Smktk. Persatuan Bekas Pelajar (OBA) di bawah pimpinan Tan Sri Krishnan Tan begitu prihatin kepada sekolah mereka dan telah menjalankan berbagai usahasama yang baik. Satu program telah dijalankan dengan mengadakan tabung Bantuan Pelajaran kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan.
Tabung yang mempunyai puluhan ribu ringgit ini telah dilancarkan mulai November 2011 dengan memberi bantuan kewangan bulanan sebanyak RM40.00 seorang setiap bulan. Seramai 60 orang pelajar terlibat yang telah dipilih oleh jawatankuasa yang ditubuhkan. Program ini juga mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Yayasan Selangor dan akan berjalan mulai akhir tahun 2011 hingga October 2012.
Satu majlis pelancaran telah dilakukan pada penghujung tahun 2011 dan dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bekas Pelajar, Yang Berbahagia Tan Sri Krishnan Tan, dihadiri juga oleh Datok Ng Seng Leong, En Roslan setiausaha dan juga wakil Yayasan Selangor. Pelancaran bantuan ini telah mendapat sambutan pujian warga sekolah. Kenangan dan sikap prihatin bekas pelajar kepada bekas sekolah mereka amat disanjung dan dihargai, semoga usaha ini akan berterusan. Sekian.
No comments:
Post a Comment