Tuesday, January 25, 2011

PENGUBAHSUAIAN BILIK PANCARAGAM

Smktk 21.01.2001.  Pasukan Pancaragam Kadet merupakan salah satu pasukan kokurikulum yang memaparkan 'watak' sekolah. Pasukan Pancaragam sekolah ini tidak dapat disangkal lagi pencapaiannya di peringkat dearah atau di peringkat negeri. Persembahan pasukan ini sering melengkapkan majlis-majlis besar, seperti perbarisan Hari Kebangsaan, Hari-hari sukan sekolah atau MSSM dan juga sering disewa oleh Syarikat-syarikat swasta.

Baru-bari ini Persatuan PIBG SMK Tinggi Klang telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bilik pancaragam yang telah begitu uzur. Bilik ini digunakan untuk tempat tidur dalam keadaan-keadaan tertentu, juga digunakan untuk menyimpan barang. Selain itu bilik ini dijadikan sebagai bilik operasi persatuan ini.

Kepada PIBG sumbangan ini sangat dihargai, semuga sumbangan yang sangat-sangat bermunafaat ini dapat memberikan suntikan semangat kepada ahli-ahli. Sekian


Keadaan bilik  yang sedang diubahsuai.

Pintu dan tingkap yang sangat uzur.

Pemulihan tingkap sedang dilakukan


Tingkap kaca akan dipasang

Sekian, terima kasih.

No comments: