Tuesday, January 12, 2010

PENGETUA SMKTK TN HJ NAJIB B AYOB BERPINDAH

Oleh : Miid dan Mustafa
SMKTK : 2.01.10 Mulai hari ini Tuan Pengetua Tn Hj Najib b Ayob berpindah sekolah secara rasminya ke SMK Kapar, Klang. Perpindahan ini mengejutkan berbagai pihak dan warga SMKTK sedih tentang perkara ini, malahan ramai mengharapkan beliau kekal di sekolah ini, kerana kepimpinan, keperibadian beliau yang menarik ramai, disamping usaha gigih dan 'human contact' beliau yang baik. Jabatan Pendidikan memindahkan beliau atas dasar kepimpinan beliau yang 'sangat-sangat' diperlukan di sekolah yang baru ini.

Tempoh selama 9 bulan 10 hari bertugas sebagai pengetua sekolah ini amat disenangi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar. Banyak perancangan telah dibincangkan, usaha-usaha telah dijalankan malah banyak juga program telah dilaksanakan untuk kebaikan guru-guru dan pelajar sekolah ini.

Beliau telah menerajui program-program pembinaan insan kepada pendidik dan pelajar. 'Muzakarah' diantara guru-guru islam pada minggu awal beliau memulakan tugas di sekolah ini
banyak memberikan maklumat dalam halatuju memimpin kearah kejayaan sekolah ini.
'Muzakarah' dan perbincangan secara terbuka yang diadakan di masjid SMKTK meninggalkan banyak kesan kepada pendidik di sekolah ini, aktiviti keagamaan dan ceramah motivasi digiatkan.

Satu majlis perpisah diadakan oleh pihak sekolah pada sebelah paginya untuk guru-guru dan pelajar manakala pada sebelah malamnya diadakan Jamuan Perpisahan untuk pengetua oleh guru-guru sekolah ini.

Usaha gigih beliau di sanjung oleh semua guru berbilang kaum sekolah ini dan pelajar juga merasakan kehilangannya. Diharapkan beliau akan lebih cemerlang lagi di sekolah baru beliau. Kami doakan semoga kehidupan dan kepimpinan beliau dipermudahkan Allah. Sekian

No comments: