Smktk 25.01.10
Monday, January 25, 2010
MAJLIS ANGKAT SUMPAH KETUA TINGKATAN 2010
Smktk 25.01.10
MERENTAS DESA SMKTK 2010
rupakan sukan beramai-ramai yang wajib disertai oleh semua pelajar. Acara ini dijalankan awal tahun pada sessi persekolahan tahun ini supaya lebih memudahkan
pengurusan sekolah menyusun perancangan yang berbentuk kurikulum untuk mengekalkan kecemerlangan akademik sekolah ini.
Pen. Kanan Ko-kurikulum En Nasir b Singoh berjaya menggerakkan semua 'jenteranya' untuk menjalankan pertandingan merentas desa ini dengan jayanya, tanpa sebarang masalah . Semua guru yang dipertanggungjawabkan menjalankan tugasnya dengan cemerlang, syabas kepada mereka semua.
Semangat yang ditunjukan oleh pelajar-pelajar amat menggalakkan, semangat kental berpasukan ditunjukkan sebelum dan semasa pertandingan, memaparkan semangat juang tinggi yang ada pada pelajar-pelajar sekolah ini. Acara pada hari ini telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengahari. Pengetua SMK Tinggi Klang, Pn Huzaimah bt Bahari telah diberikan penghormatan untuk melepaskan larian pada hari ini.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di dewan besar SMK Tinggi Klang, banyak hadiah
telah disediakan termasuk hamper untuk pelajar bertuah. Sebahagian hadiah ini telah disumbangkan oleh PIBG sekolah ini. Kepada pelajar yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada guru-guru yang telah bertugas diucapkan syabas dan terima kasih.
Sekian.
Wednesday, January 20, 2010
PELANCARAN BILIK IBNU SINA
Smktk 19.01.10 Satu pelancaran Majlis Penyerahan Bilik Ibnu Sina, telah selamat dilakukan di Asrama Putera tepat jam 9.00 pagi. Majlis itu telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Tn Hj. Tarmuji Bin Kasti disaksikan oleh Penolong Kanan Akademik , Pn . Kion Choo Yoke, GKMP Teknik dan Vokasional Cik Lim Yam Hoon, Pn. Nor Hayati Ramlan , peserta sandaran NPQEL IAB, Para Kaunselor, Guru-guru AJK Asrama dan pelajar-pelajar asrama.
Bilik Ibnu Sina, telah diilhamkan oleh Mantan Pengetua SMK Tinggi Klang, Tn. Hj. Najib Bin Ayob, projek perlaksanaannya telah diambil alih oleh Pentadbiran Asrama dimana Pn. Nor Hayati Ramlan bertindak sebagai Setiausaha Perlaksanaannya.
Bilik Ibnu Sina berkonsep mesra pengguna, dan amat kondusif, di mana para pelajar
Jawatan Kuasa perlaksana bilik Ibnu Sina mengucapkan ribuan terima kasih, kepada para penyumbang yang telah menjayakan Perlaksanaan Bilik Ibnu Sina ini.Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pihak Pentadbir sekolah, guru-guru dan pelajar sekalian.di atas sokongan padu dan kerjasama yang telah diberikan. Sekian
Tuesday, January 19, 2010
MINGGU KEMPEN BAHASA INGGERIS
Pelancaran berwarna-warni ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris di bawah pimpinan guru penasihatnya Pn Swee dan dibantu oleh AJKnya, serta mendapat galakkan daripada GKMnya Pn Ang. Berbagai kegiatan dan aktiviti dirancang untuk dijalankan sepanjang minggu ini seperti kuiz, perbahasan dan sebagainya.
Perantaran
Penguasaan bahasa inggeris disekolah ini amat membanggakan sebagi bahasa perhubungan dan juga bahasa ilmiah yang digunakan dalam pengajara
Tuesday, January 12, 2010
MESYUARAT AGUNG KELAB WARGA SEKOLAH 2010
SMKTK 12.01.10 Mesyuarat Agung Kelab Warga Sekolah 2010 dijalankan hari ini dihadiri oleh 120 0rang ahli. Mesyuarat telah memutuskan dan menerima AJK baru seperti berikut :-
Penasihat : Pn Huzaimah bt Bahari
Pengerusi : En Mohd Azlan b Alias
Tim Pengerusi : En Ifarizen b Alias
Setiausaha : En Ahmad b Kayat
Pen Setiausaha : Cik Siti Azura bt Sairi
Bendahari : Pn Nashimah Banu
Pen Bendahari : Pn Shakina bt Ismail
AJK : Pn Subasree a/l Unnikumaran
: En Nasruddin Zakaria
: En Tee Choon Kiong
: Pn Faridah bt Shafie
Ahli mesyuarat mengharapkan Ajk yang baru akan menjalankan aktiviti dengan lebih baik dan berkesan lagi. Sekian.
AZAM TAHUN BARU DENGAN BACAAN YASSIN

Kami mengharapkan tahun ini akan diberkati Allah supaya menjadikan tahun yang cemerlang untuk setiap pelajar dan pendidik, Cemerlang dalam pencapaian peperiksaan, cemerlang dalam pencapai ko-kurikulum dan cemerlang sekolah keseluruhannya.
Diharapkan lebih ramai lagi pelajar islam dan guru-guru islam akan menyertainya pada setiap pagi jumaat pada masa akan datang. Sekain
SELAMAT DATANG PENGETUA BAHARU - PN HUZAIMAH BT BAHARI
PENGETUA SMKTK TN HJ NAJIB B AYOB BERPINDAH
Usaha gigih beliau di sanjung oleh semua guru berbilang kaum sekolah ini dan pelajar juga merasakan kehilangannya. Diharapkan beliau akan lebih cemerlang lagi di sekolah baru beliau. Kami doakan semoga kehidupan dan kepimpinan beliau dipermudahkan Allah. Sekian