Wednesday, January 11, 2012

Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011


Pada 7 Januari 2012 telah diadakan Majlis Perpisahan Lembaga Pusat Sumber Sesi 2010/2011 bertempat di Hotel Prescott, Klang.  Majlis ini meraikan 34 pengawas pusat sumber sesi 2010/2011 yang telah menamatkan sesi persekolahan serta menghargai jasa mereka di SMK Tinggi Klang.
Majlis ini bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir 5.00 petang. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2011/2012 iaitu Saudara Tan Zhen Sheng diikuti oleh ucapan daripada Saudara Pang Kien Tian, pengerusi Lembaga Pusat Sumber sesi 2010/2011.
Penyelaras Pusat Sumber turut memberikan ucapan ringkas dan majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pn. Huzaimah Bt Bahari selaku pengetua SMK Tinggi Klang. Bagi menghargai sumbangan pelajar, pihak sekolah telah menyediakan sijil serta cenderamata untuk pengawas sesi 2010/2011.












Tahun ini merupakan tahun keenam majlis ini diadakan di luar sekolah. Majlis ini dapat disempurnakan hasil daripada semangat kerjasama guru pusat sumber serta pengawasnya. Majlis seumpama ini berjaya mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta mewujudkan hubungan harmonis dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah.
Hadirin turut disajikan dengan persembahan yang mengagumkan daripada pengawas sesi 2011/2012. Antara persembahan yang dipertontonkan kepada hadirin ialah tarian, nyanyian serta lakonan. Semangat 1Malaysia jelas kelihatan di mana pelajar cina mempersembahkan tarian hindi dengan berkesan dan berjaya mencuit hati tetamu.

Sebelum bersurai, satu sesi pengambaran diaturkan bagi merakamkan kenangan bersama bekas-bekas pengawas pusat sumber yang banyak membantu guru dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab untuk memastikan pusat sumber SMK Tinggi Klang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.

No comments: