Sunday, February 28, 2010

KEPUTUSAN STPM 2009 MEMBANGGAKAN

Oleh : Miid
Smktk 25.02.10
Tahniah kepada SMK Tinggi Klang kerana telah berjaya mencapai keputusan yang tinggi pada tahun ini. Peratus lulus STPM pada tahun 2009 yang keluar hari ini ialah 97.79% mengekalkan kecemerlangan keputusan STPM sekolah ini.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, seramai 10 orang pelajar telah mendapat "straight A". Mereka terdiri daripada Chan Wai Mun 4A, Chong Fheng Ee 4A, Lee Sow Peng 4A, Lim Chai Ying 4A, Ng Geok Lim 4A, Ng Tuck Cheok 4A, Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A, dan Tan Sueh Yeen 4A pelajar aliran Sains. Mereka yang terdiri daripada aliran Kemanusiaan pula terdiri daripada Chin Yee Hong 4A, Lim Yan Kong 4A, Kim Kok Thai 4A dan Tan Sueh Yeen 4A.

Kepada guru-guru yang terlibat diucapkan berbanyak terima kasih, syabas dan tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sekian.

No comments: