumkan pada hari yang sama di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan PMR akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari Khamis tersebut mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan.

No comments: