Sunday, March 27, 2011

MAJLIS PERSARAAN EN LEE KIANG HENG

Smktk 24.03.11  En Lee Kiang Heng seorang guru sekolah ini bersara wajib mulai hari ini setelah berkhidmat selama 38 tahun dan beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 31 tahun. Beliau juga bekas pelajar sekolah ini, merupakan seorang guru yang sangat sayangkan sekolah ini menaburkan khidmatnya dengan cemerlang.

Beliau mengajar Matematik T dan Matematik S tingkatan 6, merupakan Ketua Pemeriksa MPM dalam subjek ini, pakar dalam subjeknya menjadi tempat rujukan dan meminta nasihat oleh kawan-kawan guru serta pelajar-pelajar. Beliau.Dilantik menjadi GKM Matematik Sains dan Matematik yang sentiasa 'cool' dan jarang marah disukai oleh kawan-kawan seperjuangan.

Sambutan meriah yang dianjurkan untuk  beliau sempena persaraanya merupakan hadiah dan penghargaan tinggi daripada pihak sekolah dan warganya. Majlis yang sungguh menyentuh hati dan perasaan ini, memberikan ingatan yang mendalam hati setiap insan yang hadir pada hari itu.

Mr Lee berucap di Majlis Persaraannya.
( Klik di sini) Sila lihat lain-lain gambar di facebook/SMK Tinggi Klang : ( Klik di sini )

No comments: