Tuesday, February 15, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Smktk 12.02.11  Kejohanan Merentas Desa tahun 2011 telah diadakan pada 12.02.11 mulai pukul 7.30 pagi dan diakhiri pada pukul 12.30 tengahari. Acara pada hari itu dimulai dengan senaman pagi beramai-ramai dan arahan-arahan khusus diadakan untuk semua pelajar dan pegawai-pegawai kejohanan.

Puan Huzaimah bt Bahari, Pengetua SMKTK dan Tn Hj Osman bin Abdullah YDP PIBG telah melepaskan larian kategori pertama iaitu pelajar-pelajar tingkatan satu pada pukul 8.40 pagi. Sebanyak tujuh kategori  dipertandingan, dan satu-satunya kategori perempuan yang mengambil bahagian ialah kategori tingkatan 6 perempuan tidak ketinggalan  telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Jarak larian berbeza-beza antara 7 km hingga 4 km. Pencapaian  rekod larian tahun ini bertambah baik dengan mencatatkan masa yang lebih baik berbanding masa pada tahun lepas.

Keputusan yang telah dicapai pada hari itu, seperti berikut: Kategori tingkatan 1 dimenangi oleh Rumah Sulaiman, Kategori tingkatan 2 dimenangi oleh Rumah Mallory, Kategori tingkatan 3 dimenangi oleh Rumah Ross, Kategori tingkatan 4 dimenangi oleh Rumah Thuraisingam, Kategori tingkatan 5 dimenangi oleh Rumah Sulaiman, Kategori tingkatan 6 Lelaki dimenangi oleh Rumah Watkin, Kategori tingkatan 6 Perempuan dimenangi oleh Rumah Ross. Johan leseluruhan pada tahun ini disandang oleh Rumah Sulaiman.




































Keseluruhan Kejohanan pada tahun ini berjalan dengan cemerlang dibawah Kelolaan PK Koko,  Pn Chen dengan kerjasama En Razak b Muslim setiausaha sukan dan semua pegawai-pegawai kejohanan.Tiada kemalangan berlaku pada tahun ini. Kerjasama pihak luar juga baik seperti Pasukan Polis, Jabatan Pertahanan Awam dan lain-lain.Kejohanan pada hari ini juga dihadiri oleh Ajk PIBG untuk sama-sama memberi sokongan moral kepada pelajar-pelajar. Sekian.

( Anda juga boleh melihat gambar-gambar yang lebih banyak dalam www.facebook/SMK Tinggi Klang)

No comments: