Saturday, August 16, 2014

PENGETUA SMK TINGGI YANG BAHARU LAPOR DIRI PADA 1 JULY 2014.



Pn Raja Rozita binti Raja Hanafi telah melapor diri di SMK Tinggi Klang pada 20hb Jun 2014 menggantikan Pn Hjh Laila binti Ibrahim yang bersara wajib pada 24hb April 2014. Warga SMK Tinggi Klang mengalu-alukan kehadiran beliau sebagai pemimpin sekolah ini.



Jambangan Bunga sebagai tanda Selamat Datang yang membawa keindahan dan kesejahteraan kepada warga dan prestasi sekolah keseluruhannya.

Dahulu kala, masyarakat Melayu menerima kedatangan seseorang seseorang pemimpin itu dengan , 'Pulut Paha' dan sirih Pinang. Sekarang amalan ini telah dimodenkan dengan pemberian Jambangan Bunga. 


SMK Tinggi Klang merupakan sebuah sekolah Primier yang ditubuhkan sejak 1928, Dalam tempoh usia ini seramai  18 orang pengetua telah bertugas di sini.
Beliau merupakan pengetua perempuan yang ke-4 selepas Pn Hajjah Siti Aishah Abdullah, Pn Sriyati dan Pn Huzaimah.Gaya tersendiri kepimpinan pengetua ini telah banyak membawa kemajuan sekolah keseluruhannya.

No comments: