Thursday, March 24, 2011

PENILAIAN CALON GURU KREATIF PERINGKAT NEGERI DI SMKTK

Pada 23 Mac 2011, 2 orang Panel Penilai (Dr.Rusilawati bt Othman dan En.Syahrom Azham b.Azlan Tan) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia dipertanggungjawabkan untuk menilai calon guru kreatif dan inovatif. 

Pn Umi Kalsom bt Mohd Wahi dari sekolah ini telah dipilih sebagai Guru Inovatif Negeri Selangor (kategori individu sekolah menengah) bersempena Sambutan Hari Guru peringkat negeri Selangor pada 2010, secara tidak langsung mewakili negeri Selangor untuk kategori yang sama tetapi bersempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 nanti.

Penilaian bermula dari 9-12.00 tengahari dan murid 5 SN4 menjadi responden sepanjang penilaian terhadap bahan inovatif Matematik yang bertajuk ‘My Family’ itu. Turut hadir sepanjang penilaian itu, En.Azhar bin Ariffin (Penolong Pengarah Kanan Kajian Kemasyarakatan , Sektor Pengurusan Akademik , Jabatan Pelajaran Selangor), Pn.Hajjah Noraini Bt.Md Tahir (Pegawai PPD Klang) dan Pn.Hajjah Siti Hajar Bt. Ayob (Penolong Pegawai , Sektor Pegurusan Akademik,PPD Klang).




Tajuk Kajian


Penilai didatangkan khas
Pn Umi Kalsom bt Mohd Wahi

Berbincang sesuatu

Peserta meneliti dan menjawab kajian
Satu persatu dinilai dan diteliti

Pegawai Penilai dari KPM

Sekian, semoga berjaya.
( Gambar-gambar lain : Sila Tekan di sini )

No comments: