Thursday, March 24, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010 SMK TINGGI KLANG

Smktk 23.03.11
Keputusan SPM 2010 yang keluar hari ini telah menyaksikan kenaikan peratus lulus kepada 95.58%, keputusan ini telah naik sebanyak 4% berbanding keputusan yang telah dicapai pada tahun lepas. Seramai 232 pelajar yang mengambil peperiksaan hanya 10 pelajar sahaja yang dianggap gagal mengikut syarat dan peraturan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Keseluruhan mata pelajaran meningkat, Bahasa Melayu 95.58%, Bahasa Inggeris 92.48%, Biology 96.23%, Lukisan Kejuruteraan 96.15%, manakala mata pelajaran Seni Visual. ICT dan EST mendapat keputusan 100%.

Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang pada tahun ini ialah Yap Wee Hon (9A+ , 1A-) , Kaw Chia Siang (8A+, 2A-) , Tong Sui Hin (6A+,2A,2A-) , Nelson Yang (6A+, 2A, 2A-) dan 12 oarng pelajar mendapat keseluruhan mata pelajaran A's.

Kejayaan ini hasil  usaha gigih pelajar yang dibantu oleh guru-guru sekolah ini. Sokongan PIBG dan pentadbir sekolah yang tanpa jemu-jemu berusaha menjalankan kegiatan membantu kejayaan ini.

Syabas kepada pelajar yang lulus dan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha dengan gigih.

Ibu datang menanti dengan harapan

Macam mana cikgu?

Ini lah hasik usaha ku!

Suasan di dewan Warisan

Penilaian pencapaian dilakukan

Perjalanan hidup Fasa II baru saja bermula

Promoter hadir sama untuk mengajak pelajar mendaftar di kolej mereka


UNISEL juga turut serta
Yap Wee Hon (9A+,1A-)
( Gambar-gambar lain : Sila tekan )

No comments: