Monday, June 21, 2010

PROGRAM PAUTAN KASIH TELAH BERJALAN SEJAK 14 TAHUN LALU TANPA TERHENTI.

Jun 2010
Oleh : Unit Berita STK

Program Pautan Kasih bukanlah satu program yang baru di SMK Tinggi Klang malah program telah mula diperkenalkan sekitar tahun 1996-97. Pautan Kasih bermaksud tautan ‘kasih’ di kalangan murid dan guru yang bermula dengan guru sebagai tulang belakang dengan penuh rasa kasih sayang menghulurkan bantuan makanan kepada murid dan murid mengembalikan rasa seronok mereka dengan ucapan ‘Terima Kasih , Cikgu’.

Pengagihan makanan dijalankan


Walaupun sedikit maknanya sangat besar

Apabila kasih ini telah bertaup, mudahlah proses pembentukan sahsiah murid dan semoga lahir lebih ramai modal insan cemerlang sesuai dengan teras PIPP yang kedua, iaitu Membina Modal Insan.

Program Pautan Kasih yang dimulakan dibawah pimpinan bekas Penyelia Petang Pn.Hjh Hamsah bt Sarani, (Penyelia Petang) dengan bantuan Guru Disiplin (En.Lee Cheng Teik) ini pada asasnya diilhamkan untuk memberi sumbangan makanan / biskut sebulan sekali kepada murid sesi petang yang miskin. Ia diedarkan di depan Blok B berhampiran Bilik Penyelia Petang (Bilik PKBM sekarang) pada waktu itu.


Mereka berbaris dengan penuh disiplin


Pn Siti Hajar turut membantu.

Foto di atas diambil pada tahun 2007 semasa Pn.Siti Hajar masih menjadi Pen.Kanan Petang. Guru yang turut berada di dalam foto ialah Pn.Zubaidah Yunus dan En.Lee Cheng Teik. Adakah wajah anda ada di kalangan murid-murid ini ?

"Mari semua, ambil pemberian cikgu ni"

Hari ini program itu masih aktif diteruskan di sebelah sesi petang setelah hampir 14 tahun ia dijalankan, seusia dengan murid Tingkatan 2 sekarang !...Program ini juga telah melewati 3 orang Penyelia /Pen.Kanan Petang bermula dengan Pn.Hjh. Hamsah, Pn Siti Hajar dan kini Pn.Umi Kalsom. Tetapi kini biskut-biskut itu diedarkan pada setiap minggu, iaitu hari Rabu di tangga tengah blok Tingkatan 3 berhampiran kantin pada waktu rehat murid sesi petang (4.25-4.45 petang).

Pada asasnya walaupun program ini telah melalui 3 orang Penyelia/Pen.Kanan Petang , tetapi biskut-biskut itu masih dikendalikan sepenuhnya oleh En.Lee Cheng Teik, Guru Disiplin sesi petang dengan lancarnya selama 14 tahun ini dengan bantuan pengawas sesi petang . Sesekali Penolong Kanan Petang dan guru-guru sesi petang sendiri akan meluangkan masa bila terluang untuk mengedarkannya dan bertemu murid sesi petang secara lebih dekat.

Setiap bulan bertin-tin disumbangkan.

Tabung Pelajar Sesi Petang juga diwujudkan semenjak dahulu lagi sebagai sumber utama yang digunakan untuk membeli biskut-biskut pada setiap minggu. Tabung Pelajar Sesi Petang ini bermula dengan sumbangan wang guru-guru/murid sesi petang , termasuk wang yang dijumpai dan tidak dituntut setelah dihebohkan di perhimpunan . Tabung ini jugalah yang digunakan untuk membantu murid-murid miskin yang kehilangan kasut di masjid ataupun di Pusat Sumber.
" Terima kasih cikgu," En Lee Cheng Teik antara orang penting program ini".

Amat diharap agar program ini dapat memenuhi antara tanggungjawab sosial sekolah terhadapanak-anak yatim, murid kurang berkemampuan dan murid yang tidak bernasib baik. Sekian.

No comments: