Monday, October 17, 2011

MALAM JALINAN MESRA, KEGEMILANGAN TERCIPTA 2011

Smktk 15 Oct.   Malam Jalinan Mesra, Kegemilangan Tercipta ialah tema malam jamuan akhir tahunan bagi tahun ini 2011. Dianggarkan 95% daripada 150 kakitangan dan guru-guru sekolah ini telah menghadiri majlis makan malam ini. Kebiasaannya jamuan akhir tahun berbentuk 'High Tea' dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Badan Warga SMK Tinggi Klang. Inilah corak 'Annual Dinner' diadakan di hotel-hotel dalam era tahun 80an dan 90an dahulu, kemudian bertukar kepada bentuk 'High Tea' jam sekitar 4.00 petang berlaku sejak tahun 2000 - 2009 dan konsep annual dinner seperti dahulu diadakan semula pada tahun ini.

Lain-lain gambar :  click here

Rata-rata mereka yang hadir pada malam ini bersetuju corak ini dihidupkan semula, selaras dengan konsep untuk mejalinkan hubungan mesra antara keluarga SMK Tinggi Klang, keluarga staff dan kakitangan, AJK Pibg dan OBA. PIBG diwakili oleh En Shamsul (NYDP) dan jawatankuasanya, Persatuan Bekas Pelajar juga menghantar Setiausahya En Roslan dan jawatankuasanya menghadiri Jamuan Makan Malam kali ini, tidak kurang juga ada guru dan staff yang membawa pasangan masing-masing.

Malam itu juga, Pn Pengetua telah menobatkan Pemenang Anugerah tertinggi,Tokoh Staf Cemerlang SMK Tinggi Klang tahun 2011 yang disandang oleh Pn Chen, sebelum itu beberapa orang telah diumukan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Anugerah kehadiran 100%, Pemenang Pertandingan Bowling dan Pemenang untuk kategori pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Disamping anugerah-anugerah, malam itu juga telah memberikan hadiah cabutan bertuah kepada hadirin yang bertuah disamping 'door gift' yang menarik.

Syabas dan tahniah kepada AJK Kelab Warga yang telah merancang dan telah menjayakan dengan baik sekali. Syabas dan terima kasih.

Lain-lain gambar : click here

No comments: