Wednesday, March 10, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA KE-76 TAHUN 2010

Oleh : Miid
Smktk 07.03.10
Kejohanan Olahraga kali ke-76 SMK Tinggi Klang telah berlangsung dengan jayanya di Padang Sultan Sulaiman, Klang pada 7hb March 2010. Kejohanan ini telah berjaya dengan gilang-gemilang, berwarna-warni dan menarik sekali.





Kejohanan ini mencipta sejarah kerana telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Sulaiman bin Wak dan juga dihadiri oleh Pn Hj Noraini bt Mohd Tahir Pegawai Pelajaran Dearah Klang. Upacara lintas hormat yang berwarna-warni, disertai oleh 13 pasukan



yang terdiri daripada rumah-rumah sukan, pasukan kelab dan persatuan, dan dimeriahkan lagi oleh persembahan pasukan Pancaragam Kadet telah memukau tetamu yang hadir pada hari itu.

Hari sukan ini juga sebagai hari pertemuan antara pemimpin peringkat sekolah, Yang Di Pertua PIBG dan Jawatankuasanya, juga Presiden, High School Old Boy Assiocation serta jawatankuasanya. Tn Hj Osman b Abdullah (YDP,PIBG) dan Datuk Krishnan Tan (Presiden, OBA) dan jawatankuasa mereka meluangkan masanya untuk turut serta dalam kejohanan ini. Sikap dan komitmen mereka yang tinggi sungguh menyenangkan kami dalam menjalankan kejohanan kali ini. Sikap prihatin mereka ini juga, sememangnya kami sanjung dan hargai. Sikap OBA yang mengingati sekolah lama mereka, merupakan satu keistemewaan kepada kami.

Banyak rekod-rekod baru telah dicipta dalam kejohanan ini, sama ada dalam acara balapan atau acara padang. Kebolehan pelajar dalam acara-acara tertentu tidak kurang hebatnya.

Kerjasama yang baik dan jitu antara guru-guru dan pelajar-pelajar dalam menjayakan kejohanan ini tidak boleh disangkal lagi. kekalkanlah semangat ini hingga kejayaan unggul SMK Tinggi Klang terserlah di bumi Malaysia. Sekian

No comments: