Wednesday, February 16, 2011

CERAMAH HUKUMAN PENJARA, SEBAT DAN GANTUNG

Smktk 16.02.11  Satu ceramah tentang tugas Pegawai Penjara telah disampaikan di Dewan Warisan pada hari isnin 14.02.11 mulai pukul 8.15 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Penceramah tersebut sangat berpengalaman dan dapat menyampaikan dengan cara yang sangat menarik. Tajuk ceramah dijuruskan kepada hukuman penjara, rotan dan gantung yang dijalankan dipenjara setelah mendapat arahan mahkamah.

Penceramah tersebut menyebut tentang langkah-langkah bagaimana banduan masuk pada hari pertama hinggalah dia dikeluarkan, cara pemeriksaan, tabiat banduan, percubaan melarikan diri, gangsterism dan sebagainya. Penyampaian yang menarik membuatkan pendengar diam dan mendengar dengan berhati-hati.

Ceramahnya tambah menarik dengan memaparkan gambar-gambar dan bahan asal yang dibawa pegawai tersebut seperti tali gantung, rotan dan sebagainya. Pelajar lebih fokus apabila penerangan bergambar tentang hukuman sebat dan gantung dihuraikan secara terperinchi.

Pada akhir ceramah sesi soaljawab dijalankan dan banyak soalan dapat dijawab dan dijelaskan kepada pendengar. Sesungguhnya ceramah seperti ini dapat memberikan kesedaran serta keinsafan kepada pelajar dan guru-guru yang ada di dewan pada hari itu.

Pelajar tekun mendengar

Ceramah disampaikan



Pelajar dijadikan model

Antara LCD Slide

Cara Pemeriksaan

Memeriksa baju

Memeriksa mulut dan anggota badan untuk direkodkan

Pemeriksaan  ..........

Guru Memerhati dan mendengar ceramah

Rotan berbagai saiz yang digunakan di penjara

Sebelum di rotan banduan diikat

Kaki dan tangan diikat

Telah sedia menerima hukuman

Hukuman dimulakan

Pemeriksaan doktor
sehigga habis hukuman

hanya berhenti atas nasihat doktor


Kesan rotan

"Gincu" di punggong banduan

Tali gantung yang sebenar dibawa untuk ceramah ini

Semua akan mati jika digantung

Ada cara tertentu bukan saja untuk menyekat nafas dan darah tapi .........

Digunakan sekali sahaja

Pelajar diberikan peluang melihat dari dekat

Bilik gantung



















Cenderahati sebagai tanda terima kasih.







Semuga ceramah ini dapat memberikan keinsafan kepada pendengar  dan  pembaca blog ini. Terima kasih.

No comments: