Thursday, June 23, 2011

PELANCARAN BULAN PUSAT SUMBER

Pelancaran Bulan Pusat Sumber telah dirasmikan oleh Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua pada hari Isnin 20.06.11. Dengan pelancaran ini bermakna berbagai aktiviti berkaitan pusat sumber dijalankan seperti Pameran Buku, kuiz, pertandingan-pertandingan, tayangan gambar dan sebagainya.

Harapan utama sekolah ialah untuk menjadikan pusat sumber sebagai tempat gedung ilmu dimana pelajar-pelajar boleh mendapat sumber pengetahuan yang diperolehi melalui bahan cetak atau gerbang maya (Internet). Semoga pelajar akan menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya.







No comments: