Permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sesi akademik 2011/2012 bagi program pengajian lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 (STPM) kini dibuka. Ini adalah permohonan untuk mengikuti program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.
Kategori
Permohonan bagi Lepasan STPM 2010 ini dibahagikan kepada dua kategori;
- Kategori A – Aliran Sastera STPM 2010
- Kategori S – Aliran Sains STPM 2010
Lepasan STPM bagi tahun 2009 dan sebelumnya perlu memohon melalui kategori lepasan diploma, sila rujuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012 Lepasan Diploma Dan Setaraf
Syarat Kemasukan
Permohon Lepasan STPM 2010 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain;
- Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
- Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).
Syarat Khas
Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon. Sila rujuk laman web UPU dan USM untuk menyemak syarat kemasukan yang ditetapkan untuk setiap program pengajian.
Permohonan
Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.
- UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
- USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja
UPU
- Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh ditutup – 4 April 2011
- Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
- Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.
- Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Ke IPTA Lepasan STPM 2010 Sesi 2011/2012.
USM
- Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
- Tarikh dibuka – 10 Januari 2011
- Tarikh ditutup – 28 Mac 2011
- Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
- Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
- Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
- Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
- Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;
- UPU – 4 April 2011
- USM – 28 Mac 2011
Maklumat
- Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
- Sila rujuk Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA – UPU dan laman web Pohon @ USMuntuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci terutamanya syarat khas kelayakan memohon bagi setiap kursus atau program pengajian.
- Pastikan anda telah memahami Panduan Mengisi Borang UPU dan Panduan Mengisi Borang USM sebelum membuat permohonan.
- Sila rujuk kategori Kementerian Pengajian Tinggi di ePutra untuk membaca komen-komen yang berkaitan untuk situasi yang sama tahun lepas.
- Sebarang pertanyaan sila hubungi
- UPU- Hotline : 03 8883 5858 atau Helpline : 03 8883 5848 atau Talian Am : 03 8883 5801/5802 atau Faks : 03-8889 4260 atau E-mel : upu@mohe.gov.my
- USM- Hotline : 1300 888 876 atau Faks: 04 653 3328 atau E-mel : admissions@notes.usm.my
- Pemohon juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program pengajian dengan menghubungi IPTA melalui alamat dan nombor telefon yang disediakan di Senarai IPTA Universiti Di Malaysia.
No comments:
Post a Comment