Tuesday, February 22, 2011

KEPUTUSAN STPM - TAHNIAH

Smktk 21.02.11  Keputusan STPM untuk tahun 2010 yang keluar hari ini, tidak menghampakan warga SMK Tinggi Klang, malah membanggakan kerana keputusan yang meningkat dengan cemerlangnya, 100% lulus peningkatan sebanyak 2.21% jika dibandingkan dengan keputusan pada tahun lepas.

Seramai 243 calon mengambil peperiksaan pada tahun 2010, dan kesemuanya telah melepasi syarat lulus MPM.berbanding pada tahun lepas hanya memperolehi 97.79% lulus. Dari segi kualitinya juga meningkat, seramai 10 mendapat A semua matapelajaran dalam jurusan sains manakala seramai 13 pelajar mendapat A semua matapelajaran dalam jurusan sastera.

Aliran Sains terdiri daripada :

  1. Cik Sheng Fei
  2. Kam Chun Kit
  3. Lim See Hooi
  4. Seow Jia Yang
  5. Teh Whey Chan
  6. Lim Fung Khian
  7. Tan Pei Ying
  8. Lee Chern Yuen
  9. Tan Yee Fan
  10. The Ping An

 Aliran Sastera terdiri daripada:
  1. Chan Kei Yaik
  2. Cheong Soon Foong
  3. Kong Chiu Yueh
  4. Lee Hui Chyi
  5. Ng Khai Boon
  6. Soh Shu Ying
  7. Yap Soon Aik
  8. Khoh Zi Jing
  9. Yap Khai Jian
  10. Yong Bangrou
  11. Lim Sor Yueng
  12. Ryshinah a/p Ramamoorthi
  13. Lim Jia Jian
Sekolah ini yang mendapat keputusan sekolah harian yang cemerlang telah didatangi oleh akhbar The China Press, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, Bernama, dan RTM untuk mendapatkan berita atas kejayaan ini. Pn Huzaimah bt Bahari, (Pengetua), Puan Arudsakty (PK Pra-U), pelajar-pelajar cemerlang dan ibu-bapa yang hadir telah ditemuramah oleh para pemberita.

Kejayaan STPM yang diperolehi memang telah dijangkakan, hasil usaha bersungguh-sungguh Pengetua dan pentadbirannya, guru-guru yang bersungguh-sungguh dengan persediaan rapi dan terancang serta berbagai aktiviti pembelajaran yang telah dirancang, sokongan dan dorongan PIBG serta usaha tekun daripada pelajar-pelajar tingkatan enam itu sendiri.


Kejayaan dan kegembiraan  tiada batasan - tahniah

Sebahagian pelajar cemarlang

Saat yang dinantikan

Bergambar unruk pemberita

Meneliti keputusan - kejayaan diterpa.

Ditemuramah pemberita

Pemberita merakamkan gambar untuk akhbar mereka

Akan menatapi muka-muka akhbar
Kejayaan cemerlang hari ini diharapkan dapat memberi semangat kepada semua warga SMK Tinggi Klang untuk terus cemerlang dalam semua bidang pada masa akan datang. Tahniah kepada pelajar, terima kasih kepada Pentadbiran dan guru-guru, syabas kepada ibu-bapa dan kekalkan kerjasama kepada AJK PIBG. Terima kasih. Sekian

(Gambar-gambar yang lain boleh dilihat melalui facebook/SMK Tinggi Klang atau http://www.facebook.com/album.php?aid=42664&id=181200105253770&l=3cbbc16310  )

No comments: