Saturday, February 6, 2010

KURSUS MOTIVASI ANJURAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

Oleh : Miid
Smktk 06.02.10 Satu kursus Motivasi telah dianjurkan oleh Mahasiswa Universiti Malaya dan Unit Kaunseling SMK Tinggi Klang. Kursus ini menekankan aspek sahsiah, keazaman, sifat-sifat dalaman yang positif dan halatuju masa hadapan peserta kursus yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.



Penekanan diberikan untuk menyemarakkan lagi aspek "fighting Spirit" peserta supaya tidak mudah menyerah kalah menghadapi halangan untuk mencapai kecemerlangan alam aspek pelajaran dan juga aspek lain dalam kehidupan, Seramai 30 mahasiswa dari Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya telah datang menjayakan program ini, sebagai motivator atau pembimbing. Mahasiswa yang terdiri daripada Fakulti Perubatan, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains bekerjasama menjayakan kursus sehari ini dengan jayanya. Peserta dibahagikan kepada sepuluh kumpulan mendapat bimbingan terus daripada pembimbing.

Module ini merangkumi Aspek Ice Breaking, Taaruf, Komunikasi dan Nilai ditekankan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar.





Kaunselor yang bertanggungjawab Pn Fairus menyatakan program ini merupakan


"Catalyst' untuk menyam
but lambaian Universiti Malaya. Warga SMK Tinggi Klang sangat menghargai usaha ini dan mengharapkan usaha ini akan dikekalkan selepas dua tahun program ini dijalankan oleh mahasiswa UM.

Tahniah dan syabas kepada mahasiswa yang telah menjayakan program ini dengan cemerlangnya dan terima kasih kepada Pengurusan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

No comments: