Monday, May 17, 2010

SAMBUTAN HARI GURU

Oleh : Miid
Smktk 17.05.10 Sambutan Hari Guru tahun 2010 peringkat sekolah dijalankan pada hari ini. Guru-guru diraikan oleh PIBG dan pelajar-pelajar sempena hari yang penuh bermakna ini. Berbagai acara disusun dan dilaksanakan, didahului dengan acara ikrar, lagu Guru Malaysia, Perutusan daripada Yang Berhormat Menteri Pelajaran dan Perutusan daripada Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia.


Guru-guru diarak masuk ke dalam dewan.


Perarakan disertai oleh semua guru SMK Tinggi Klang


Sesampainya di dewan Lagu Negaraku dimainkan


Pelajar-pelajar juga memberi hormat Lagu Negaraku


Pelajar-pelajar tekun menunggu acara seterusnya


Ucapan Ketua Pengawas mewakili semua pelajar "Happy Teachers Day"


Ucapan Pn Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMK Tinggi Klang


Ucapan Perasmian Tn Hj Osman b Abdullah, YDP, PIBG SMK Tinggi Klang

Sambutan pada tahun ini dirasmikan oleh YDP PIBG Tn Hj Osman bin Abdullah, Beliau bagi pihak PIBG telah menyampaikan cenderahati kepada semua guru. PIBG juga telah menaja jamuan makan tengahari untuk semua guru dan kakitangan Sekolah Tinggi Klang.



AJK PIBG juga turut hadir


Selamat Hari Guru, cikgu..... Jasamu dikenang.


Senyuman manis Hari Guru terserlah, tanda keiklasan guru untuk anak didiknya


Pelajar tekun mendengar ucapan


Guru lelaki merupakan "kelompuk minoriti yang tinggal" dalam Profession ini.


Bacaan Ikrar dan Nyanyian Lagu Guru Malaysia bergema.


Upacara memotong kek, satu pelancaran simbolik


Terima kasih atas cenderahati sumbangan PIBG 2010 untuk semua guru.



Pelajar Tingkatan 1 juga tak sabar-sabar nak tunjukan bakat mereka.


Tarian Kipas daripada Persatuan Bahasa Cina.


Lagu bergema langkah diayun, suara didendangkan untuk guru-guru mereka.


Guru dan pelajar-pelajar sama-sama meraikan hari guru, Syabas cikgu....

Berbagai acara disusun oleh pelajar untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru ini, seperti permainan antara pelajar dengan guru. "Tally Match" disediakan untuk guru-guru menunjukkan kebolehan masing-masing disamping berhibur pada hari ini. Jamuan makan disediakan oleh PIBG sebagai tanda terima kasih ibu bapa kepada guru.

Terima kasih tidak terhingga kepada YDP PIBG dan Jawatankuasanya, Terima kasih kepada semua AJK, Persatuan Warga sekolah, Terima kasi juga kepada AJK Persatuan Pelajar-pelajar yang telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Guru pada tahun ini dengan jayanya. Sekian

No comments: