Thursday, February 4, 2010

Kunjungan Mesra Jawatan Kuasa Persatuan Bekas-Bekas Pelajar (OBA) SMK Tinggi Klang

SMKTK 03.02.10 SMK Tinggi Klang sungguh bertuah pada hari ini, kerana menerima kunjungan tetamu kehormat, barisan Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar (OBA).



Ini merupakan kun
jungan mesra pertama kali sejak SMK Tinggi Klang menerima pengetua baharu, Pn Huzaimah binti Bahari. Antara VIP yang hadir ialah Presiden OBA, Y. Bhg. Dato’ Tan Boon Seng @ Krishnan, kedua-dua Naib Presiden, Y. Bhg. Dato’ Peter Tan Choon Hoo, Y. Bhg. Datuk Ng Seing Liong, Setiausaha kehormat Encik Mohd. Ruslan , Bendahari Kehormat Encik Lee Pui Leng. Kesemua Pentadbir Sekolah, menyambut ketibaan mereka.


Kunjungan dan sokongan moral semua AJK tertinggi OBA ini merupakan penghormatan kepada Puan Pengetua baharu, Puan Huzaimah binti Bahari, untuk merajui pentadbiran SMK Tinggi Klang.

Pada kesempatan ini, Jawatan Kuasa OBA ini sempat meninjau perkembangan terkini sekolah dan berkesempatan juga melawat Muzium STK. Mereka begitu teruja sekali dengan usaha sekolah mendokumentasi dan mempamirkan kegemilangan sekolah pada masa lampau. Selain daripada itu Y. Bhg. Dato’ Krishnan Tan dan Jawatan Kuasa yang lain turut di sajikan dengan dokumentasi Projek Jejak-Jejak Kegemilangan Kokurikulum oleh Puan Nor Hayati Binti Ramlan, Peserta Sandaran NPQEL/2 dari Institut Aminuddin Baki, yang juga


merupakan bekas guru sekolah ini. Semoga dengan adanya pertemuan ini, akan mengeratkan lagi silaturrahim dalam usaha untuk meneruskan kegemilangan SMK Tinggi Klang. Sekian


No comments: