Sunday, February 28, 2010

LADAP MEMFOKUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Oleh : Miid
Smktk 27.02.10
Satu ceramah Tentang Kajian Tindakan telah dijalankan untuk pendidik SMK Tinggi Klang. Penceramah Khas juga merangkap Jurulatih Utama Dearah Klang dalam bidang ini Pn Umi Kalsum bt Wahi dijemput untuk menyampaikan ceramahnya.

Ceramah ini telah diadakan mulai pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 11.30 pagi dan dihadiri oleh semua pendidik SMK Tinggi Klang. Keseluruhan hadirin berpuashati dengan ceramah tersebut. Hasil rumusan daripada ceramah tersebut, setiap panatia dan matapelajaran digalakkan menghantar 'proposal' kepada pihak sekolah untuk dipanjangkan kepada PPD dearah Klang seterusnya menjalankan kajian tersebut.

Peserta-peserta dibekalkan dengan 'hand-out' yang lengkap dan memudahkan para pengkaji melaraskan kajian yang hendak dijalankannya.

Tahnian kepada penceramah dan pendidik yang telah berjaya mengikuti ceramah ini. Ilmu mesti dicari, amalan mesti dilaksanakan, manakala harapan mesti dijayakan. Sekian.

KEPUTUSAN STPM 2009 MEMBANGGAKAN

Oleh : Miid
Smktk 25.02.10
Tahniah kepada SMK Tinggi Klang kerana telah berjaya mencapai keputusan yang tinggi pada tahun ini. Peratus lulus STPM pada tahun 2009 yang keluar hari ini ialah 97.79% mengekalkan kecemerlangan keputusan STPM sekolah ini.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, seramai 10 orang pelajar telah mendapat "straight A". Mereka terdiri daripada Chan Wai Mun 4A, Chong Fheng Ee 4A, Lee Sow Peng 4A, Lim Chai Ying 4A, Ng Geok Lim 4A, Ng Tuck Cheok 4A, Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A, dan Tan Sueh Yeen 4A pelajar aliran Sains. Mereka yang terdiri daripada aliran Kemanusiaan pula terdiri daripada Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A dan Tan Sueh Yeen 4A.

Kepada guru-guru yang terlibat diucapkan berbanyak terima kasih, syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sekian.

PERBAHASAN ALA PERLIMEN - SMK TINGGI KLANG BERJAYA KEPERINGKAT SUKU AKHIR

Oleh : Miid
Smktk 25.02.10
Pasukan pembahas ala parlimen yang terdiri daripada 3 orang pembahas dan 2 orang simpanan telah menggorak langkah untuk mencipta kemenangan pada tahun ini. Dalam pusingan peringkat pertama, pasukan sekolah mengalahkan SMKTIS Kapar. Pertandingan ini diadakan di SMK Tinggi Klang sebagai tuan rumah.

Kemenangan yang dicipta di sekolah ini dalam peringkat 1, memberikan peluang pasukan sekolah melangkah ke peringkat 2. Pada peringkat ini SMJK Kwang Hua, telah dikalahkan. Pasukan sekolah terus melangkah ke peringkat ketiga yang akan berhadapan dengan pasukan SMK Jln Kebun, Klang pada 1 Mac 2010 nanti.

Kepada guru pembimbing dan pasukan pembahas, kami mendoakan agar kejayaan akan lebih terserlah lagi pada pertandingan akan datang. Syabas dan usaha lagi. Sekian.

Saturday, February 20, 2010

Tarikh Keputusan STPM 2009 - 25 Februari 2010

]
Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada hari Khamis, 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur pada Jumaat berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh tersebut.

Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pukul 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.

Tahun lepas 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.

Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian.

(Sumber: Bernama - 19/2/2010 - 12:29pm)

Friday, February 12, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Oleh : Miid
Smktk 12 Feb 2010. Kami mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina - Gong Xi Fa Cai bagi semua pendidik dan pelajar kaum Cina di sekolah ini. Semoga tahun harimau ini membawa lebih makna bagi kita semua.
Kebetulan cuti Tahun Baru Cina ini panjang (9hari), kami mengharapkan cuti ini dapat merapatkan lagi silatulrahin antara warga Smktk dan keluarga anda. Berhati-hatilah sekiranya melakukan perjalanan jauh. Jaga keselamatan ketika memandu di jalanraya. Hingga berjumpa lagi apabila sekolah dibuka semula.

Anyway, nee hau me & Gong Xi Fa Cai. Sekian