Saturday, June 19, 2010

GURU INOVATIF INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010

Jun 2010
Oleh : Unit Berita STK

Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Selangor baru-baru ini pada 27 Mei 2010 (Khamis), buat pertama kalinya dalam sejarah SMK Tinggi Klang, salah seorang guru daripada sekolah ini telah berjaya memenangi anugerah Guru Inovatif Individu Negeri Selangor (Kategori Sekolah Menengah) untuk tahun 2010.

Pn Umi Kalsum bt Mohd Wahi telah dipilih dan dinobatkan sebagai Guru Inovatif Individu pertama daripada sekolah ini, malah kemenangan Pn.Umi Kalsom Bt.Mohd Wahi juga sebenarnya adalah julung-julung kali dimenangi oleh seorang guru dari Daerah Klang ...! Pada tahun lepas ia dimenangi oleh guru Bahasa Inggeris dari SMK Assunta, Petaling Jaya dengan inovasi bertajuk `Bel’s E-C Play Cards’.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Tan Sri Dato’ Hj Alimuddin B.Hj. Mohd Dom sedang tekun mendengar penerangan tentang inovasi daripada Pn.Umi Kalsom bt Mohd Wahi serba sedikit tentang inovasi yang dimaksudkan .

Pn.Umi Kalsom menerima anugerah Guru Inovatif daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor

Plug Johan Guru Inovatif Negeri Selangor 2010

Laporan Kajian Tindakan dibentangkan.

Pn Umi Kalsom Bt. Mohd Wahi ini bermula dengan Kajian Tindakan beliau yang bertajuk `My Family’ pada tahun 2009. Kajian Tindakan yang bukan sahaja berjaya mendapat Gred A , juga telah terpilih untuk dihantar ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD). Kejayaan ini telah mendorong Pejabat Pelajaran Daerah Klang untuk mencalonkan beliau sebagai seorang guru inovatif mewakili dearah Klang untuk peringkat Negeri Selangor.

Kemenangan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang dijangkakan oleh Puan Umi Kalsom kerana secara kebetulan pada tarikh pihak jabatan datang memantau , beliau sedang dirawat di hospital (dan disahkan pula mengidap demam denggi). Tetapi mungkin rezeki sudah ditentukan untuk beliau, Pegawai Penilai dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah bersetuju untuk menangguhkan pemantauan seminggu kemudian dan hasilnya inovasi ini berjaya menarik perhatian pihak jawatankuasa penilai ..! :

Teknik ‘My Family’ ini boleh dianggap cubaan berani beliau yang mungkin berbeza tetapi diharap dapat membantu lebih ramai guru dan murid dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran. Harapan Puan Umi yang juga Jurulatih Utama Kajian Tindakan Daerah Klang, mengharapkan agar lebih ramai guru akan menzahirkan idea masing-masing dalam bentuk Kajian Tindakan. Menghasilkan satu Kajian Tindakan yang bermutu dan berinnovatif bukan sesuatu yang mustahil dan membebankan malah kadangkala menjadi pembakar semangat, malah boleh memperbaiki kelemahan seseorang guru. Penghasilan ini juga mampu membantu memperbaiki lagi karier guru itu sendiri pada masa akan datang..! Sekian.

No comments: